Wednesday, July 18, 2012

Cerita santai (31-40_




Cerita 31:
Nak Muntah
Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.
“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”
Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

CERITA 32:
BABA
Jurujual: Sabun apakah yang anda gunakan selama ini?
Pelajar: Sabun Baba.
Jurujual: Kalau deodorant, deodorant apakah yang anda gunakan?
Pelajar:  Deodorant Baba
Jurujual:  Minyak wangi?
Pelajar:  Minyak Wangi Baba.
Jurujual:  Syampu?
Pelajar:  Syampu Baba.
Akhirnya dengan kecewa si jurujual bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”
Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.”
CERITA 33:

Vibrate

Di dalam satu bilik darjah, semua pelajar tidak dibenarkan untuk bercakap. Tetapi ada seorang budak yang bernama Manap bergegar-gegar sehingga mengganggu pengajaran yang disampaikan oleh si cikgu.
Cikgu: Manap, kenapa awak bergegar-gegar? Awak tak sihat ke?
Manap: Maaf cikgu. Saya terpilih opsyen ‘vibrate’. Saya tukar kepada ‘silent’ ya.
CERITA 34:

Siapa Tua

Di sebuah tadika di pinggir kota.
Cikgu: Amri, awak ada berapa adik-beradik?
Amri: Tiga, cikgu.
Cikgu: Awak yang paling tua?
Amri: Tak. Atuk saya.
CERITA 35:

Kuda Makan Rumput

Seorang guru Pendidikan Seni sedang melihat kertas lukisan milik muridnya.
Cikgu: Lukisan apa yang kau buat ni Abu, kosong je?
Murid: Kuda makan rumput, cikgu.
Cikgu: Rumputnya mana?
Murid: Sudah habis dimakan kuda, cikgu.
Cikgu: Habis tu, kudanya mana?
Murid: Sudah pergi, cikgu. Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?
CERITA 36:

Murid Dan Cikgu

Murid: Adakah cikgu akan marah saya untuk sesuatu yang saya tidak buat?
Cikgu: Mestilah tidak.
Murid: Cantik, sebab saya tak buat kerja rumah saya.
CERITA 37:

Di Kedai Burung

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua-dua burung itu berbeza, yang satu suka menyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli: Berapa harga burung kakak tua ini??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000.
Pembeli: Ahhh?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa. Memang berbeza, yang berharga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.
CERITA 38:

Diserang Harimau

Orang Asli: Selamat pagi tuan.
Polis: Selamat pagi.
Polis: Apa hal?
Orang Asli: Saya nak buat report tuan.
Polis: Pasal apa tu?
Orang Asli: Kawan saya dibaham harimau.
Polis: Pukul berapa?
Orang Asli: Dia tak pukul, terkam.
Polis: Habis?
Orang Asli: Tak habis, tinggal kepala.
CERITA 39:

Sudu

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.
CERITA 40:
Kerana Isteriku Bernama Liza
“Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.”Cantik isteri abang hari ni,” Usin mencubit pipi Liza lembut.
“Ayah, ayah, cepat la ayah,” Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. “Yelah, yelah, ayah dah siap ni.” Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan kerenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
“Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?” “Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap di kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin mencilok ke kiri, mencilok ke kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin ketia itu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.”Tak ada apa la sayang, rileks…cepat sikit kita sampai kampung nanti.” “Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa….jangan laju sangat bang, Liza takut.” Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. “Rileks Liza? Tak ada apa-apa,” Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apakan?” kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. “Sudah la tu bang.” “Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang potong dia aaa….” Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga menjejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan …di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan………………..ABANG!!
______________________________________
“Usin….bangun Sin,” sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana Liza mak? Macam mana dengan Liza mak? Farah, Adi….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat. “Macam mana dengan isteri Usin mak, Liza?” Usin masih terus menangis.
PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
“Banyak la engkau punya isteri! Kerja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pergi sembahyang!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar….
…Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu betul dia pada hari itu. Mimpi rupanya.
CERITA 41:
CITA-CITA
Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada murid-muridnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekali gus memberitahu tentang cita-cita mereka.
 Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.
 “Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.
 Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.
Seman berdiri dan berkata, “Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.

No comments:

Post a Comment