Showing posts with label SMKJ12. Show all posts
Showing posts with label SMKJ12. Show all posts

Friday, March 29, 2013

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1434H/2013M SMK JENGKA 12

Tanggal 08/02/2013 kira-kira jam 8.00 pagi...

Sambutan Maulidurrasul  1434H telah disambut meriah oleh pelajar-pelajar, guru-guru SMK Jengka 12. Sambutan ini mengingatkan kita kembali kepada sejarah keagungan junjungan besar nabi kita Muhammad Rasulullah SAW. Walaupun sambutan kali ini hanya bersederhana, tetapi pelajar-pelajar begitu bersemangat meraikannya terutama ketika berarak membawa sepanduk mengelilingi sekitar Jengka 12. Mari kita lihat gambar-gambar yang sempat saya ambil ketika perarakan membawa sepanduk sekitar Jengka 12 sambil berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW.






















(ehehehh..inilah antara guru penasihat Kadet Bomba dan Penyelamat SMKJ12....)

dan untuk pengetahuan semua, pertandingan membina sepanduk sempena Sambutan Maulidurrasul 1434H / 2013M telah dimenangi oleh Kadet Bomba dan Penyelamat SMKJ12...tahniah kepada pelajar yang terlibat...terutama sekali guru penasihatnya yang comel lagi cute ini...eheheheh...
-cikguRazalina-



SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL 1434 HIJRAH...
WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

Friday, July 20, 2012

Pengalaman pertama, runding cara bersama ibu bapa/penjaga

Bismillah...
Pengalaman pertama yang tidak akan dilupakan!
Runding cara bersama ibu bapa/penjaga bagi kelas 2 Darul Khusus.
Hampir dua bulan sebagai seorang cikgu dan bergelar guru kelas untuk 2 DK ni. 
Walaupun kelas yang saya pegang ni adalah kelas pandai dan merupakan kelas pertama untuk tingkatan 2, namun pelajarnya biasa-biasa sahaja. Tapi saya pasti suatu hari nanti ada beberapa orang pelajar dari kelas ni akan menjadi luar biasa!
Hampir 70% ibu bapa datang berjumpa dengan saya.
Perkara yang dibincangkan adalah berkaitan keputusan peperiksaan pertengahan tahun.
Alhamdulillah walaupun pada mulanya agak gementar, tetapi bila sudah lama bercakap dengan ibu bapa murid ni, alhamdulillah...naik seronok pun ada!
Semuanya ok!
Dan juga mengejutkan saya, ingatkan tiada penjaga yang perihatin akan anak, tetapi tekaanku meleset, penjaga banyak bertanya keadaan anaknya di sekolah dan memberitahu keadaan anak jika berada di rumah.
Banyaklah cara-cara dibincangkan agar prestasi murid meningkat.
Saya sebagai seorang guru, bersama penjaga cuba untuk memberi yang terbaik kepada murid-murid agar menjadi orang yang berguna...
Insyaallah...



cikguRazalina
-20/07/2012-

Wednesday, July 18, 2012

MENJUARAI PERUBAHAN

Bismillah...
Dipanjatkan syukur atas segala nikmat yang diberi dan semestinya tidak putus-putus.

Jom saya kongsikan sedikit maklumat ketika En. Baharom Hj. Samat salah seorang pegawai PPD Maran. datang ke sekolah. Pada ketika ini beliau datang ke sekolah bagi melihat prestasi pelajar dan sambil-sambil itu, sempat memberi sedikit cermah kepada kami guru-guru SMK Jengka 12. 

Bagaimana kita hendak berjaya?
Semestinya melalui tindak tanduk ketuanya. Ketua harus membuat keputusan yang bijak dan mengeluarkan idea-idea yang bernas lagi bijak dan dengan idea yang ada dapatlah kiranya membawa kepada perubahan. Matlamat yang ingin dicapai haruslah berjaya. Peranan ketua sangat penting! Walaupun pada ketika ini kami guru-guru SMK Jengka 12 masih lagi mengharap bantuan GPK1 En. Zulkifli dalam menjadi ketua mentadbir sekolah sementara menunggu pengetua baru hadir menjejakkan kaki ke sekolah yang bertuah ini.

Bak kata pepatah...

Dicampak ke darat menjadi gunug,
Dicampak ke laut menjadi pulau,
Dicampak ke langit menjadi bintang.

Inilah pesanan Melayu lagi bijaksana.

Jadi, nak berjaya dan terus melakukan perubahan haruslah mengikut kaedah Rasulullah dan kena praktikkannya! Apa dia? Ni lah 4 kaedahnya:

1. Budaya memberi salam
2.Budaya memeberi makan
3. Silaturrahim
4. Tahjud

Tugas guru hanya semudah ABC
A-Agama
B-Budi bahasa
C-Cita-cita

Dan ingat! JAHIL itu kerana tidak menunaikan kewajipan.....

Kami ditanya pelbagai soalan, yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan isi ceramah. Antaranya:

- Lautan apa yang paling dalm di dunia?
(Dalam hati ku menjawab Lautan Pasifik)
Ada juga cikgu yang tidak tahu...
Boleh disimpulkan di sini, nak berjaya haruslah berusaha mencari ilmu walau sedalam mana, sesusah mana ilmu itu, walaupun sehingga terpaksa berenang ke dalam Lautan Pasifik.

Paling  mengejutkan, bila En. Baharom bertanya kepadaku, siapakah orang yang paling saya sayangi. Dalam keadaan terketar saya menjawab keluarga...Waktu memang tidak boleh fikir apa dah, Ya la dah la tengahari, mengantuk pula tu.

Tapi jika manusia yang betul-betul peka dan tahu erti cinta, dan faham apa maknanya sayang, pasti akan menjawab.....Orang yang paling saya sayangi dan cintai adalah Allah dan Rasul....

Tiba-tiba teringat buku yang pernah dibaca dahulu. Tajuknya "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul"

Tersenyum sendirian....

Soalan seterusnya.

Makanan apa yang menyebabkan IQ kita tinggi?
Jawapannya mesti kita ingat kacangkan?
Menurut EN Baharum melalui pembacaannya, bukan kacang tetapi PETAI...

Terkejutkan?
Petai mengandungi vitamin c yang tinggi selain dari buah oren...so kalau nak cantik...makanlah PETAI banyak-banyak....
eheheeehehe....

Dan kami ditanya juga, Kenapa kita, manusia akan kembali ke tanah? dan kenapa kita dijadikan dari tanah? mana buktinya? terdiam juga kami. Adalah beberapa orang cikgu yang jawab, tapi macam tak tepaT... Kalau nak cerita pasal kejadian manusia, satu haru satu malam tak cukup...

Senang jawapannya, cuba gosokkan kulit kita, ada bau tanah atau bau karbondioksida?
Antara unsur tanah adalah Karbondioksida.
Jadi, ni lah bukti manusia dijadikan daripada tanah.....

Dan pelbagai soalan lagi lah...

FAKTOR KEMENJADIAN adalah X Y Z
X- Faktor X
Y- Yes
Z- Zoom

PESANAN KPPM (X-PLUS)
P- Pengetahuan
L- Latihan
U- Usaha
S- Sorry lupa pula apa.......

Ciri-ciri orang mukmin:
1. Rasa kehambaan
2. Rasa Bertuhan
3. Yakin Qada' dan Qadar
4. Hukmah

ANDA INGIN JADI SEORANG GURU BERKUALITI ATAU CEMERLANG?

Kualiti- Memenuhi kehendak pelanggan
Cemerlang - Melampaui kehendak pelanggan

Pilih la yang mana satu............

Jadi apa yang penting dalam meniti perubahan-perubahan yang membawa kita kepada kejayaan?
semestinya DUIT..

D-Doa
U-Usaha
I- Istikamah
T-Tawakal

Doa dan usaha haruslah seiring....Titipkalanlah doa sebelum berusaha supaya kita tahu bahawa Allah sentiasa ada untuk kita...



Wallahualam... 


Saturday, July 7, 2012

cikgu ok tak?

Bismillah...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang masih lagi meminjamkan dunia ini untuk saya terus insaf atas segala nikmat yang diberikan, terutama nikmat menyedut udara segar yang tiada bandingan di bumi merdeka Malaysia tercinta...Selawat dan salam tidak pernah lupa kepada junjungan besar kita nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda...Alhamdulillah...sangat bersyukur dan berbangga kerana saya diletakkan di bumi yang aman makmur ini, negara dengan pemerintahnya yang begitu berjiwa rakyat dan faham isi hati rakyatnya...

Selesai sudah minggu ke-24 persekolahan, walaupun saya baru sahaja melangkau sebulan lebih bergelar seorang cikgu di SMK Jengka 12. CIkgu lamaku cikgu Faridah bertanya padaku di suatu hari.
Cikgu Faridah : Macam mana Razalina di sekolah ni?ok?
Cikgu Razalina : Alhamdulillah ok je cikgu.
Cikgu Faridah : Best tak? ke rasa tension ke..
Cikgu Razalina : Ok je cikgu, best jugak sekolah ni, teringat saya zaman sekolah dulu.
Cikgu Faridah : Biasalah, sekolah ni lebih kurang SMK Jengka 21 jugak, tapi kadang-kadang budak-budak bukan nak dengar kata, awak kena garang...

Dalam hati teringat hari pertama di sekolah ni, saya dah asing-asingkan murid jawab peperiksaan, dah ambil kertas pereksa murid dan gertak diaorang. Alhamdulillah semua akur..Saya tersenyum...ehehehehheh....

Saay ni bukan la garang sangat, dan tak boleh nak jadi garang, nanti mesti tergelak punya, dengan kerenah murid-murid ni...Mereka ni macam-macam perangai...

Alhamdulillah...kelas yang saya mengajar pun ok. Ada juga cikgu tegur..." Raza, macam mana budak kelas 4 Gama tu boleh senyap masa awak mengajar?" Saya senyum je....dalam hati...senyum....rahsia..dan masih mencari-cari cara bagaimana nak pikat kelas 4 Gama ni, dengan muridnya 2 orang masih mengeja untuk membaca. Satu pendekatan yang saya buat.....buat mereka seperti kawan kita......
Kelas 4 Gama : Saya ajar BM, muridnya 21 orang dan tak pernah penuh dalam satu masa, biasanya separuh je yang datang, jadi saya buat dalam bentuk kumpulan. Cara mengajar, sambil duduk dan berbincang. Mereka pun seronok sebenarnya dan mana yang tidak mahu belajar saya benarkan tidur, ya la daripada dia bising dan ponteng kelas biarkan mereka tidur, tapi kebanyakkannya tak tidur, suka cara belajar guru duduk berbincang.
Alhamdulillah...

Yang menjadi masalahnya bukan kelas yang hujung-hujung ni, tetapi kelas pertama. Mereka memang diam, dengar segala arahan kita...bosan jugak kadang-kadangl, jadi saya suka bercerita...dan bila kata cikgu nak bercerita, macam-macam pula yang mereka tanya, terutama murid lelaki..huh......

JIka waktu praktikal dulu, macam-macam ABM, aktiviti, soalan kuiz buat, insyaallah, bergelar guru tetap ni pun saya akan cuba buat. Dah buat pun.....

Saya buat kuiz jawab 3 soalan sahaja, yang dapat jawab tuntut hadiah di bilik guru, jadi bila kata nak bagi hadiah, ramailah nak jawab dan tak sangka, betul pula tu yang membanggakan, tanpa membuka buku, ada seorang pelajar lelaki ni yang rongak giginya boleh mendefinisi maksud migrasi dengan tepat!
Alhamdulillah..
Nak tahu hadiahnya apa?
Hanya klip kertas yang dihiasi sedikit bunga.
Pelajar lelaki yang rongak giginya itu malu-malu nak ambil dan sorok pada kawan-kawannya, saya pun menjerit, "bagi pada makwa kamu"

macam-macam kan....

jadi?


Wassalam....

Tuesday, July 3, 2012

Pra- Sukan SMK Jengka 12

Bismillah....

Jom tengok pula gambar-gambar sepanjang aktiviti di hari Pra- Sukan SMK Jengka 12. Saya merupakan Ketua guru Rumah Sukan Kuning dan pejaga masa untuk acara larian.












Bersemangat anak-anak muridku?

Inilah Sekolahku, SMK Jengka 12...

Bismillah...
Assalamuaalaikum....

SMK Jengka 12...
Jom tengok pemandangan di sekolah baruku....





















Bagaimana dengan sekolah anda? Ada secantik sekolah saya?

Orientasi guru baru? (28 Mei- 1 Jun 2012)

Bismillah.........
Alamdulillah...
Syukur ke hadrat Ilahi masih diberikan nafas untuk berada di bumi yang rahmat ini, masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan sebagai seorang hamba yang masih lagi tercari-cari erti keduniaan....
Subhanallah ke atas setiap rahmat yang dilimpahkan kepadaku dan keluargaku, sesungguhnya hanya Engkau Maha Agung yang selayaknya disembah, tiada lain hanya satu, sujud kepada-Mu.
Selawat dan salam juga kepada junjungan besar nabi Muhammada SAW serta para sahabat baginda.

Pada tanggal 28 Mei 2012 bermulalah orientasi sebagai guru baru selepas hanya 2 hari datang ke sek. Kawan-kawan lain mungkin berseronok di rumah, di kampung, bergembira dengan anak-anak, adik beradik, suami, keluarga, mak abah. Dan mungkin ada yang sedang bercuti. Namun saya cikgu RAZALINA akan ke sekolah selama seminggu untuk menjalani proses orientasi guru baru. Apalah kerja atau perkara yang saya akan lakukan? Apakaa pengetua inginkan? Saya tidak pasti kena buat  laporan atau tidak, semuanya bergantung.......

Rupa-rupanya, saya dikehendaki membaca 2 pekelililng iaitu pekeliling asas dan pekeliling perkhidmatan. Ya Allah hanya Allah yang tahu, betapa bosan dan mengantuknya mengadap 2 file ni. Berpinau biji mataku....dah la seorang-seorang sahaja berada di bilik gerakan mengadap benda alah ni...
Namun sebenarnya banyak perkara yang saya tau, ya la Kalau tak baca kita tak tau kan....

Alamdulillah 2 hari saya dapat mengabiskannya, untuk hari ketiga pula, pengetua tak ada, so saya balik la awal. hari keempat pula, pengetua kata tak ada apa-apa yang perlu dibuat, buatla hal sendiri. Nak tau? Apa lagi, bosan la, saya buka laptop dan mengadap la internet sementara menunggu pukul 1.00 petang dan barulah boleh balik. Oleh kerana hari keempat tiada kerja, hari kelima iaitu ari jumaat saya tidak pergi sek. Aahahaahaa......
Sekian...
Laporan minggu orientasi guru baru...
yezzzzzzaaaa.....



Wassalam....