Bismillah...
Dengan rasa rendah diri, segala kesyukuran dipanjatkan hanya untuk Allah ya Rabbul Izati, pemilik alam semesta kekal abadi.
Tidak lupa juga selawat dan salam junjungan besar kita Rasul terakhir, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda yang berjuang menegakkan Islam suatu ketika dahulu....
Kepada mak dan abah, saya sayang kepadamu, tiada yang terbaik hanya kalian berdua. Doa agar kalian akan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman begitu juga adik beradikku....sesungguhnya saya sayang kepada kalian semua.
Memang tidak akan dilupa, guru yang banyak menyuntik semangatku untuk terus berjuang di medan ilmu. Doa juga dititip untukmu. Buat sahabat-sahabat jadilah sahabat sejatiku dunia dan akhirat. Sahabat yang baik sentiasa berada disampingku tidak kira dalam senang atau susah.
Assalamualaikum...
Salam sejahtera, Salam satu Malaysia, Salam satu cikgu Malaysia dan Salam hidayah buat yang belum menerima hidayah-Mu...
Perjalanan hidup dilalui seperti biasa. Tidak sedar semakin hari umur ku semakin berkurangan. Kehidupan sebagai seorang guru membuatkan saya sentiasa untuk menjadi terbaik untuk anak bangsa. Ingin menjadi teladan bagi mereka.
Tetapi mampukah saya untuk menjalani ranjau perguruan ini dengan penuh rasa cinta dan keikhlasa yang menebal?
Bersabarlah wahai hati, pujuklah hatimu untuk jangan mengambil kira apa-apa yang berlaku. Pekerjaanmu sangat mulia......
Titiplah rasa cinta dan sayang terhadap kerjayamu dan peluklah rasa keikhlasan itu untuk anak muridmu dan janganlah kau lepaskan pelukan itu..
Insyaallah...
Waktu nak pulang dari sekolah hari ini, seorang cikgu yang juga cikguku ketika di sekolah rendah dahulu, cikgu Ramlan berpesan.....
"Razalina, jadilah seorang guru yang bersemangat"
Saya hanya tersenyum...Dalam hati, ku berkata...
Hidup ini kalau mahu diteroka,
memang banyak likunya,
beribu simpang dan jalan yang terbentang,
antara detik nadi dan darah yang mengalir.
-Zainal Haji Bujang-
Sekian...
No comments:
Post a Comment