Bismillah....
Assalamaualaikum....
Ya Allah......'AKU SANGAT JELOUS!'
SANGAT JELOUS KEPADA MEREKA YANG BERTAKWA KEPADA ALLAH....
Di sini saya ingin kongsikan bicara ini buat pembaca-pembaca yang hebat yang melayari blog ini. Entri kali ini adalah untuk berkongsi sesuatu tanda hati ini yang sentiasa ingat akan senyuman kawan-kawanku. Terima kasih kepada yang melayari blog saya. Sambutlah penulisan saya ini....
Saya sangat pasti dengan ini...'INI JANJI ALLAH PADA HAMBA HAMBANYA'
Apakah janji Allah kepada orang yang bertakwa?
Manusia yang bertaqwa adalah manusia yang dekat dengan Allah.
Kepada mereka yang sentiasa mendampingi Allah, Allah telah menjanjikan pelbagai perkara kerana hubungan yang baik ity terhadap Allah.
ya....JANJI ALLAH ITU PASTI.....
kuatkalah hatiku ini Allah....
saya tahu kali ini masih lagi belum menyebelahiku....
Sinar harapan dari matahari yang memancar di pagi hari adalah bukan milikku. Masih belum menjadi milikku. Namun saya tahu, sinar itu akan beralih ke arahku, tetapi tidak tau bilanya. Hanya Allah yang tahu akan hal itu...Sesungguhnya aku ingin bergelar seorang guru...insyaallah...tidak lama lagi..
Ya Allah perkenankan doa hamba-Mu ini...
DOA?
Apa hebatnya doa?
Doa memberikan kekuatan pada orang-orang yang lemah, membuat orang yang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang sedang ketakutan.
Di sini juga saya ingin kongsikan sebuah buku yang juga menarik untuk ditelaah yang sangat berkait rapat dengan DOA....Buku ini diperkenalkan oleh sahabat saya yang sangat mencintai buku seperti saya iaitu...Fadlun Nisa'. Buku yang dimaksudkan adalah DIARI SUFI....penulisnya juga sangat hebat...SITI MUNAZAKIAH....
"Segala irama dan lagu, sedih dan pilu ku persembahkan agar diri terasa bagai ada yang berkongsi derita berbahagia gembira. Simbahan rasa ini ku hadiahkan dalam wajah seindah Sufi, diariku..."
... Setiap dari sesuatu yang dengan sebab dan sifat. Begitu juga dengan sebuah hari yang belum tentu manis pahit yang menanti untuk kita lalui sebagai hamba-Nya. Kenapa harus dimulakan dengan DOA? Kenapa pula mesti disudahkan dengan DOA? Satu peroalan yang kadang-kadang sengaja kita lupakan. DOA itu bekal, DOA itu senjata. Mana mungkin kita hamba yang lemah dan para Rasul yang maksum saban malam bersengkang mata menadah tangan berdoa agar perjuangan dan hati mereka sentiasa di bawah kasih sayang dan rahmat-Nya. Apakah lagi kita insan yang lemah yang hina ini. Jangan sombong dengan Khalik...
Dimulakan dengan BISMILLAH....Disudahi dengan ALHAMDULILLAH
Berbalik kepada Janji Allah kepada orang yang bertaqwa. Kita boleh analogikan seperti ini. Saya mempunyai seorang sahabat yang sangat baik, semestinya Jannatul Aliah...Dialah sahabatku yang terbaik ketika belajar di UPSI. Sesungguhnya saya sangat rindu pada beliau. Jika benar....dia menyayangi. Jika begitu kebenarannya, sudah tentu saya sangat suka dan sangat gembira dan akan membelikan hadiah atas sayangnya beliau kepada saya...Begitulah gambarannya insan yang bertaqwa di sisi Allah, pelbagai hadiah akan diberikan Allah kepada mereka....
JANJI ALLAH UNTUK MEREKA YANG BERTAQWA
1. Kehidupan lebih terpimpin
2. Terlepas daripada kesusahan
3. Rezeki dipermudahkan
4. Kerja dipermudahkan Allah
5. Diberi keberkatan
6. Amalan mereka diterima di sisi Allah
7. Amalan diperbaiki
8. Dosa diampunkan oleh Allah
9. Diberi ilmu oleh Allah
10. Terlepas daripada tipu daya syaitan
11. Terhindar dari neraka
Ya Allah, banyak sunggu tawaran-Mu kepada hamba-Mu yang bertaqwa..
Sudah pastinya, orang yang beriman dan percaya akan Allah akan mendapat tawaran-tawaran sedemikian...Amin.....
Janji-janji Allah yang disenaraikan tadi adalah begitu ekslusif terutama bagi mereka yang mempunyai TAKWA sahaja. Ingat mereka yang berTAKWA sahaja.....
Insan-insan yang bertuah yang akan mendapat hak ekslusi itu mereka BERIMAN dan sudah tentunya ISLAM. Dengan IMAN dan ISLAM kita mampu merebut tawaran-tawaran yang dijanjikan oleh Allah kepada kita. Tanpa kedua-duanya iaitu diulangi IMAN dan ISLAM, mimpi hanya tinggal mimpi..........
Tetapi mengapa jika kita seorang yang BERTAKWA kepada Allah adalah orang yang mestinya mempunyai IMAN dan ISLAM? Ha...ini adalah syarat untuk kita mendapat tawaran Allah itu....
SEBABNYA?
1. Kerana kita masih belum cukup sebagai hamba Allah yang bertakwa tanpa IMAN dan ISLAM
2. Kehidupan menjadi rapuh sekiranya kehilangan sama ada IMAN atau ISLAM
3. Dengan IMAN, kita akan terhindar daripada perbuatan yang dimurkai ALLAH
4. IMAN bakal menjaga KEISLAMAN kita lalu meningkatkan KETAKWAAN kita
Subhanallah....
"aku ingin IMAN dan aku memang ISLAM..adakah aku BERTAKWA? yang memungkinkan aku dapat segalan tawaran-tawaran-Mu dan menuntut janji-janji-Mu? Sesungguhnya Engkau maha memberi rezeki......"
Ha..inilah masanya untuk kita merebut tawaran hebat dari Allah ini...
Wallahualam....
Jumpa lagi di entri yang lain....
No comments:
Post a Comment