Bismillah...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang masih lagi meminjamkan dunia ini untuk saya terus insaf atas segala nikmat yang diberikan, terutama nikmat menyedut udara segar yang tiada bandingan di bumi merdeka Malaysia tercinta...Selawat dan salam tidak pernah lupa kepada junjungan besar kita nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda...Alhamdulillah...sangat bersyukur dan berbangga kerana saya diletakkan di bumi yang aman makmur ini, negara dengan pemerintahnya yang begitu berjiwa rakyat dan faham isi hati rakyatnya...
Selesai sudah minggu ke-24 persekolahan, walaupun saya baru sahaja melangkau sebulan lebih bergelar seorang cikgu di SMK Jengka 12. CIkgu lamaku cikgu Faridah bertanya padaku di suatu hari.
Cikgu Faridah : Macam mana Razalina di sekolah ni?ok?
Cikgu Razalina : Alhamdulillah ok je cikgu.
Cikgu Faridah : Best tak? ke rasa tension ke..
Cikgu Razalina : Ok je cikgu, best jugak sekolah ni, teringat saya zaman sekolah dulu.
Cikgu Faridah : Biasalah, sekolah ni lebih kurang SMK Jengka 21 jugak, tapi kadang-kadang budak-budak bukan nak dengar kata, awak kena garang...
Dalam hati teringat hari pertama di sekolah ni, saya dah asing-asingkan murid jawab peperiksaan, dah ambil kertas pereksa murid dan gertak diaorang. Alhamdulillah semua akur..Saya tersenyum...ehehehehheh....
Saay ni bukan la garang sangat, dan tak boleh nak jadi garang, nanti mesti tergelak punya, dengan kerenah murid-murid ni...Mereka ni macam-macam perangai...
Alhamdulillah...kelas yang saya mengajar pun ok. Ada juga cikgu tegur..." Raza, macam mana budak kelas 4 Gama tu boleh senyap masa awak mengajar?" Saya senyum je....dalam hati...senyum....rahsia..dan masih mencari-cari cara bagaimana nak pikat kelas 4 Gama ni, dengan muridnya 2 orang masih mengeja untuk membaca. Satu pendekatan yang saya buat.....buat mereka seperti kawan kita......
Kelas 4 Gama : Saya ajar BM, muridnya 21 orang dan tak pernah penuh dalam satu masa, biasanya separuh je yang datang, jadi saya buat dalam bentuk kumpulan. Cara mengajar, sambil duduk dan berbincang. Mereka pun seronok sebenarnya dan mana yang tidak mahu belajar saya benarkan tidur, ya la daripada dia bising dan ponteng kelas biarkan mereka tidur, tapi kebanyakkannya tak tidur, suka cara belajar guru duduk berbincang.
Alhamdulillah...
Yang menjadi masalahnya bukan kelas yang hujung-hujung ni, tetapi kelas pertama. Mereka memang diam, dengar segala arahan kita...bosan jugak kadang-kadangl, jadi saya suka bercerita...dan bila kata cikgu nak bercerita, macam-macam pula yang mereka tanya, terutama murid lelaki..huh......
JIka waktu praktikal dulu, macam-macam ABM, aktiviti, soalan kuiz buat, insyaallah, bergelar guru tetap ni pun saya akan cuba buat. Dah buat pun.....
Saya buat kuiz jawab 3 soalan sahaja, yang dapat jawab tuntut hadiah di bilik guru, jadi bila kata nak bagi hadiah, ramailah nak jawab dan tak sangka, betul pula tu yang membanggakan, tanpa membuka buku, ada seorang pelajar lelaki ni yang rongak giginya boleh mendefinisi maksud migrasi dengan tepat!
Alhamdulillah..
Nak tahu hadiahnya apa?
Hanya klip kertas yang dihiasi sedikit bunga.
Pelajar lelaki yang rongak giginya itu malu-malu nak ambil dan sorok pada kawan-kawannya, saya pun menjerit, "bagi pada makwa kamu"
macam-macam kan....
jadi?
Wassalam....
No comments:
Post a Comment