Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Sunday, October 21, 2012

CENDOL PULUT SANTAN LEBIH


Alhamdulillah...
Saya telah dapatkan buku terbaru Datuk Abd. Jalil Ali, terbaru CENDOL PULUT SANTAN LEBIH...
Tahniah...Sudah dapat pangkat Datuk..
Tidak hairanlah, daripada hanya pemberita pelatih, kerjayanya meningkat menjadi wartawan kanan, penolon
g editor, editor kanan dan ketua editor. 
Walaupun mengambil jurusan Sains Politik, bidang kewartawanan terus menjadi pilihan. 
Beliau mula menyertai Kumpulan Karangkraf pada 1991 dan kini menjadi Ketua Editor Kumpulan, beliau menjadi Timbalan Pengerusi Institut Akhbar Malaysia, dan kini telah menulis 4 buah buku bersama Karangkraf...
Bukan itu sahaja, beliau juga banyak berkarya dalam menerbitkan cerpen, darma radio, skrip TV dan filem dan kebanyakkan hanya menggunakan nama samaran yang pelik-pelik....
Saya suka hasil tulisan Datuk.....
Photo: yei..semalam sy telah dapatkan buku terbaru Datuk Abd. Jalil Ali, terbaru CENDOL PULUT SANTAN LEBIH...tahniah...dah dapat pangkat Datuk..tidak hairanlah, daripada hanya pemberita pelatih, kerjayanya meningkat menjadi wartawan kanan, penolong editor, editor kanan dan ketua editor. Walaupun mengambil jurusan Sains Politik, bidang kewartawanan terus menjadi pilihan. Beliau mula menyertai Kumpulan Karangkraf pada 1991 dan kini menjadi Ketua Editor Kumpulan, beliau menjadi Timbalan Pengerusi Institut Akhbar Malaysia, dan kini telah menulis 4 buah buku bersama Karangkraf..bukan itu sahaja, beliau juga banyak berkarya dalam menerbitkan cerpen, darma radio, skrip TV dan filem dan kebanyakkan hanya menggunakan nama samaran yang pelik-pelik....Saya suka hasil tulisan Datuk.....

Saturday, June 2, 2012

Sunan, bertemu dipenghujungnya....

SUNAN MUSAFIR...

Allah menciptakan cinta...
dan cinta itu fitrah manusia...

Antara ruang dan waktu...
Antara Cinta dan air mata...
Perjuangan dan kesabaran...

Dan yakinilah....
Pada ketika diri merasa tidak mempunyai sesiapa, 
ALLAH itu mencukupi segala-galanya....



Allah menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara.
Maka itu sebagai manusia, Sudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.
Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata.
Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.
Fikiran Saifudin agak tergangu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup.
Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?
Pada tahun 1531- Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka.
Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan.
Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa.
Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?


JIKA SAYA NAK TAHU SELANJUTNYA PENGAKHIRAN CERITA DARI NOVEL ULUNG CERITERA EPIK THRILLER NI, SAYA KENA HABISKANNYA!!!



DISEBALIK TABIR ENAM NOVEL PENGEMBARAAN LAKSAMANA SUNAN

Dalam sejarah penulisan tanah air, Ramlee Awang Murshid adalah satu-satunya penulis yang berjaya menggarap rangkaian cerita mengenai watak fiksyannya iiatu LAKSAMANA SUNAN dalam enam buah novelnya.

Beliau yang sebelum ini lebih selesa dalam genre thriller, cuba mengembangkan konsep sedia ada dengan mengutarakan sbuah ceritera epik, tetapi masih berunsur thriller.

Melalaui waktak fantasinya, LAKSAMANA SUNAN atau nama sebenarnya SAIFUDIN JALIS, Ramlee berusaha mengembangkan cerita tokoh fiksyen ini dengan penuh unsur-unsur saspens, konflik, perebutan kuasa, halangan cinta yang berakhir dengan darah dan air mata.

Ikutilah cetusan rasa Ramlee Awang Murshid pada setiap novelnya dalam kumpulan ini:

BAGAIKAN PUTERI
CINTA SANG RATU
HIJAB SANG PENCIPTA
CINTA SUFI
SUTERA BIDADARI
SUNAN MUSAFIR


"Apabila kita ingin mati di jalan ALLAH, maka pilihan terbaik adalah terus hidup di jalan ALLAH"


-Ramlee Awang Murshid-

Wednesday, January 4, 2012

BIMBINGAN KERJAYA GURU rahsia lulus temu duga posting...

Bismillah..

Alhamdulillah buku yang ditempah sudah berada di tangan saya. Terima kasih kepada sahabatku saudara Zahilal Zahari atas buku yang kamu poskan. Diharapkan dengan buku ini, dapatlah kita sama-sama berkongsi ilmu untuk persiapan temu duga nanti. Insyaallah..kita akan posting nanti. Berita gembira memberitahu kita yang kita bakal ditemuduga mulai bulan ini dan akan dipostingkan pada bulan Mac. Biarlah berita ini benar. Dan marilah sama-sama kita membuat persediaan untuk temu duga nanti.

Buku yang saya maksudkan tadi adalah buku yang dikeluarkan oleh UPSI iaitu dari pensyarah saya iaitu En. Mohd Noor Idris iaitu pensyarah Bimbingan Kaunseling dan Penasihatan suatu ketika belajar di UPSI dahulu, dan pada subjek inilah saya mendapat A. Terima kasih En. Mohd Noor Idris...

BUKU BIMBINGAN KERJAYA GURU, Rahsia Lulus Temuduga Posting, meliputi pelbagai aspek kemahiran temu duga dan isu-isu penting pendidikan. Selepas memahami semua bab dalam buku ini pembaca dapat menguasai kemahiran temu duga posting yang dapat membantu memberikan keyakinan motivasi dan persediaan diri individu menghadapi temu duga posting. Insyaallah..


Mari kita berkenalan serba sedikit penulis buku ini..
Beliau adalah pensyarah di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, UPSI. Mempunyai kepakaran dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling, Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling Remaja. Beliau juga berpengalaman luas mengendalikan bengkel-bengkel motivasi dan latihan kepada agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun, universiti-universiti, sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan belia.

Terima kasih sekali lagi...Buku ini sedikit sebanyak membantu saya dan rakan-rakan untuk membuat persiapan dan persediaan untuk menghadapi temu duga nanti.

TERIMA KASIH...

Monday, January 2, 2012

GIVE & TAKE antara Hamba dan Pencipta

 Bismillah..
Saya baru sahaja membeli sebuah buku yang sangat menarik untuk saya kongsikan. Buku ni berkaitan dengan hamba dan penciptanya. Baru sahaja selesai bahagian pertama buku ini sudah membuatkan saya tertarik untuk menghabiskan pembacaan saya. Penulisannya yang sangat santai itulah penyebab utama saya jatuh hati kepada buku ini. Pertama kali melihat cover buku ini dan melihat siapa penulisnya, terus saya ambil dari rak dan membayarnya di kaunter. 



Hubungan antara hamba dan pencipta merupakan hubungan tertinggi yang asasnya adalah akidah. Hamba yang memahami hubungan ini akan meemliharanya agar ianya berterusan sehingga hembusan nafas yang terakhir. Andaikata kita mengatakan mencintai hubungan ini, adakah kita sudah membuktikannya. Pembuktian ini tidak cukup sekadar di mulut sahaja melainkan harus dibuktikan dengan tindakan. Sudahkah tindakan kita membuktikan kita mencintai Allah?

Bukan sebagai makhluk kita harus mengenal siapa pencipta? Amat pelik jika hamba yang tidak mengenali penciptanya. Sebagai hamba, selayaknya mengabdikan diri sepenuh hati mendedikasikan diri dengan penuh cinta, supaya hubungan yanga da antara hamba dan pencipta terjalin dengan mesra seperti sepasang kekasih.

(NurulAin Ahmad, sedang menuntut di IPG Tengku Ampuan Afzan dalam bidang Ijazah Perguruan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab)

Diharap semua dapat membacanya. Memang terbaik buku ini. Kita akan lebih mengenali siapa ALLAH...

Wednesday, December 21, 2011

HEBATNYA SALAHUDIN AYUBI (PENAKLUK JERUSALEM)


“Di medan perang, Salhudin kelihatan seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya. Beliau kelihatan sentiasa berada di atas kudanya bergerak dari penjuru medan perang ke satu penjuru yang lain sambil menyeru tenteranya berjuang kerana ALLAH. Sepanjang berlangsungnya peperangan, Salhudin sentiasa berpuasa pada siang hari walaupun beliau demam sehingga doctor peribadinya menyuruhnya berbuka” (Ibnu Shaddad, ahli sejarah Islam)




SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.
Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan NurudinZenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.
Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan  semangat tentera.
Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung  yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah
.
Beliau juga akan pergi keseluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasanMesir, Palestindan Syria.
Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau Berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti olehSalahuddin al-Ayubi. Pada masa yang sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.
Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.
Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.
Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.
Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan Negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.
Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis  yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.
Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.
Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan  orang  Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.
Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wangemas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

Wednesday, December 14, 2011

Ajarkan aku Wahai Ibu...

...Kasihnya ibu membawa ke syurga. Berkorban nyawa tanda kasih.
Kasihnya ayah tak sanggup berpisah. Berkorban raga rela binasa...



Aduhai Ibu... 
Kasihnya pada kita tiada noktah. 
Jasanya tidak terhitung, pengorbanannya tidak terbalas. 
Doa dan kasihnya bagai selimut yang membaluti tubuh. 
Pelukannya umpama angin yang mendinginkan. 
Betapa lembutnya teguran diberi kala kita hanyut dalam kelalaian. 
Namun, alangkah hiba hati kecil mereka andai terguris dek kedegilan yang kita pamerkan.

Dalam keseronokan mengejar duniawi, hadirnya insan rabbani ini membawa peringatan agar kita tidak terus terleka diulut mimpi.
Bicaranya tersembunyi sejuta hikmah menuntun kita ke jalan bahagia. 
Halangnya bukan membantah.
Nasihatnya untuk kebaikan. Beruntunglah siapa yang mendengar, rugilah mereka yang ingkar.

Ajarkan Aku Aahai Ibu... 
membawa kita menyelami hati seorang ummi yang membawa mutiara nasihat tidak ternilai buat anakanda tercinta. Selamilah apa yang diucap. 
Hayatilah setiap bait yang tercatat. 
Pasti akan ketemu sesuatu yang bererti buat bekalan kemudian hari. 
Percayalah... redha Rabbul Jalil terletak pada redhanya. 
Lalu, terimalah ia sebagai hadiah daripada seorang ummi yang menyayangi kita...

............................................................................................Dr. Malina Osman..
.............Pensyarah Perubatan Kanan Jabatan Mikrobiologi & ; Parasitologi Perubatan, UPM........

Monday, November 21, 2011

Trilogi Bagaikan Puteri Karya Novelis no. 1 Malaysia, RAMLEE AWANG MURSHID Menjadi Pilihan

Sudah lama rasanya tidak membaca novel. Rindu nak membaca karya-karya Ramlee Awang Murshid. Bilakah agaknya novel barunya akan keluar. Lagi-lagi tak sabar menunggu sambungan 4 novel ini iaitu, Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta dan Cinta Sufi. Mungkin lepas keluarnya Fiksyen 302, ceritera epik thriller ini akan keluar pula, tak sabar menantikannya. Saya dapat rasakan semua peminat setia novel karya abang RAM tidak sabar-sabar menunggu garapan cerita daripada penulis hebat dan novelis thriller nombor 1 di Malaysia.

Jom, kita telusuri semula cerita 4 buah novel ini...

BAGAIKAN PUTERI


"Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung"

Inilah kata-kata keramat dari dalam novel ini. Sudah boleh ku hafal, penuh dengan maksud tersirat, dan yang satu ini lagi menusuk kalbu setiap pembaca, yang dituturkan dari hati yang suci Laksamana Sunan:

   'Awan...kalau dapat kucapai maka saktilah hamba"

Juga memberi inspirasi kepada diri ini bahawa betapa susah kita hendak mengecapi kebahagian jika tidak dengan usaha yang kuat ditambah pula doa dan tawakal kepada yang esa. Sesungguhnya jika kejayaan itu sudah dicapai kecapilah ia dengan penuh kesyukuran.

Bagaikan Puteri... penuh konflik, tragedi, pengembaraan, mistik dan magik. Hanya kerana cinta...manusia sanggup berperang!


CINTA SANG RATU


Cinta Sang Ratu, sambungan ceritera epik thriller RAM...

"Tatkala cinta berbisik suaranya memuji Tuhan, pabila rindu terusik Rasulnya jadi pilihan"

 Cinta Sang Ratu
 Laksana langit mencengkam purnama 
 ibarat mutiara di lautan biru 
saujana mata memandang, seluas langit terbentang.
Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji Tuhan
Pabila rindu terusik, Rasulnya jadi pilihan.
Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian.


Sungguh indah puisi ini..
Antara kata-kata yang paling berkesan dalam novel ini, pastinya yang dituturkan oleh Laksamana Sunan:
Ratu Sulaman di akhir kurun ke-15....hatinya rawan teringatkan ucapan Laksamana Sunan kepadanya....

       "SEBAGAI MANUSIA, AKU SAYANG KEPADAMU"

Di abad ke-21 pula Haryani teringat akan Dani dan kata-kata Dani menjadi pengubat resanya...
" HARYANI, WALAU APAPUN YANG BERLAKU, SAYA TETAP MENCINTAI DAN MENYAYANGI AWAK"

Dua wanita, dari dua zaman yang berbeza, Ratu Sulaman dan Haryani ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada mulanya mereka benci, dan akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu janji?

Cinta Sang Ratu...
Mengulang kisahh perkelahian di langit
yang berlanjutan kepada peperangan di bumi
semata-mata kerana CINTA


HIJAB SANG PENCINTA
"DENDAM ITU BARA, MARAH ITU API"

Rasa rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tidak berkesudahan. Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana. Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula. Namun kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Dan kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

SUNGGUH HEBAT.....


CINTA SUFI

Sebuah lagi novel kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaran dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna...bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta tiga segi yang terlafaz dan tersembunyi....


Cinta Sufi...Sekali kurebah, sejuta kali kubangkit....


Wah...tidak sabar menunggu sambungannya....


Wednesday, November 16, 2011

"walau tubuh hancur dilebur,
keimanan kekal tidak terkubur,
walaupun jasad mati dibunuh,
namun jiwa kita tetap hidup dengan utuh.
Keteguhan ini hanya akan dirasai,
apabila Allah itu kita rapati.
Sesiapa yang pernah merasa,
tidak akan mampu membohongi,
akan kebenaran yang muncul dari langit ini.
Mereka yang pernah berhubung dengan-Nya,
tidak akan mampu memberikan nafi.
Sesiapa juga tidak akan mampu menghapuskan keyakinan ini.
Walau seluruh dunia dipeluk gelita,
kita tetap yakin cahaya-Nya akan bersinar jua!" (Ruh Faizan)

;petikan dari novel TAKDIR Cahaya yang Tidak Terpadam, novel epik islami dari penulis muda yang hebat Hilal Asyraf 

Friday, November 6, 2009

BUKU-BUKU....


Sepanjang tahun ni, pelbagai buku saya beli, tapi tak semuanya saya baca.

Tetapi semua buku ni sangat menarik bagiku...
Jom tengok buku-buku yang saya beli...
Duit memang habis banyak dek kerana buku-buku ni,
tetapi ilmu dalam buku tu lagi berharga daripada duit...


Buku yang sudah habis aku baca adalah "teh tarik kurang manis, malam pertama di syurga,dan Irsyad hukum.

Malam Pertama Di Syurga : menceritakan tentang keindahan di syurga. Kata-kata yang
menarik dalam buku ni ialah, "kehidupan ini sama seperti asap
yang sebentar sahaja kelihatan lalu lenyap. Sesungguhnya manusia seperti nafas sahaja, dan semuanya sia-sia"
Penulis : Adil Akhyar, SH,LL.M

Teh Tarik Kurang Manis : Menceritakan tentang asam garam kehidupan manusia terutama
yang sudah berumah tangga. Pelbagai kritikan diberikan kepada kaum Adam dan Hawa serta masyarakat sekeliling. Sangat menarik untuk dibaca.
Penulis :