Tuesday, January 31, 2012

SBPA

SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam)





Apa Itu SBPA ?
Bajet 2012 telah memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya, SBPA digubal dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.

Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

1. Pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;


2. Pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.


3. Pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;


4. Pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;


5. Peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;


6. Peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;


7. Pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);


8. Penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);


9. Penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;


10. Pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;


11. Pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;


12. Perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;


13. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;


14. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;


15. Pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;


16. Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;


17. Penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;


18. Peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan


19. Pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)


Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Perubahan Panggilan Gred DG Guru
;

Perubahan Panggilan Gred DG Guru iaitu selepas Ini Tiada Lagi Gred DG 41, DG44, DG48, DG52,dan 54. Semua Gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6. Untuk lebih mudah lihat dibawah.



  • DG41 kepada 1-1
  • DG 44 kepada 1-2
  • DG 48 kepada 1-4
  • DG 52 kepada 1-5
  • DG54 kepada 1-6
Gaji Kakitangan Awam Akan Disemak Setiap 3 Tahun Sekali, Bermakna 2015 Ada Lagi Semakan, Demikian Juga Pada 2018. Pada 2013 Dan 2016 Kadar Elaun Akan Disemak Semula, Dan Pada 2014 Dan 2017.

Pelarasan Gaji Akan Dilakukan Bergantung Kepada Kedudukan Kewangan Kerajaan Supaya Menjelang 2020 Pendapatan Perkapitan Kakitangan Awam Pada 2020 Adalah USD 15,00


Semua Kenaikan Pangkat Tidak Lagi Bergantung Kepada Kekosongan Jawatan Tetapi Bergantung Kepada Tahap Prestasi Dan Syarat Kelayakan. Seseorang Guru Boleh Mencapai Ke Tahap Dg 54 ( 1-6 ) Setelah 25 Tahun Berkhidmat.

1) Guru DG41


- Ditukar kepada 1-1
- Gaji Permulaan Rm 1925 & Gaji Maksimum Rm 6220
- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 230
- Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-1 Ke Dg 1-2 ialah 8 Tahun

2) Guru DG 44 kepada 1-2


- Ditukar kepada 1-2
- Gaji Permulaan Rm 2985 & Gaji Maksimum Rm 7235
- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 250
- Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-2 Ke Dg 1-4 ialah 8 Tahun

3) Guru DG 48


- Ditukar kepada 1-4
- Gaji Permulaan Rm 4390 & Gaji Maksimum Rm 8710
- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 270
- Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 6 Tahun

4) Guru DG 52


- Ditukar kepada 1-5
- Gaji Permulaan Rm 5260 & Gaji Maksimum Rm 9610
- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 290
- Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 3 Tahun

5) Guru DG54


- Ditukar kepada 1-6
- Gaji Permulaan Rm 7250 & Gaji Maksimum Rm 11,505
- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 320


KEBAIKAN DAN KELEBIHAN SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:

(1) Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;


(2) Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;


(3) Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan

(4) Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

Kerajaan sentiasa prihatin ke atas beban kewangan yang ditanggung oleh pesara. Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600 ribu pesara Kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan 600 juta ringgit. Mulai tahun 2013 nanti, Kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.


5 SEBAB MENGAPA CUEPACS MINTA SBPA DITELITI ATAU MENOLAK SBPA


(1)Tiada Perbincangan yang dilakukan diantara pihak JPA dan Cuepacs dalam memtuskan skim baru ini.

(2)Masa yang diberikan untuk Penjawat Awam memahami dan memilih SBPA adalah terlalu singkat.
(3)Jabatan Perkhidmatan Awam dituntut agar memberi penerangan tentang kenaikan gred Penjawat Awam dan faedah yang akan diterima di bawah SBPA secara jelas.
(4)Memperjelaskan tentang kenaikan 7-13% gaji Penjawat Awam dalam SBPA
(5)Tiada sokongan yang jelas untuk 'exit policy'

Penyelesaian Isu ;

(30 Dis). - BERNAMA

Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan memberi faedah kepada penjawat awam menikmati kenaikan gaji dan jumlah pencen lebih baik berbanding Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata SBPA merupakan semakan semula, dan bukan penambaikan kerana skim gaji serta wang persaraan penjawat awam tidak disemak bagi satu tempoh yang lama.

“Sebagai contoh, sekiranya penjawat awam menerima SBPA sebelum tarikh tutup pada 15 Jan 2012, beliau akan menerima kenaikan gaji yang dikira bermula 1 Jan berbanding sekiranya penjawat awam enggan menerima skim baru tersebut,” katanya selepas diwawancara dalam program Helo Malaysia terbitan Bernama TV di Wisma Bernama malam Khamis.

Mengenai pindaan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji, beliau berkata ia tidak menjadi masalah.

Kajian JPA menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)mendapati hanya 0.4 peratus penjawat awam gagal mencapai LPNT yang ditetapkan bagi 2010, katanya.

Oleh itu, Abu Bakar berkata tidak timbul isu JPA menurunkan standard LPNT ekoran penurunan kepada 65 peratus kerana akhirnya prestasi penjawat awam akan dinilai pihak berkepentingan iaitu pelanggan dan rakyat.

Jumaat lepas, JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal hari ini.

Soalan ;


1. Terima SBPA ni kena wajib opsyen pencen 60 tahun ke?

- Tak semestinya, kepada yang melapor diri pada 1 Jan 2012, opsyen 60 tahun diberi, namun boleh bersara awal 55/56/58 sekiranya punya alasan munasabah. Bayara pencen juga dibayar pada umur 55 tahun [walaupun bersara 60. Bayaran juga diselaraskan bagi penjawat lelaki dan perempuan]. Kepada yang di bawah skim SSB dan SSM dan nak tukar SBPA, opsyen diberi sama ada kekal pada umur saraan sebelum ini atau pilih 60 tahun SAHAJA tahun lain tak boleh.

2. Apa perbezaan jadual gaji SBPA dengan skim SSM, ada kenaikan ke?

- Gaji memang berbeza sama sekali. Seperti yang dibentangkan oleh PM pada pembentangan bajet 2012, ada kenaikan antara 7% – 13%. Jadual gaji masih berstatus “sulit” dan kebanyakan yang ditujukkan di laman² sosial adalah daripada slaid taklimat SBPA. Kebanyakan yang ditunjukkan adalah benar. Namun berbeza mengikut skim. – tak erlu risau, mana yang memilih SBPA, akan ada kenaikan pada gaji pada Januari nanti.

Jadual gaji juga adalah mendatar (sebaris) dan kebarangkalian untuk seseorang penjawat awam untuk sampai ke “dinding” adalah mustahil kerana selain tempoh T di dipanjangkan sedikit, ada kemungkinan pihak kerajaan akan membuat pelarasan gaji semula selepas setiap 3 tahun selepas ini.

Lain² persoalan utama:

  • - Penjawat yang telah mendapat borang penukaran kepada SBPA ini perlu menyatakan persetujuan [jika bersetuju] dalam tempoh bertenang 15 hari. Jika penjawat diluar negara dan tida mengetahui, boleh juga diberi borang SBPA [jika ingin mengisi] dan perlu memberi jawapan dalam tempoh 15 hari selepas menerima borang. Bagi yang telah mengetahui tetapi tidak mengisi surat persetujuan penukaran, akan dianggap kekal dengan skim SSM.
  • - Tempoh percubaan staf baru dipendekkan daripada 1-3 tahun kepada 6 bulan hingga 12 bulan.
  • - Gaji bagi pekerja berstatus kontrak juga akan diselaraskan semula berdasarkan skim SBPA ini.
  • - PTK digantikan dengan PROSPECT dan penjawat tidak memohon di bawah PROSPECT malah ditawarkan [ini untuk kenaikan pangkat.
  • - Penilaian tahunan seseorang akan dinilai bukan sahaja oleh pegawai atasan malah oleh pekerja bawahan dan juga rakan sekerja [yang lain].
  • - Penilaian yang kurang daripada 75% akan menyebabkan penjawat awam berkenaan diberikan kata dua melalui pelaksanaan EXIT POLICY [yang kini di bantah CUEPACS].
  • - Staf punya peluang diberikan kenaikan gaji [asalkan perform] dengan gaji akan melebihi gaji bosnya. – menarik!.
  • - Kursus induksi digantikan dengan Program Transformasi Minda dengan tempoh program dipendekkan daripada 3 minggu kepada 5 hari sahaja.
  • - Kepada yang telah lulus SKT dan menunggu untuk kenaikan gaji pada tahun hadapan, harap bersabar untuk menanti kata putus daripada JPA. Anda pasti risau tentang kenaikan gaji anda. Daripada apa yang aku dengar, kenaikan gaji [SSM] tak sama dengan SBPA. SBPA lagi menarik.
  • - Bagi pekerja lama, skim ini hanya tertakluk dan berpeluang kepada mereka yang masih berkhidmat pada 2 januari. Mana yang bersara pada 1 Januari 2012.
  • - Penjawat awam tidak perlu lagi pelepasan dengan izin jika hendak menukar agensi.
  • - Penjawat awam juga diberi kebenaran untuk meninggalkan perkhidmatan awam dan ke sektor swasta. Jika ingin ke sektor awam SEMULA adalah dibolehkan dan tempoh perkhidmatan sebelum itu juga akan dikira untuk tujuan persaraan [pencen]. – Ni pun CUEPACS tak setuju]
  • - Syarat kelayakan masuk ke perkhidmatan awam juga diperbaiki antaranya, BMI individu berkenaan mestilah dalam lingkungan “unggul”.
Kesimpulan ringkas:
  • - SBPA ni sangat bermakna untuk pekerja baru. Sebab terus dapat gaji yang tinggi bersama orang lama. Ada sesetengah kes, orang lama pun akan dapat tangga gaji yang sama dengan staf yang baru.
  • - Ada juga kes, orang lama pun ada kebaikannya [terutama yang dah langgar "dinding". Mereka ini punya peluang merasa kenaikan gaji, jika memilih skim SBPA ini.
  • - CUEPACS bantah sbelum ni pun sebab skim SBPA ni belum diterangkan secara jelas dan terperinci. Aku setuju juga, sesuatu yang belum jelas, tak kan kita nak bersetuju. Mungkin JPA boleh tambah baik proses selepas ini.
Apabila anda bersetuju untuk menerima tawaran SBPA, anda sebenarnya telah bersetuju untuk :
  • menggunakan Jadual Gaji Sebaris menggantikan Jadual Gaji Matriks yang digunakan dalam SSM. Dalam erti kata lain, mata gaji anda yang baru adalah mengikut susunan tangga dalam sebaris.

  • menerima kadar kenaikan gaji tahunan yang lebih menarik dan tinggi berbanding SSM seperti jadual di bawah. Namun, kenaikan gaji tahunan adalah berdasarkan penilaian prestasi perkhidmatan anda (markah LNPT). Anda mungkin tidak akan diberi kenaikan gaji tahunan sekiranya markah LNPT anda di bawah 70.
  • ditawarkan opsyen untuk melanjutkan umur persaraan sehingga 60 tahun (tapi sekiranya anda tidak berminat, anda boleh terus memilih umur persaraan 56 tahun atau 58 tahun mengikut SSM)

  • menerima 'dasar pemisah' di mana anda boleh memilih untuk bersara atau dibersarakan sekiranya prestasi anda adalah rendah (LNPT bawah 70) atau anda mempunyai masalah yang boleh menjejaskan kepentingan negara atau perkhidmatan. Namun, sekiranya prestasi anda rendah, anda tidak akan terus diberhentikan kerja. Sebaliknya, KPM akan menyiasat terlebih dahulu punca sebenar kenapa anda mendapat markah LPNT 69 dan ke bawah (a.k.a pegawai berprestasi rendah).
Banyak pihak mempersoalkan tentang perlaksanaan dasar pemisah atau exit policy kerana dasar ini diyakini tidak akan berlaku secara adil. Kerana apa?? Kerana instrumen penilaian yang diguna pakai oleh SBPA boleh dipersoalkan dan diragui ketelusannya. Instrumen penilaian yang digunakan ada tiga: kaedah pelbagai penilai (multi-rater), KPI dan LNPT.

Instrumen penilaian KPI (mengikut pemahaman penulis) adalah diguna pakai oleh Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Sekiranya KPI yang disasarkan oleh mereka tercapai, mereka akan menikmati 5% hingga 15% kenaikan gaji tahunan daripada gaji pokok.
Katakanlah instrumen yang digunakan untuk Kumpulan Perlaksana (seperti guru) adalah LNPT (seperti yang dilaksanakan tahun ini). Pegawai penilainya adalah pengetua sekolah tersebut (manusia... yang mempunyai EMOSI yang boleh mempengaruhi ketelusan penilaian). Pegawai A menunjukkan prestasi yang benar-benar baik dalam perkhidmatannya namun beliau tidak sekepala dengan pengetua sekolah tempat beliau bertugas. Adalah tidak mustahil sekiranya Pegawai A akan mendapat markah LNPT di bawah 70 sekiranya pengetua tersebut berniat untuk menabur pasir ke periuk nasi Pegawai A. Oleh hal yang demikian, SBPA seharusnya dilengkapi dengan instrumen penilaian yang lebih efisyen bagi memastikan ketelusan perlaksanaannya tidak dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

Istilah penting :

Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.


RUJUKAN :
(Mohon Izin dan terima kasih kepada rujukan-rujukan ini)

(1)http://harrazdani.blogspot.com/2011/10/kebaikan-dan-kelebihan-skim-saraan-baru.html
(2)http://pyejal.com/blog/?p=149
(3)http://wowberita.org/contoh-pengiraan-perubahan-gaji-dari-ssm-ke-sbpa
(4)http://bucyukcayangaryan.blogspot.com/2011/12/sbpa-perlaksanaan-dan-prinsip.html

(5)http://www.facebook.com/pages/Persediaan-Temuduga-Info-Pendidik/187168901361894

No comments:

Post a Comment