BABAK 1
Bermulalah satu cerita di pagi nan ceria di SMKBT. Seperti biasa anak-anak yang dicintai oleh guru masuk ke kelas selepas perhimpunan pagi bagi memulakan pembelajaran. Seperti kelas-kelas lain, Tingkatan 2 Kasih tidak terkecuali. Kasihnya guru terhadap mereka sampai ke syurga. Kelas 2 Kasih merupakan kelas kedua terakhir dan menjadi kelas pantauan guru-guru kerana terkenal dengan kelas yang sentiasa bising, tidak kira guru ada di dalam kelas atau tidak, kelas seperti pasar borong atau gelanggang bergusti. Maka berebut-rebutlah mereka masuk ke kelas pada pagi itu….
Muzik berbunyi....
Izudin : Aduh, lama betul perhimpunan! Tah ape nak dibebel pun aku tak tahu, Balik-
balik kes dating, ponteng kelas, tah ape2 lagi...
Naufal : Ala..relex ar Judin, ok pe, kurang2 kite tak payah belajar masa cikgu Ayu
ni..seronok... kalau tak...”baiklah kelas, semua senyap, sy nak ajar kamu
ni...”hahaha...pastu...merajuk..
Faiz : Betul tu aku sokong sangat! lagi pun aku mana penah bawak buku dia…dah naik
bosan dengar die membebel…bernanah telinga aku ni...
Izudin : Tau tak pe, telinga aku ni dah tahap kritikal bernanahnya..(ketawa besar)
Faiz, Naufal dan Izudin ketawa besar
Aisyah : Wei! Korang boleh senyap tak! aku tengah tension ni! Dah la dekat rumah bising
mak bapak aku bergaduh, ni korang pulak yang nak bising! Argh...tension!
Izudin : ek eleh..budak pompuan ni...menyibuk je..
Naufal : Kepoh betul!
Ketua kelas : Wei dah la....jangan bising2, kejap lagi Cikgu Ayu masuk..
Faiz : Ni sorang lagi budak skema! Belajar rajin dari aku, tapi result, hampeh!teruk
gak...
Ketua Kelas : Dah la, baik aku baca buku dari layan korang bertiga ni!
Naufal,Izudin, Faiz : wa......budak skema...
Begitulah pelajar-pelajar kelas 2 Kasih. Macam-macam perangai boleh lihat, tak terlayan oleh guru-guru, terlampau nakal. Kalu yang nakal ini tidak menggangu pelajar lain tidak mengapa, tetapi kenakalan mereka itulah yang menyebabkan pelajar yang lain yang hendak belajar kena tempias sekali dimarahi oleh cikgu-cikgu. Cikgu-cikgu kadang-kadang sudah buntu bagi memikirkan kenakalan pelajar 2 Kasih ini. Kita teruskan dengan babak seterusnya.
Penyanyi : Apa khabar semua? Dengarlah lagu terbaru daripada kami, Cikgu Ayu.....
Lagu cikgu ayu
Penyanyi : Sekian terima kasih..
BABAK 2
Maria : Cikgu Ayu dah datang......2x
Kelas masih tetap bising. Dengan lemah gemalai, Cikgu Ayu masuk ke kelas 2 kasih. Terkejut sungguh Cikgu Ayu melihat keadaan kelas bagai kapal mahu belayar. Sampah dimerata-rata tempat, kerusi bergelimpangan dan yang menyedihkan lagi bila melihat papan putih...
Ketua : Bangun, selamat pagi cikgu Ayu
2 kasih : Selamat pagi Cikgu Ayu
Cikgu : Selamat pagi kelas
Ketua : Maaf cikgu Ayu biar saya yang padamkan.
Ah Pou : Ayya lu ni, ni kerja saya ma..you duduk diam sana.
Raymond : Kamu berdua mahu bodek cikgu ya. Dengar pantun ini, buah cempedak di
Luar pagar, sudah2 kita mau belajar. (satu kelas gelak)
Cikgu : Baik la kelas, kita akan meneruskan pembelajaran kita pada hari ini..Saya nak
kamu semua salin apa yang saya tulis di papan putih ya.
Naufal : Main gitar
Izudin : Borak2 dengan faiz
Cikgu : Baiklah kelas, hari ini kita akan bincang berkaitan kata adjektif atau lebih
dikenali sebagai kata sifat. Sebagai permulaannya saya nak tanya kamu dahulu.
Huda,Putih seperti apa Huda?
Huda : kapas cikgu.
Cikgu : Betul. Seterusnya, baiklah, naufal! Kamu buat apa tu? Jawa pertanyaan saya ni!
bulat seperti apa naufal?
Naufal : Bulat seperti....erk....cikgu..ahahha..
Izudin, Faiz berdiri sambil menggelakkan cikgu...
Aisyah : dah la wei..korang ni lebih-lebih plak.biar saya jawab cikgu. Bulat seperti bola
cikgu
Cikgu : Naufal, Izudin, Faiz! Berdiri atas kerusi! Saya dah tak tahan dengan kamu
bertiga!
Izudin : Apa hal ni plak cikgu, Naufal yang buat saya plak yang kena berdiri jugak!
Cikgu : Saya kata berdiri! Dan yang lain buka buku teks!
Naufal, Izudin dan Faiz berdiri...
Beku
BABAK 3
Memang sudah dijangka, Naufal, Izudin dan Faiz mesti kena berdiri. Macam mana cikgu hendak mengajar, kalau semua pelajar bising? Dan kenapa seorang pelajar perlu bersikap kurang ajar dengan seorang guru? Kasihan cikgu Ayu.
”You cannot teach man anything, you can only help him to find it within your self”
Beku
Cikgu : Hafizudin, ambil kertas ini dan edarkan pada kawan-kawan. Baiklah kelas jawab
soalan2 yang terdapat dalam kertas itu sehingga habis waktu saya.
Pelajar bising dan buat hal masing2...ada yang membaling kertas yang guru beri dan ada yang buat kapal terbang dan macam-macam lagi.
Dan.
STOP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!(cikgu)
Beku
Nakal sungguh budak-budak sekolah ni kan? (ketawa kecil). Itu dahulu, zaman muda remajaku. Kini aku sudah dewasa. Aku tidak seprti dahulu lagi, Ketua pelajar nakal yang kacak lagi bergaya bernama Izudin tu, akulah. Sekarang pun masih tetap kacak dan bergaya. Kalau dahulu aku dan kawan-kawan begitu nakal, tetapi sekarang anak-anak muridku pula yang nakal.(gelak kecil) Ya la, aku sekarang sudah menjadi seorang guru, seorang pendidik. Terima kasih Cikgu Ayu, Kalau tidak kerana merajuk terukmu pada hari itu, mungkin aku tak akan sedar.
”Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself”
Terima kasih cikgu......
Nyanyi lagu : Terima kasih guru diiringi tarian
No comments:
Post a Comment