Wednesday, January 4, 2012

BIMBINGAN KERJAYA GURU rahsia lulus temu duga posting...

Bismillah..

Alhamdulillah buku yang ditempah sudah berada di tangan saya. Terima kasih kepada sahabatku saudara Zahilal Zahari atas buku yang kamu poskan. Diharapkan dengan buku ini, dapatlah kita sama-sama berkongsi ilmu untuk persiapan temu duga nanti. Insyaallah..kita akan posting nanti. Berita gembira memberitahu kita yang kita bakal ditemuduga mulai bulan ini dan akan dipostingkan pada bulan Mac. Biarlah berita ini benar. Dan marilah sama-sama kita membuat persediaan untuk temu duga nanti.

Buku yang saya maksudkan tadi adalah buku yang dikeluarkan oleh UPSI iaitu dari pensyarah saya iaitu En. Mohd Noor Idris iaitu pensyarah Bimbingan Kaunseling dan Penasihatan suatu ketika belajar di UPSI dahulu, dan pada subjek inilah saya mendapat A. Terima kasih En. Mohd Noor Idris...

BUKU BIMBINGAN KERJAYA GURU, Rahsia Lulus Temuduga Posting, meliputi pelbagai aspek kemahiran temu duga dan isu-isu penting pendidikan. Selepas memahami semua bab dalam buku ini pembaca dapat menguasai kemahiran temu duga posting yang dapat membantu memberikan keyakinan motivasi dan persediaan diri individu menghadapi temu duga posting. Insyaallah..


Mari kita berkenalan serba sedikit penulis buku ini..
Beliau adalah pensyarah di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, UPSI. Mempunyai kepakaran dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling, Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling Remaja. Beliau juga berpengalaman luas mengendalikan bengkel-bengkel motivasi dan latihan kepada agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun, universiti-universiti, sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan belia.

Terima kasih sekali lagi...Buku ini sedikit sebanyak membantu saya dan rakan-rakan untuk membuat persiapan dan persediaan untuk menghadapi temu duga nanti.

TERIMA KASIH...

No comments:

Post a Comment