Wednesday, January 18, 2012

CEMBURU......

Bismilahirrahmanirrahim....

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta langit dan bumi...
Puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah. Tidak lupa selawat dana salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabat beliau....


BIAR BIDADARI MENCEMBURUI DIRIMU.......
Ini adalah tajuk buku yang baru saya beli di Tunas Manja pada tahun 2012. Membaca itu adaalh hobiku. Lagi-lagi apabila tidak berkerja, hanya membantu abah berniaga. Masa terluang yang banyak ini dihabiskan dengan membaca, berFB dan menonton Tv..

Saya ingin berkongsi rasa cemburu saya, begitu cemburu dengan rakan-rakan yang mendapat menjadi GURU INTERIM selama 3 bulan. Saya mungkin tiada rezeki dan masih lagi menunggu dan terus menunggu panggilan guru ganti dan yang paling penting adalah menunggu temuduga daripada SPP untuk mendapatkan penempatan guru atau lebih ringkas, POSTING. Tidak tahu bilanya akan diposting menyebabkan rasa malas untuk membaca membuat persiapan temuduga...kadang-kadang mahu berhenti berharap. Apabila dengar kawan-kawan bercerita mengenai sekolah, cikgu-cikgu, pelajar-pelajar, saya rasa jelous sangat...sebab saya tidak keistimewaan itu untuk menjadi guru interim. Tetapi di sudut hati saya, saya panjatkan kesyukuran, di kala rakan-rakan bertungkus lumus berbakti kepada anak bangsa, saya di rumah juga masih terus berbakti dengan keluarga. Dikesempatan masa yang ada dan banyak ini sebelum bertugas di sekolah, saya membantu perniagaan kecil-kecilan abah, membuat segala persiapan untuk berniaga dan seterusnya berniaga di pasar malam. Segala urusan rumah seperti membasuh, memasak, mengemas sudah me3njadi rutin harianku. Bak kata kawan saya..."selamat berjaya menjadi suri rumah sepenuh masa.." 
Alhamdulillah..semua nikmat dari-Mu ya Allah yang masih memberi kesihatan yang baik untuk ku berbakti kepada orang tua ku....
Kawan-kawanku maafkan saya kerana cemburu kepadamu semua....
Masa yang ada juga dimanfaatkan mengulangkaji apa yang patut untuk menyiapkan diri untuk temuduga SPP walaupun sehingga harini tidak ada hitam putih yang mengatakan bilanya temuduga tersebut. Tidak apa saya akan terus menunggu. Insyaallah tidak lama lagi. Khabar angin yang mengatakan hujung bulan ini akan ketahui berkaiitan temuduga ini, mungki senarai nama akan dikeluarkan. Harap-harap berita ini adalah berita yang betul dan akan menggembirakan kami semua ISMP...
Imbas kembali 4 tahun dulu begitu sukar dan perih untuk memijakkan kai ke universiti. Dengan keputusan yang agak baik, saya layak untuk menjalani ujian MEDSI di Kuantan. Pagi-pagi bersiap, Keluarga tidak dapat hantar pada ketika itu, dan saya menunmpang kwan saya yang juga jiran saya untuk ke Politeknik di Kuantan untuk menjalani ujian tersebut. alhamdulillah saya lulus dan pergi ke peringkat kedua iaitu temuduga. Sangat terkejut saat itu, kerana saya mendapat panggilan temuduga di Kubang Kerian. Ya Allah hanya Allah yang mengetahui saat itu, begitu sukar sekali rasanya untuk samapai ke situ. Abah tidak tahu jalan ke sana, Abah mengajak kawan baiknya Pak Cik Nasir untuk tunjukkan jalan, dan saya juga ditemani adik bongsu saya. Pada ketika itu, rasa takut, gusar, gementar semua ada. Dan...Alhamdulillah tidak lama selepas itu saya mendapat tawaran untuk belajar dii Universiti Pendidikan Sultan Idris...hampir 3 taun lebih saya di UPSI menimba segala ilmu dan pengalaman-pengalaman yang berguna untuk masa hadapan.
Untuk berpraktikum pula saya memilih sekolah di Sg. Besar, Ini semua diuruskan oleh teman rapat yang tinggal di Sg. Besar. Akhirnya saya, dan Janna menjadi guru pelatih di Sek. Keb. Bagan Terap. Hampir 4 bulan kami mengajar di sana. Alhamdulillah walaupun mendapat A- saya bersyukur, banyak yang ditimba di sini, ilmu, pengalaman itulah yang utama. Terima kasih semua yang terlibat.
Hujung bulan Julai, saya konvo dan sehingga kini masih lagi duduk di rumah....menunggu untuk temu duga, dan pagi tadi mendapat berita yang saya mendapat tawaran untuk temuduga MARA di Institut Latihan Kecemerlangan Mara, di Seberang Perai, Pulau Pinang, dan masih berkira-kira untuk pergi atau tidak, kerana terlalu jauh, dan bersiap-sediakah saya dengan soalan-soalan yanga bakal ditanya seperti mana yang saya masih tidak bersedia untuk temuduga SPP. Sebenarnya saya takut akan ditemu duga.
Ya Allah bantulah hamba-Mu ini, Permudahkanlah segala urusanku.....semoga sinar kebahagian menyinar di setiap kehidupanku.amin....

AKU INGIN MENJADI SEORANG GURU...




Mari saya sambung buku yang baru saya beli itu...Sedikit sinopsis buku ini..


Biar Bidadari Mencemburui Dirimu..hadir istimewa untuk wanita yang mendambakan kedamaian atmosfera syurga. Betapa wanita solehah tidak pernah alpa dalam setiap sedutan nafas mereka, demi memburu nikmatnya. Kudusnya mereka sehingga membuatkan para bidadari mencemburui dek menyaksikan mekarnya cinta para suami...

PESAN RASULULLAH seperti yang dilaporkan oleh ABu Hurairah :

"Wasiatkan sentiasa kebaikan kepada para wanita,
kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk.
Bahagian yang paling bengkok daripada jalinan tulang rusuk bahagian atas.
Sekiranya kalian memaksa diri bagi meluruskannya,
tulang itu pasti patah.
Tetapi, sekiranya kalian mendiamkannya sahaja,
tulang itu akan tetap bengkok.
Oleh itu, wasiatkanlah kebaikan kepada para wanita."

Direkodkan oleh Al Bukhari


Insyaallah.....jadilah seperti wanita yang dimaksudkan...Biar bidadari mencemburui kita.

SYURGA......DESTINASI ABADI...

Amin...


No comments:

Post a Comment