Friday, July 20, 2012

Pengalaman pertama, runding cara bersama ibu bapa/penjaga

Bismillah...
Pengalaman pertama yang tidak akan dilupakan!
Runding cara bersama ibu bapa/penjaga bagi kelas 2 Darul Khusus.
Hampir dua bulan sebagai seorang cikgu dan bergelar guru kelas untuk 2 DK ni. 
Walaupun kelas yang saya pegang ni adalah kelas pandai dan merupakan kelas pertama untuk tingkatan 2, namun pelajarnya biasa-biasa sahaja. Tapi saya pasti suatu hari nanti ada beberapa orang pelajar dari kelas ni akan menjadi luar biasa!
Hampir 70% ibu bapa datang berjumpa dengan saya.
Perkara yang dibincangkan adalah berkaitan keputusan peperiksaan pertengahan tahun.
Alhamdulillah walaupun pada mulanya agak gementar, tetapi bila sudah lama bercakap dengan ibu bapa murid ni, alhamdulillah...naik seronok pun ada!
Semuanya ok!
Dan juga mengejutkan saya, ingatkan tiada penjaga yang perihatin akan anak, tetapi tekaanku meleset, penjaga banyak bertanya keadaan anaknya di sekolah dan memberitahu keadaan anak jika berada di rumah.
Banyaklah cara-cara dibincangkan agar prestasi murid meningkat.
Saya sebagai seorang guru, bersama penjaga cuba untuk memberi yang terbaik kepada murid-murid agar menjadi orang yang berguna...
Insyaallah...



cikguRazalina
-20/07/2012-

No comments:

Post a Comment