5 Jun 2012
10 Jun 2012 (Ahad)
Masa yang ditunggu sudah tiba,
hari ini saya akan mendaftarkan diri sebagai peserta kursus. Begitu awal saya
sampai dan saya orang ketiga yang mendaftar. Rupanya ramai lagi guru yang belum
sampai. Ketika mendaftar terdapat juga remaja yang hadir diri untuk mendaftar,
tertanya-tanya juga, samada kursus ku ini bukan sahaja untuk guru tetapi untuk
anggota JPAM yang lain juga. Saya diberi segala kelengkapan bilik, seperti
sarung bantal, cadar tak lepas juga uniform pertahanan awam. Guru pertama yang
ku kenal di situ adalah cikgu Roselina dari Kuantan. Alhamdulillah sebilik
dengannya. Kami berkenalan antara satu sama lain. Cikgu ni Nampak sedih sangat,
ya la kali pertama berpisah dengan anak-anak dan suami. Adakah saya seorang
sahaja yang bujang mengikuti kursus ni. Tentunya tidak ada seorang guru wanita
yang juga baru posting sepeti saya dari Pekan, Junaidah. Malangnya Junaidah
terpaksa pulang ke sekolah pada hari kedua atasa arahan pengetua. Taklimat
serba ringkas diberikan pada malam tersebut, sedikit sebanyak baru faham kursus
ini untuk apa sebenarnya, dan dapat jugalah saya tengok guru-guru lain semuanya
24 orang, nampaknya secara keseluruhan sudah berkahwin, mungkin saya seorang
sahaja yang bujang. Dan untuk pengetahuan pembaca, bukan hanya kurus untuk guru
penyelaras kadet yang hadir, tetapi juga anggota Pertahanan Awam juga berkursus
seperti kami iaitu Kursus Masakan Kecemasan (MK) dan PPPO.
11 Jun 2012 (ISNIN)
Seawal 5.00 pagi saya bersama
lagi tiga orang guru yang sebilik dengan saya iaitu cikgu Hazliana dari
Kuantan, cikgu Dalilah juga dari Kuantan dan cikgu Roselina. Jam 6.30 pagi kami
mula bergerak dalam kumpulan kursus masing-masing untuk menaikkan bendera,
menyanyi lagu korporat dan seterusnya latihan kawad kaki, kami juga diberi
taklimat serba sedikit oleh jurulatih kawad dan Pegawai Waran iaitu En Sarman.
Antara jurulatih kawadnya adalah SK. (PA) Fauzi, beliau ni satu sekolah dengan
saya sewaktu di SMK Jengka 21, tetapi umurnya lebih tua dari saya. Antara
jurulatih yang lain adalah SK. (PA) Asmadi, muka macam Cina, suaranya best!.
Cerita sikit pasal En Fauzi ni, semua yang berpangkatb staf, kami panggil
dengan panggilan Encik. En Fauzi ni bila beruniform lengkap Pertahanan Awam,
Nampak smart, tengok sekali handsome, dua kali biasa sahaja.ehehehe…suara
menakutkan, tetapi bila berpakaian biasa, macam mat rempit penampilan dan
lagaknya. Tetapi berbeza dengan En. Asmadi suara dan tindak tanduk perlakuannya
memang seperti seorang tentera. Apabila dia senyum, baru Nampak hansomenye.
Habis sahaja kawad kaki kira-kira
jam 8.00 pagi kami bergerak untuk sarapan pagi seterusnya ke kelas untuk menimba ilmu pada
jam 8.30 pagi.
8.30 pagi : Kelas Pengenalan
Pertahanan Awam dan Akta 221 oleh ST Afindi (orangnya Nampak serius
dan tegas,
tapi baik)
Mengantuk
kelas ni, ya la cerita pasal sejarah PA, pakaian, akta dan seangkatan
dengannya.
(Semuanya tekun mendengar kuliah)
(Ada yang tidur tak...)
cikgu-cikgu lelaki..
10.30 pagi : Minum pagi
11.00 : Kelas Melawan Kebakaran
yang dikendalikan oleh Lt. M (PA) Hafizi (orang Kedah, pendek-
pendek,
chuby-chuby sikit, comel)
Kelas
ni seronok, banyak yang kami cikgu-cikgu belajar. Belajar bagaimana nak melawan
jika ada kebakaran, belajar cara-cara memadam api, alat pemadam api dan
seangkatan dengannya. Kami juga ditunjukkan realiti bagaimana cara-cara
menggunakan alat pemadam api dan selimut kanvas pemadam kebakaran. Saya tidak
terlepas juga memadam api dengan sendirinya. Berat juga alat pemadam api tu dan
yang susah sikit nak padamkan api menggunakan selimut kanvas. Tetapi jika tahu teknik
dan tengok arah tiupan angin, senang sangat. Insyaallah akan dipraktikan.
(Alat pemadam api)
(mendengar penerangan sebelum melakukan praktikal melawan kebakaran)
(cikgu, sembur cikgu...)
(Cikgu kita memadam api..)
(padam api menggunakan kanvas)
13.00 : Makan tengahari
14.00 : Kelas Melepaskan Diri
dari Bangunan Terbakar oleh ST (PA)
Afindi
Kelas
ni juga menyeronokkan sebab ada praktikal, walaupun pada mulanya sangat
mengantuk mendengar En. Tu beri kuliah, dah la strait, tak ada lawak, serius
sahaja. Kami diajar bagaimana nak menyelamatkan diri jika berada dalam banguna
yang terbakar. Perakara utama yang harus dilakukan adalah berjalan mencari
pintu dan keluar dari bangunan tersebut. Bila masa buat praktikalnya ni yang
lucu, samapi ketawa terbahak-bahak. Kami dibekalkan dengan sarung menutuk
kepala dan dikehendaki menutup kepala, Ya la dalam banguna yang terbakar,
dipenuhi asap, mana Nampak kan?. Jadi, dalam keadaan gelap kami dilepaskan
dalam dewan tempat kami kuliah tu dan kami harus berjalan, merangkap mencari
pintu keluar. Tetapi aktiviti ni dimulakan oleh cikgu lelaki, yang kelakarnya
ada seorang cikgu ni dari SMK Jengka 16 Cikgu Yusof, dia antara orang pertama yang
dilepaskan dan dia merupakan orang terakhir yang menemui pintu keluar. Kami
cikgu perempuan tak henti-henti ketawa melihat gelagat cikgu ni dan cikgu-cikgu
lain, ada yang pergi naik pentas la, terhantuk kerusi meja la dan macam-macam
lagi. Dan bila tiba giliran cikgu perempuan, saya sangat geram! Ketika itu saya
dah temui pintu dan cuba membuka tombol dan menolah pintu, tetapi tidak Berjaya
seakan-akan ada yang menahan dari luar, akhirnya saya mencari pintu lain.
Apabila dan selesai semuanya, baru saya tahu ada cikgu-cikgu lelaki yang nakal
ni pergi tahan pintu, patutla ketika saya nak tolak pinti ada suara-suara
gelak. Geram sungguh! Tapi pengalaman yang menyeronokkan. Kami belajar sesuatu
dari aktiviti ni.
Untuk pengetahuan semua, pada
malam harinya adalah hari rehat sedunia! Yei..Setelah penat sehari menjalankan
aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PULAPAT kami bo9leh berehat sepenuhnya
sebelum menunggu hari berikutnya.
12 JUN 2012 (SELASA)
Hari ni adalah hari kedua, masih
lagi dalm kegembiraan. Teruja nak buat macam-macam aktiviti, tetapi malangnya,
kebanyakan aktiviti adalah di dalam bilik kuliah sahaja, Cuma pada awal-awal
pagi, macam biasa ada aktiviti naik bendera dan berkawad.
8.30-10.30 : Kelas BLS Choking
(Alatan untuk praktikal jika tercekit atau choking)
(Cara-cara nak rawatan untuk orang tercekit)
14.00-16.30 : Kelas kecederaan
tulang dan splinting
Nampaknya macam sudah malas nak
mengarang. Tak apalah cukuplah sekadar mengetahui apa yang dibuat pada hari
ini. Macam-macam belajar. Macam mana nak balut luka, patah dan ringkasnya
belajar bagaimana nak buat rawatan kecemasan kepada seseorang sebelum hantar ke
hospital. Kami juga belajar cara-cara bagaimana nak atasi atau lakukan rawatan
kepada mereka yang tercekit dan lemas. Seronok, ada kuliah dan praktikal
sedikit.Tak la mengantuk…Kalau tidak..ya Allah..hanya Allah yang tahu
mengantuknya macam mana. Sampaikan ada cikgu bekalkan asam supaya tidak
mengantuk. Eheheheheh…
Ni nak cerita perkara yang saya
rasakan tidak senonoh, habat…..Maaf ya kalau ada yang terasa bila mendengarnya.
Untuk kursus ni, kami bercampur dengan kadet yang lain, so, tandas pun
berkonsilah, dah la pada hari ni, di tandas kami untuk kegunaan 3 dom tak ada
air, boleh pulak ada entah manusia mana pergi kencing dekat tempat membasuh,
dekat dengan tempat ambil wuduk..Ya Allah..memang la ada tong di situ dan ada
air, apalah salahnya, cebok air tu dan bawa ke tandas dan kencing, ni tak main
kencing sahaja dekat situ.Ni bukan cerita bohong, tetapi dilihat oleh mata
sendiri seorang cikgu, terkejut jugak, nasib baik budak kadet tu tak berpaling,
kalau tak, dah kenal la siapakah gerangan orang itu…..Jangan lah berperangai
macam tu….
13 JUN 2012 (RABU)
Yei dah hari rabu…Alhgamdulillah,
sudah menghampiri hari Jumaat. Kadang-kadang nak habis cepat sahaja, tetapi
masih banyak ilmu nak belajar dekat PULAPAT ni. NI jadual untuk hari ni…Macam
biasa, awal pagi kena berkawad. Dan nak beritahu, makanan dekat sini sangat
sedap!
8.30-10.30 : Kelas lain-lain
kecederaan
11.00-13.00 : Kelas ikatan dan
simpulan dan menyelimut serta mengikat usungan
Harini best
sangat..Ehehehehhhe….Jurulati pun baik-baik. Berulang kali jurulatih ajar buat
ikatan, sampai berbelik-belik. Bole la ikut. Tapi bila masa praktikal nak ikat
tali pada kayu, usungan, da lupa da apa yang belajar. Ambil masa yang lama nak
buat, Waktu partikal dibahagikan kepada 2 kumpulam cikgu lelaki dan perempuan.
Cikgu perempuanlah paling lama nak siapkan usungan. Ya la nak mengingat kembali
ikantan tu dah satu hal, lepas tu nak buat ikat tali pada usungan, pada kayu
lagi.Tapi akhirnya Berjaya juga. Alhamdulillah.
14 JUN 2012 (Khamis)
Macam biasa jam 0645 hingga 0800
naik bendera dan berkawad sebelum sarapan dan meneruskan kuliahnya.
08.30-10.30 : Kelas panduan
pengurusan dan silibus KAPA
11.00-13.00 : Kelas pengurusan
perkemahan dan kursus KAPA
14.0016.30 : Ujian
Ujian ni la paling terkejut.
Tau-tau ada ujian. Jadi jawab saaja walaupun tak membaca, kami cikgu-cikgu siap
meniru, berbincnag lagi.
15 JUN 2012 (JUMAAT)
hari ni hari terakhir. Maka berakhir
la kursus ni., Seronoknya dapat balik rumah…
08.30-10.30 : Gotong royong
11.00-13.00 : Majlis penutup
Akirnya saya bergelar bakal pegawai. Insyaallah akan mendaftar no badan sebagai ahli JPAM dan seterusnya saya nak pergi satu atau dua lagi kursus kemahiran yang melayakkan saya untuk dapat gelaran Leftanon Muda..Insyaallah......
Doa-doakan...
Mula-mula panjang sahaja
ceritanya, bila da lama-lama menaip rasa malas pula. Maaf ya, ini sekadarnya
yang dapat diceritakan. Sebenarnya jika hendak cerita satu persatu dari awal
sampai akhir, saya rasa, pembaca tidak larat mengikuti tulisan saya ni, mahu
jadi sebuah novel nanti. Inilah sekadarnya yang mampu…
Sekian…
Sume kos penginapan, makan minum n pakaian dtanggung oleh Jpam ke cikgu?
ReplyDelete