Suatu malam di brandar rumah atuk...
Yussuf : wah...cantiknya bulan malam ni atuk...
Yassin : a ah...satu hari nanti Yassin nak ke bulan. Atuk nak ikut?
Yusssuf : Yassin ni ajak atuk je, Yussuf pun nak ikut jugak.
Yassin : Yussuf mane boleh ikut, yusuf kan nk jadi Perdana Menteri, Perdana Menteri kan sibuk...
Yusuf : Ala nk ikut jugak...Perdana Menteri tak boleh ikut ke? kan Yusuf akan kaye nanti. Banyak duit boleh pergi ke bulan. kan atuk kan..
Yassin : Atuk, nak naik ape ye kalau nak ke bulan? Naik bas boleh?...cantiknye bulan pd waktu malam...
Yussuf : mane boleh naik bas la, kita kena naik kapal terbang..
Yassin : Naik kapal terbang mahal la, kita naik bas je la. Murah sikit...
Atuk hanya tersenyum melihat kedua-dua teletah cucunya itu..
Atuk : Kita kalau nak ke bulan kena naik kapal angkasa bukan naik bas atau kapal terbang...bulan ni cantik jika dilihat dr bumi.
Yassin :o..kapal angkasa macam syed muzapar naik tu ye..
Atuk : ye..Dr. Sheikh Muszaphar Shukor...
Yussuf : A ah bulan cantik sangat, macam Yuna. O..bulan.....(menyanyi lagu Yuna)
Yassin : x sedap la Yassin nyanyi.
Yussuf : Ala ..jelous la tu...Atuk, dekat bulan ada apa ye? ada jual ais kacang tak?
Yassin : Ada jual pisang goreng tak?Jadi, pisang goreng dan ais kacang tidak ada, sebab tiada manusia nak jual dekat sana.
Yussuf : abis tu macam mane Yussuf nak makan ais kacang kegemaran yusuf...
Yassin : Ala, kita bawak dari bumi la atuk kan?
Atuk : Di bulan tarikan graviti hanya 0.16 iaitu bersamaan 1/'6 graviti bumi. Di bulan juga tiada udara dan juga air, hanya kelihatan banyak kawah yang terhasil daripada hentaman komet ke atas permukaanya.
Yassin & Yusuf : Kawah?
Atuk : Kawah tu macam jerawat-jerawat yang ada pada muka ibu kamu berdua..ahahaahahahah (ketawa)
Yassin & Yusuf : Atuk ni!
Yussuf : Cerahnya cahaya bulan..
Atuk : Itu bukan cahaya dari bulan..
Yassin : Habis tu dari mana?
Atuk : Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan tu sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya matahari. Bulan dipercayai berasal daripada asteroid yang bersaiz planet Marikh yang menghentam bumi lalu berkecai. Teras asteroid terus menghentam bumi, tetapi lapisan luar asteroid terpelanting dan terperangkap dalam orbit mengelilingi bumi lalu membentuk bulan.
Yassin & Yussuf : Hebatnya!
Atuk : Itulah kebesaran Allah. Pencipta sekalian alam. Kita mesti mempercayainya dengan penuh yakin. Setiap yang hidup di bumi dan alam semsta ni ada penciptanya...iaitu?
Yassin & Yussuf : Allah...
Yassin : Suatu hari nanti Yassin nak ke bulan, nak lihat sendiri kebesaran Allah..
Yussuf : Nanti Yussuf akan bagi duit, Yussuf kan dah jadi Perdana Menteri dan Malaysia akan buat kapal angkasa untuk ke bulan. Kita bawak atuk, nenek dan ibu sekali.
Yassin : Nanti boleh la muka ibu bercahaya macam bulan kalau ibu ke sana, sebab muka ibu dapat cahaya dari cahaya matahari....heheehehehehe (ketawa kecil)
Atuk : Bukan ibu kamu je, nenek kamu sekali...ahahahahahah (ketawa besar)
Mereka bertiga ketawa berpanjangan sehinggalah kedengaran nenek memanggil mereka...
Nenek : amboi-amboi....sudah-sudah la tu, mari masuk minum kopi...
Mereka pun beredar dari berandar dan minum air kopi panas....
---------------------------hak cipta terpelihara:
--------------------------------------karya sendiri tau....unggukarmila..