Tuesday, November 22, 2011

TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA MEMBAWA PULANG PINGAT EMAS DALAM SUKAN SEA 2011

Abah saya kata.....Fakri tak boleh jadi penyerang..semua keluarga saya sokong, mak, adik-adik...kalau Safee Sali dah lama kita menang, dan dah banyak gol Malaysia jaringkan....Fakri apa dah jadi ni, setiap perlawanan macam tu.....sehingga sepakan penalti pun untuk perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea pun sama...walau apa pun, Tahniah Malaysia!!!!.Ini hanyalah komen seorang hamba Allah yang tak tahu pasal bola..tapi sangat menyukai dan menyokong Team MAlaysia.....Selamat semuanya buat pasukan Harimau Malaya dan Harimau Muda Malaysia!!!!
 
Mari kita lihat apa yang terjadi sepanjang perlawanan akhir ini...
Malaysia berjaya menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam untuk mengekalkan pingat emas.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan 30 minit.
Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35.

Sukar untuk menggambarkan betapa gembiranya seluruh peminat bola sepak Malaysia apabila skuad bawah-23 negara mencipta sejarah dengan berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea selepas menewaskan Indonesia di peringkat akhir.

Aksi yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno dalam lautan penyokong tempatan nyata mendebarkan sehinggalah menyaksikan kemenangan Malaysia 5-4, 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Baddrol Bakhtiar yang mengambil sepakan terakhir menjadi wira apabila mengesahkan kemenangan Malaysia, biarpun tendangannya hampir-hampir diselamatkan.

Terdahulu, sepakan pemain Indonesia, Gunawan terkena tiang untuk memberi harapan kepada Malaysia. Namun tendangan penyerang negara Fakri turut diselamatkan, sebelum Khairul Fahmi kembali mencerahkan peluang selepas menyelamatkan tendangan lawan.

Dalam aksi 90 minit, Indonesia meraih gol pembukaan hasil tandukan Gunawan pada minit ke-5 permainan selepas menyambut baik sepakan penjuru. Gol tersebut nyata menggamatkan Stadium dan menyentap semangat pemain anak buah Ong Kim Swee, namun ia tidak menggagalkan skuad negara untuk memburu gol.

Malaysia berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Asrarudin Putra di sebelah kiri gol pada minit ke 35, selepas menyempurnakan sepakan penjuru. Saingan cukup mendebarkan dengan aksi agresif dalam 45 minit pertama yang turut menyaksikan banyak percubaan-percubaan berbahaya daripada kedua-dua pasukan.

Malaysia hampir-hampir menambahkan jaringan selepas percubaan depan pintu gol apabila rembatan Asrarudin tepat menuju kearah penjaga gol Indonesia, sebelum percubaan Irfan juga didakap.

Pada minit ke 57, pertembungan pemain didepan pintu gol Indonesia, nyaris-nyaris membuahkan jaringan untuk Malaysia.

Kedua-dua pasukan berbalas serangan dan Malaysia sekali lagi mendapat peluang keemasan apabila jolokan baik daripada Irfan gagal disudahkan oleh Fakri.

Pada separuh masa kedua bermula, Indonesia mempamerkan penguasaan dan turut menyaksikan percubaan -percubaan bahaya terutamanya daripada penyerang berbisa Bonai.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga 90 minit dan juga 30 minit masa tambahan, sekaligus memaksa pengadil mengheret permainan hingga ke penentuan penalti. Astro Arena..
Ia adalah kemenangan pingat emas keenam dimenangi skuad bola sepak Malaysia dalam Sukan Sea selepas kali terakhir diperolehi pada 2009 di Loas.ASTRO ARENA
 TERBAIK LA TEAM MALAYSIA....

No comments:

Post a Comment