Friday, January 7, 2011

NUKILAN PERTAMA DI TAHUN 2011...

Bukan mudah nak jadi Blogger ni...sentiasa kena update jer....m..kenapa agaknya seseorang itu menulis blog ya..adakah sebagai peganti kepada diari yang kini boleh ditonjolkan atau dibaca oleh orang ramai? Menjadi satu persolan juga kenapa diriku mempunyai blog?...ahahaahhaha..sesuatu yang melucukan, ya lah, ada blog tapi tidak aktif, tak tau nak tulis apa agaknya, atau diriku masih tidak mahir dalam penulisan di blog. Namun saya akan sentiasa cuba buat yang terbaik. Mungkin selepas ini saya akan aktif di blog? heheheee..tapi untuk apa ya...mungkin bercerita, mungkin memberitahu perkembangan sebagai bakal seorang guru, atau tempat meluahkan perasaan. Segalanya mungkin bagiku....terimalah hasil nukilan pertama di tahun baru 2011...