Tuesday, January 3, 2012
Persediaan Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 2012
1. Calon dikehendaki memberikan maklumat latar belakang peribadi.
Calon perlu;
a. menyatakan nama, tarikh/tempat lahir, umur, agama, bangsa, status perkahwinan.
b. menyatakan nama, umur, dan pekerjaan ayah dan ibu. (tarikh lahir dan no. telefon ayah dan ibu, jika perlu)
c. menyatakan bilangan adik beradik (contoh, mempunyai tiga orang adik beradik termasuk calon.), status calon dalam keluarga. (contoh, calon merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik. Calon tidak mempunyai abang, sebaliknya mempunyai dua orang kakak.)
d. menyatakan nama, umur, dan pekerjaan adik beradik calon. (tarikh lahir dan no. telefon adik beradik, jika perlu)
e. menyatakan nama sekolah/universiti dan kronologi pendidikan calon.
f. menyatakan pencapaian akademik tertinggi. (Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, ijazah sarjana muda, dan maklumat dalam transkrip akademik)
g. menyatakan major dan minor calon.
Sekiranya calon dikehendaki memberikan maklumat sekolah/universiti, calon perlu mengetahui tentang;
a. latar belakang geografi sekolah, sejarah sekolah (rendah/menengah), nama guru besar/pengetua dan penolong-penolong kanan semasa calon bersekolah dan terkini, moto sekolah, visi dan misi sekolah, lagu sekolah, (nama guru semasa calon bersekolah, jika perlu), perkembangan/pencapaian terkini sekolah, sumbangan calon kepada sekolah, dan pengalaman lain.
b. latar belakang geografi universiti, sejarah universiti, nama naib cancelor, timbalan naib cancelor, dekan, dan timbalan dekan semasa calon menuntut dan terkini, moto universiti, visi dan misi universiti, lagu universiti, visi dan misi pusat pengajian, kelebihan/keistimewaan universiti, (nama pensyarah-pensyarah semasa calon menuntut, jika perlu), perkembangan/pencapaian terkini universiti, sumbangan calon kepada universiti, dan pengalaman lain.)
Sekiranya perlu, calon juga harus menyatakan hobi/aktiviti, (sekurang-kurangnya 5 aktiviti dan 5 hobi) dan bakat/kebolehan calon. (sekurang-kurangnya 5)
2. Calon dikehendaki menyatakan ikon/inspirasi.
Calon perlu;
a. menyatakan sekurang-kurangnya 5 orang ikon/inspirasi calon
b. menyatakan sebab calon memilih ikon-ikon tersebut.
3. Calon dikehendaki memberikan maklumat tempat tinggal calon.
Calon perlu;
a. menyatakan nama tempat tinggal dan alamat calon.
b. menyatakan latar belakang geografi tempat tinggal.
c. menyatakan nama ketua kampung/pengerusi jawatankuasa kampung. (jika ada)
d. menyatakan demografi penduduk.
e. menyatakan latar belakang dan perkembangan sosial/ekonomi di kawasan tempat tinggal.
f. menyatakan keunikan/kelebihan kawasan tempat tinggal.
4. Calon dikehendaki memberikan maklumat negeri kelahiran.
Calon perlu;
a. mengetahui sejarah negeri/penubuhan negeri kelahiran. (secara ringkas dan padat)
b. mengetahui profil am negara, seperti;
i. bendera negeri.
ii. bunga rasmi.
iii. demografi penduduk.
iv. maklumat geografi.
v. jata negeri.
vi. lagu negeri.
c. mengetahui serba sedikit tentang biografi sultan/yang dipertuan negeri bagi negeri masing-masing.
d. mengetahui serba sedikit tentang biografi menteri besar/ketua menteri dan timbalan menteri besar/ketua menteri bagi negeri masing-masing.
e. mengetahui latar belakang dan perkembangan sosial/ekonomi negeri masing-masing.
f. menyatakan keunikan/kelebihan negeri.
5. Calon dikehendaki menyatakan pengalaman latihan mengajar.
Calon perlu;
a. mengetahui latar belakang geografi sekolah.
b. mengetahui sejarah sekolah.
c. mengetahui nama pengetua dan penolong-penolong kanan.
d. mengetahui moto sekolah.
e. mengetahui visi dan misi sekolah.
f. mengetahui lagu sekolah.
g. mengetahui nama guru-guru di sekolah tersebut. (jika perlu).
h. mengetahui nama pensyarah/guru pembimbing.
i. mengetahui perkembangan/pencapaian terkini sekolah.
j. menyatakan teknik-teknik pengajaran yang selalu digunakan semasa mengajar.
k. menyatakan set induksi/teknik pengajaran yang terbaik yang pernah digunakan semasa mengajar. (jika perlu)
l. menyatakan sumbangan calon kepada sekolah.
m. menyatakan demografi murid.
n. menyatakan pengalaman lain.
6. Soalan yang berkaitan dengan keperluan dan prospek calon dalam dunia pekerjaan yang diceburi.
Calon perlu;
a. mengetahui tujuan untuk datang ke sesi temuduga.
b. mengetahui sebab memilih jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan.
c. mengetahui alasan memilih Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai saluran untuk menjadi pegawai perkhidmatan pendidikan.
a. mengetahui objektif dan matlamat calon dalam dunia pendidikan.
b. merancang perubahan positif yang akan dilakukan dalam dunia pekerjaan yang diceburi.
c. melakukan perancangan lima tahun awal sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan.
d. mengetahui kekuatan/kelebihan sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan.
e. mengetahui kekurangan.
f. mengetahui fungsi/peranan calon sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan terhadap semua peringkat.
g. mengetahui cabaran-cabaran yang bakal dihadapi dalam dunia pendidikan beserta penyelesaian.
h. menyatakan kesanggupan untuk dihantar ke mana-mana sekolah/daerah/negeri dan kenyataan sokongan.
7. Soalan yang berkaitan dengan latar belakang Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
Calon perlu;
a. menyelidik nama dan maklumat panel temu duga masing-masing.
b. mengetahui kronologi ringkas Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
c. mengetahui visi, misi, dan objektif Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
d. mengetahui tugas/peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
e. mengetahui dasar kualiti, slogan Q, dan kod etika.
f. mengetahui carta organisasi - setiausaha dan timbalan setiausaha.
g. mengetahui piagam pelanggan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
h. mengetahui anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran - pengerusi dan timbalan pengerusi.
i. mengetahui fungsi bahagian pengambilan guru Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
j. mengetahui nama setiausaha bahagian pengambilan guru Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
k. mengetahui nama setiausaha bahagian pengambilan guru Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran cawangan Sabah/Sarawak. (untuk calon Sabah/Sarawak)
8. Soalan yang berkaitan dengan latar belakang Jabatan Perkhidmatan Awam.
Calon perlu;
a. mengetahui kronologi ringkas Jabatan Perkhidmatan Awam.
b. mengetahui visi, misi, dan objektif Jabatan Perkhidmatan Awam.
c. mengetahui tugas/peranan Jabatan Perkhidmatan Awam.
d. mengetahui dasar kualiti, slogan Q, dan kod etika/nilai-nilai teras.
e. mengetahui ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam.
f. mengetahui piagam pelanggan Jabatan Perkhidmatan Awam.
9. Soalan yang berkaitan dengan latar belakang Kementerian Pelajaran Malaysia.
Calon perlu;
a. mengetahui visi, misi, dan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia.
b. mengetahui nama dan biografi ringkas menteri pelajaran Malaysia, timbalan menteri 1, timbalan menteri 2, ketua setiausaha, ketua pengarah pelajaran Malaysia.
c. mengetahui nama timbalan ketua setiausaha (pembangunan) dan timbalan ketua setiausaha. (pengurusan), timbalan-timbalan ketua pengarah pelajaran Malaysia.
d. mengetahui lima orang bekas menteri pelajaran Malaysia. (mengikut kronologi)
e. mengetahui badan berkanun di Kementerian Pelajaran Malaysia.
f. mengetahui piagam pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia.
10. Soalan yang berkaitan dengan latar belakang jabatan pelajaran negeri.
Calon perlu;
a. mengetahui visi, misi, dan objektif jabatan pelajaran negeri.
b. mengetahui nama dan biografi ringkas ketua pengarah pelajaran negeri.
c. mengetahui jumlah sektor, jabatan pelajaran daerah, dan bahagian-bahagian bagi negeri calon.
d. mengetahui piagam pelanggan jabatan pelajaran negeri.
11. Soalan yang berkaitan dengan latar belakang jabatan pelajaran daerah.
Calon perlu;
a. mengetahui visi, misi, objektif dan fungsi jabatan pelajaran daerah.
b. mengetahui nama pegawai pelajaran daerah dan timbalan pegawai pelajaran daerah.
c. mengetahui piagam pelanggan jabatan pelajaran daerah.
12. Soalan yang berkaitan dengan latar belakang Malaysia.
Calon perlu;
a. mengetahui kronologi ringkas Malaysia. (sejarah kemerdekaan Tanah Melayu dan penubuhan Malaysia)
b. mengetahui konsep kenegaraan Malaysia, yang melibatkan;
i. konsep negara Malaysia.
ii. sistem kerajaan Malaysia.
iii. bentuk negara Malaysia.
c. mengetahui perlembagaan Malaysia, yang melibatkan;
i. penggubalan perlembagaan persekutuan Malaysia.
ii. konsep kertertinggian perlembagaan.
iii. ciri-ciri kerajaan Malaysia yang digariskan dalam perlembagaan Malaysia.
d. mengetahui sistem pentadbiran Malaysia.
i. Yang di-Pertuan Agong.
ii. majlis raja-raja.
iii. kabinet.
iv. jabatan perdana menteri dan agensi-agensi pusat.
v. kementerian dan jabatan.
vi. perbadanan awam di Malaysia.
e. mengetahui sistem perundangan Malaysia.
i. pilihan raya Malaysia.
f. mengetahui profil am negara, seperti;
i. agama rasmi.
ii. bahasa kebangsaan.
iii. bendera Malaysia.
iv. bunga kebangsaan.
v. demografi penduduk.
vi. maklumat geografi.
vii. jata negara.
viii. lagu kebangsaan.
ix. mata wang.
x. rukun negara.
xi. hari kemerdekaan dan hari penubuhan Malaysia.
g. mengenali ikon negara yang mencipta nama di peringkat antarabangsa. (sekurang-kurangnya 5 orang)
h. mengetahui dasar-dasar ekonomi negara. (contoh: dasar ekonomi baru, dasar pembangunan nasional, dasar wawasan negara, dasar pertanian negara, dasar induk perindustrian negara, dasar perindustrian berat Malaysia, dasar penswastaan, dasar persyarikatan Malaysia, dasar sogoshosha, dasar peningkatan daya pengeluaran negara, dasar belilah barang buatan Malaysia, koridor raya multimedia, dasar urbanisasi negara, dan dasar kawalan modal terpilih)
i. mengetahui dasar sosial dan pertadbiran negara. (contoh: dasar sosial negara, dasar pendidikan kebangsaan, dasar perpaduan negara, dasar wanita negara, dasar pandang ke timur, penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran, kepimpinan melalui teladan, Bersih, Cekap dan Amanah, Islam Hadhari, dasar pembaharuan dan peningkatan produktiviti dan kualiti dalam perkhidmatan awam dan perspektif wawasan 2020)
j. mengetahui hari kelepasan am (persekutuan dan negeri)
13. Soalan yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia.
Calon perlu;
a. mengetahui falsafah pendidikan negara.
b. mengetahui falsafah pendidikan kebangsaan.
c. mengetahui falsafah pendidikan guru.
d. mengetahui kronologi ringkas pendidikan di Malaysia.
e. mengetahui sistem pendidikan kebangsaan, yang melibatkan;
i. pendidikan prasekolah.
ii. pendidikan rendah.
iii. dasar pendidikan wajib.
iv. program memperkasakan sekolah kebangsaan.
v. program rancangan integrasi murid untuk perpaduan.
vi. sekolah wawasan.
vii. sekolah bestari.
viii. sekolah kluster.
ix. pendidikan peringkat menengah.
x. peringkat menengah rendah.
xi. peringkat menengah atas.
xii. pendidikan peringkat teknik dan vokasional.
xiii. sekolah menengah kebangsaan agama.
xiv. sekolah agama bantuan kerajaan.
xv. sekolah sukan Malaysia.
xvi. sekolah seni Malaysia.
xvii. tingkatan enam.
xviii. kurikulum.
xix. kurikulum pendidikan prasekolah.
xx. kurikulum pendidikan rendah.
xxi. program j-Qaf.
xxii. program kelas intervensi awal membaca dan menulis.
xxiii. kurikulum pendidikan menengah.
xxiv. pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris.
xxv. pendidikan sivik dan kewarganegaraan.
xxvi. kokurikulum.
xxvii. penerapan semangat patriotisme.
xxviii. sistem penilaian dan peperiksaan awam.
xxix. pendidikan swasta.
f. mengetahui program bantuan dan sokongan pendidikan, yang melibatkan;
i. skim pinjaman buku teks.
ii. kumpulan wang amanah pelajar miskin.
iii. skim bantuan tuisyen.
iv. rancangan makanan tambahan.
v. program susu sekolah.
vi. program 3K. (keselamatan, kesihatan dan keceriaan)
vii. program bersepadu sekolah sihat.
viii. program sekolah selamat.
ix. program biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia.
x. program bimbingan dan kaunseling.
xi. program kesediaan sekolah menghadapi bencana alam.
xii. program asrama sekolah.
xiii. program bantuan kepada murid pendidikan khas.
xiv. program bahan bacaan kepada sekolah di pedalaman.
xv. program nilam.
xvi. pusat sumber sekolah.
xvii. program teknologi komunikasi maklumat dalam pendidikan.
xviii. program TV pendidikan.
g. mengetahui hal-hal lain yang berkaitan dengan pendidikan seperti;
i. konsep pendidikan, sekolah, guru, dan murid.
ii. insentif untuk guru.
iii. kebajikan guru.
iv. kuaters institusi pendidikan.
v. elaun khas pedalaman.
vi. guru cemerlang.
vii. anugerah guru inovatif.
viii. hari guru.
ix. sekolah kebangsaan.
x. persatuan ibu bapa dan guru
xi. sistem analisis peperiksaan sekolah.
14. Soalan yang berkaitan dengan isu, dasar, dan konsep pendidikan di Malaysia.
Calon perlu;
a. mengetahui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
b. mengetahui dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris.
c. mengetahui dasar 1Murid 1Sukan.
d. mengetahui Rancangan Malaysia ke-10 - pendidikan.
e. mengetahui Bidang Keberhasilan Utama Negara - pendidikan.
f. mengetahui Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam - pendidikan.
g. mengetahui kurikulum standard sekolah rendah. (menggantikan kurikulum bersepadu sekolah rendah)
h. mengetahui kurikulum standard sekolah menengah. (menggantikan kurikulum bersepadu sekolah menengah)
i. mengetahui program pembangunan pendidikan 2001 - 2010.
j. mengetahui konsep pendidikan sepanjang hayat.
k. mengetahui konsep pendidikan untuk semua.
l. mengetahui konsep Standard Guru Malaysia.
m. mengetahui konsep Tonggak 12.
n. mengetahui konsep merentas kurikulum.
o. mengetahui konsep teknologi komunikasi maklumat dalam pendidikan.
p. mengetahui konsep pelan strategik pengajian tinggi negara.
q. mengetahui isu-isu seperti;
i. pengambilan guru sandaran tidak terlatih.
ii. pendidikan seks di Malaysia.
iii. pemansuhan pengajaran dan pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris.
iv. pemansuhan mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian.
v. proses transformasi pengajian teknik dan vokasional. (Program Asas Vokasional)
vi. kesilapan buku teks bahasa Inggeris.
vii. novel Interlok.
viii. salah laku dalam kalangan guru.
ix. guru - penakluk emosi.
x. guru - role model/inspirasi murid.
xi. masalah disiplin dalam kalangan murid.
15. Soalan yang berkaitan dengan isu-isu semasa dalam/luar negara dan dasar-dasar baru Malaysia.
Calon perlu;
a. mengetahui dasar 1Malaysia.
b. mengetahui Program Transformasi Kerajaan.
c. mengetahu Bidang Keberhasilan Utama Negara.
d. mengetahui Rancangan Malaysia ke-10.
e. mengetahui Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam.
f. mengetahui konsep amalan 5S Jabatan Perkhidmatan Awam.
g. mengetahui konsep integriti.
h. mengetahui program latihan khidmat negara.
i. mengetahui isu-isu seperti;
i. pengambilan guru sandaran tidak terlatih.
ii. krisis pelajar Malaysia di Mesir.
iii. kematian Osama bin Laden.
iv. bantahan Cuepacs terhadap Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam.
v. Singapura - Johor. (stesen kereta api)
Calon perlu mencari, mengumpul, menganalisis, dan menilai isu-isu/peristiwa-peristiwa penting pada tahun 2011 secara menyeluruh.
Calon juga perlu membaca dan meneliti isu-isu utama/penting dalam mana-mana akhbar dua minggu sebelum hari temuduga. (termasuk akhbar pada hari temuduga calon, jika perlu)
16. Soalan yang berkaitan dengan buku rekod pengajaran guru.
Calon perlu;
a. mengetahui tatasusila profesion keguruan.
b. mengetahui peraturan-peraturan pendidikan (kurikulum kebangsaan) 1997.
c. mengetahui kandungan surat pekeliling ikhtisas, bil. 3/1999 - penyediaan rekod pengajaran dan pembelajaran.
d. mengetahui kandungan surat pekeliling ikhtisas, bil. 4/1986 - panitia mata pelajaran.
e. mengetahui kandungan surat pekeliling ikhtisas, bil. 3/1987 - penyeliaan pengajaran-pengajaran di dalam kelas oleh pengetua/guru besar sekolah.
f. mengetahui kandungan yang terdapat di dalam buku rekod pengajaran guru, seperti;
i. maklumat pengajaran dan pembelajaran.
ii. maklumat diri guru.
iii. jadual waktu.
iv. senarai buku teks.
v. senarai buku rujukan.
vi. penulisan rancangan pengajaran tahunan.
vii. takwim tahunan. (sekolah)
viii. rancangan pelajaran tahunan.
ix. format penulisan buku rekod.
x. rancangan pelajaran harian.
xi. rekod pemberian kerja murid.
xii. rekod prestasi mata pelajaran.
xiii. rekod prestasi peperiksaan.
xiv. borang headcount 3.
xv. senarai tugas.
xvi. penyeliaan/pertemuan/perbincangan profesional.
xvii. catatan.
g. mengetahui format penulisan rancangan mengajar tahunan.
h. mengetahui format penulisan rancangan mengajar harian.
i. mengetahui konsep set induksi dan konsep refleksi.
17. Soalan yang berkaitan dengan sukatan pelajaran (berdasarkan major/minor calon.)
Calon perlu;
a. mengetahui matlamat kurikulum.
b. mengetahui objektif kurikulum.
c. mengetahui organisasi kandungan kurikulum.
d. mengetahui strategi pengajaran dan pembelajaran.
e. mengetahui kandungan/topik mata pelajaran.
f. mengetahui huraian sukatan pelajaran.
18. Soalan yang berkaitan dengan teori pengajaran dan pembelajaran serta pedagogi.
Calon perlu;
a. mengetahui konsep pengajaran dan pembelajaran.
b. mengetahui teori-teori pengajaran dan pembelajaran.
c. mengetahui model-model pengajaran dan pembelajaran.
d. mengetahui strategi pengajaran dan pembelajaran.
e. mengetahui konsep taksonomi Bloom.
f. mengetahui konsep pedagogi dan strategi pedagogi seperti;
i. definisi pedagogi.
ii. perbezaan antara pedagogi dengan andragogi.
iii. pendekatan pengajaran.
iv. kaedah dan teknik pengajaran.
v. model reka bentuk pengajaran.
g. mengetahui strategi pengurusan bilik darjah.
19. Soalan yang berkaitan dengan pengetahuan calon terhadap major dan minor masing-masing.
20. Calon diminta untuk melakukan amali pengajaran. (mikroteaching)
+ Sumber: Pengalaman temuduga calon-calon pegawai perkhidmatan pendidikan DG41 yang dicari, dikumpul, dianalisis, disenaraipendekkan, dan dinilai. Selain itu juga soalan ramalan adalah berdasarkan imaginasi peramal.
+ Anda digalakkan untuk mencari jawapan bagi kesemua soalan di atas. Sekiranya tidak mampu, pilih salah satu.
+ Note ini akan sentiasa dikemaskini sehingga 5hb Januari. 2011. Oleh itu sekiranya terdapat sebarang cadangan penambahbaikan atau penambahan soalan, sila kemukakan pada ruangan komen di bawah.
+ Anda digalakkan untuk share nota ini kepada rakan facebook lain yang berkenaan.
Sharing is Caring.
Oleh Erhan Jumatil - good luck.
Labels:
SPP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment