Wednesday, July 18, 2012

Cerita Santai (11-20)




Cerita 11:
 PADA suatu senja yang dingin….
 Ayu    : Aku sudah tidak mencintaimu sekarang. Cintaku telah beralih kepada Arul. Nah… ambil balik cincin pemberianmu.
Zack   : Okey… di mana Arul sekarang?
Ayu    : Untuk apa awak mau menemuinya?
Zack   : Aku mahu jual cincin ini kepadanya.
Ayu    : Haaaa…!   
______________________________________________________________________________________
  Cerita 12:
 SEORANG pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki yang berlaku serentak. Selepas memeriksa dan mencatat sesuatu, dia memanggil penjaga bilik mayat.
Polis            : Mengapa ketiga-tiga mayat ini senyum?
Penjaga        : Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba diserang strok. Lelaki  kedua, kononnya baru menang loteri, tak sempat menjamah duitnya, tiba-tiba mati terkejut akibat sakit jantung. Sementara  yang ketiga mati dipanah petir.
Polis            : Aikkk… mati dipanah petir pun senyum!
Penjaga        : Masa tu dia ingat orang sedang tangkap gambar dia, maklumlah dia penjaring utama.
_____________________________________________________________________________________
 Cerita 13:
 SETELAH bersusah payah menyimpan duit bertahun-tahun. Sharif ke bilik pameran Proton untuk menempah kereta idamannya – Proton Exora.
Malang sungguh, selepas dikira… dikira dan dikira, wangnya itu kurang RM10. “Tunggu kejap..” katanya kepada jurujual. Sharif terus ke hulu dan ke hilir, mencari kalau-kalau ada sesiapa yang dikenalinya lalu di situ. Nasibnya baik, dia nampak Leman, rakan sekampungnya.
“Man… pinjam RM10, aku nak beli Proton Exora tu!” kata Sharif.
Leman memandang rakannya itu atas bawah, kemudian selamba berkata: “Nah, ambil RM20. Belikan aku satu!”
_____________________________________________________________________________________
 Cerita 14:
 RAJOLI masuk ke kedai gunting rambut untuk bercukur janggut dan misainya. Sewaktu tukang gunting menyapu buih pencukur ke dagunya, Rajoli merungut mengenai masalah pipinya yang cekung.
“Rama, pipi aku ni cekung sikit, susah untuk mencukur jambang,” kata Rajoli.
”Oh, itu masalah kecil aja. Nah masukkan guli ni ke dalam mulut, kulum dan letak di belakang pipi,” balas Rama lalu menghulurkan guli kayu sebesar buah langsat.
Rajoli menurut apa yang disuruh sementara Rama terus mencukur jambang dan janggut Rajoli dengan mudah.
”Macam mana kalau saya tertelan guli ni?” tanya Rajoli.
”Tak ada masalah, pulangkan balik esok, sama seperti yang lain-lain lakukan,” kata Rama.
_____________________________________________________________________________________
 Cerita 15:
 HAKIM mengingatkan saksi yang berdiri di depannya dalam satu perbicaraan di bilik mahkamah.
Hakim : Kamu tahukan di sini kamu dikehendaki bercakap benar.
Saksi  : Ya, saya tahu, tuan hakim.
Hakim : Kamu tahu apa yang akan berlaku apabila kamu tidak berkata benar?
Saksi  : Ya, saya pasti akan menang.
—————————————————————————————————————————–
CERITA 16

Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu         : Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim     : Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu         : Apa? Tidak mahu pergi sekolah?  Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.
Salim     : Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!
Ibu         : Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”
Salim     : Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu         : Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun…..                     Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”
—————————————————————————————————————————–
CERITA 17:
Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru  dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk di sebelah Azim.
Ayah      Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!
Cikgu     : Betul Encik, kami bukan tuduh begitu sahaja.
Ayah      : Apa buktinya?
Cikgu     : Nah, ini buktinya kalau encik tak percaya tengoklah sendiri.
Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim. Soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.
Ayah      : Memanglah jawapan mereka sama.  Macam mana cikgu kata anak saya meniru?
Cikgu     : Sabar Encik, cuba encik lihat soalan kedua.
Ayah Naim melihat soalan kedua:  Bilakah negara kita mencapai kemerdekaan? Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama: 31 Ogos 1957.  Ayah Naim sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk membaca soalan ketiga: Siapakah yang duduk di sebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?
Azim menulis: Maaf, saya tak tahu.
Naim menulis: Kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!!
——————————————————————————————————————
Cerita 18:
BAHAGIAN I
Cikgu Ahmad sedang mengendalikan  kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Ahmad akan menyuruh murid-muridnya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, di mana murid-murid berbaring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Ahmad asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba-tiba memberhentikan gerakan kakinya. Lalu Cikgu Ahmad menyergah muridnya yang bernama Mat.
Cikgu Ahmad: “Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti  hah”
Mat : “Oh Cikgu Ahmad, basikal saya tengah turun bukit cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.”
BAHAGIAN II
Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Ahmad telah bertanya kepada murid-muridnya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Ahmadpun bertanya,
Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.

BAHAGIAN III
Cikgu Ahmad  sedang mengajarkan Bahasa Melayu dalam kelas 1 Damai…
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah…. emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepungkan ke dalam kek tu…. Cikgu ni tak sekolah ke hape??

BAHAGIAN IV
Cikgu Ahmad  : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Ahmad : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Ahmad : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat : Untuk membungkus nasi lemak, cikgu…
Cikgu Ahmad : uii… lagi bagus… berdiri atas meja sampai habis kelas..
—————————————————————————————————————————–
Cerita 19:
Bos yang baik.
Seorang bos entah macam mana ‘mood’ dia memang baik sungguh pada hari ini. Sesiapa yang hendak minta balik lima jam lebih awal pada hari ini, dia akan benarkan tetapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal sembahyang saja! Tiba-tiba adalah 4 orang pekerja bawahan datang minta balik awal.
Pekerja 1 : Assalamualaikum bos, boleh saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah bos, boleh tak?
Bos : Tak boleh!!!Kat sini kan ada surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya..!
Pekerja 2 : Saya boleh balik awai kot, bos?
Bos : Hang apa pasai?
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng?
Bos : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!
Pekerja 3: Assalamualaikum, bos!
Bos: Ha? pasal apa pulak ni? Nak balik awal juga ke?
Pekerja 3 : Errrrr!! Ya, boss, bos baik! he..hee!
Bos: Apa alasan kau?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang jenazah. Ada orang kampung saya meninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…! Boleh tak bos?
Bos : Tak bolehhh!!!Itu fardu kifayah je! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangi. Doa kat sini pun boleh!!Dah! Pergi buat kerja.
Pekerja 4: Assalamualaikum, bos! Saya nak balik awal hari ni bos?
Bos : Kenapa?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kata, dia dah boleh sembahyang!
Bos: Ya ke? Ha! Kalau begitu awak baliklah. Kesian awak dah seminggu menunggu!!!
—————————————————————————————————————————–
CERITA 20:
Bahagian 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. ‘Sad endinglah’ bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
Bahagian 2
Ada seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
Budak : Derma apa bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : Nanti sekejap. Saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ????? 
Bahagian 3
Tiga orang pemuda menunggang motosikal dan ditahan polis trafik. Namun penunggang motosikal tersebut tidak berhenti. Katanya, “tak muat dah Tok, Kami dah bertiga!!! 
Bahagian 4
Seorang datuk membawa cucunya ke pejabat pos untuk mengepos surat.
Cucunya bertanya apabila melihat datuknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
“Atuk buat apa tu?”.
“Atuk bagi surat kat kawan atuk,cu!” jawap datuknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atuk duduk dalam tong merah tu?” 
Bahagian 5
Seorang posmen  datang menghantar surat.
” Assalamualaikum “
” Waalaikummussalam “
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Pening kepala saya mencari alamat rumah encik ni “
” Buat susah aje encik ni! Apasal tak pos aje?”
—————————————————————————————————————————–

No comments:

Post a Comment