Tuesday, January 31, 2012

PROGRAM Peningkatan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah (3K)



PROGRAM Peningkatan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah (3K) yang akan memasuki tahun ke-13 pelaksanaannya, akan tampil dengan konsep baru yang akan menggabungkan tiga program berasingan.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Abdul Rafie Mahat, program 3K kini dikenali sebagai Inisiatif Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah atau Inisiatif 3K.

Inisiatif 3K katanya, akan meliputi tiga program berasingan itu ialah Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah.

Sebanyak 90 buah sekolah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan menyertai program ini tahun hadapan, berbanding 30 sekolah tahun ini.

Setiap program akan disertai oleh 30 buah sekolah meliputi 15 buah sekolah rendah dan 15 buah sekolah menengah.

Setiap negeri pula akan diwakili oleh dua buah sekolah iaitu sekolah menengah dan rendah.

No comments:

Post a Comment