Jom, kita telusuri semula cerita 4 buah novel ini...
BAGAIKAN PUTERI
"Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung"
Inilah kata-kata keramat dari dalam novel ini. Sudah boleh ku hafal, penuh dengan maksud tersirat, dan yang satu ini lagi menusuk kalbu setiap pembaca, yang dituturkan dari hati yang suci Laksamana Sunan:
'Awan...kalau dapat kucapai maka saktilah hamba"
Juga memberi inspirasi kepada diri ini bahawa betapa susah kita hendak mengecapi kebahagian jika tidak dengan usaha yang kuat ditambah pula doa dan tawakal kepada yang esa. Sesungguhnya jika kejayaan itu sudah dicapai kecapilah ia dengan penuh kesyukuran.
Bagaikan Puteri... penuh konflik, tragedi, pengembaraan, mistik dan magik. Hanya kerana cinta...manusia sanggup berperang!
CINTA SANG RATU
Cinta Sang Ratu, sambungan ceritera epik thriller RAM...
"Tatkala cinta berbisik suaranya memuji Tuhan, pabila rindu terusik Rasulnya jadi pilihan"
Cinta Sang Ratu
Laksana langit mencengkam purnama
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang, seluas langit terbentang.
Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji Tuhan
Pabila rindu terusik, Rasulnya jadi pilihan.
Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian.
Sungguh indah puisi ini..
Antara kata-kata yang paling berkesan dalam novel ini, pastinya yang dituturkan oleh Laksamana Sunan:
Ratu Sulaman di akhir kurun ke-15....hatinya rawan teringatkan ucapan Laksamana Sunan kepadanya....
"SEBAGAI MANUSIA, AKU SAYANG KEPADAMU"
Di abad ke-21 pula Haryani teringat akan Dani dan kata-kata Dani menjadi pengubat resanya...
" HARYANI, WALAU APAPUN YANG BERLAKU, SAYA TETAP MENCINTAI DAN MENYAYANGI AWAK"
Dua wanita, dari dua zaman yang berbeza, Ratu Sulaman dan Haryani ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada mulanya mereka benci, dan akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu janji?
Cinta Sang Ratu...
Mengulang kisahh perkelahian di langit
yang berlanjutan kepada peperangan di bumi
semata-mata kerana CINTA
HIJAB SANG PENCINTA
"DENDAM ITU BARA, MARAH ITU API"
Rasa rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tidak berkesudahan. Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana. Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula. Namun kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Dan kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.
SUNGGUH HEBAT.....
CINTA SUFI
Sebuah lagi novel kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaran dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.
Laksamana Sunan, Catalina dan Luna...bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta tiga segi yang terlafaz dan tersembunyi....
Cinta Sufi...Sekali kurebah, sejuta kali kubangkit....
Wah...tidak sabar menunggu sambungannya....
No comments:
Post a Comment