SENARAI SEMAK TEMUDUGA SPP
A : DOKUMEN WAJIB
Download daripada Laman Web SPP ( Tarikh MuatTurun 20 Januari 2012 )
BIL
|
DOKUMEN
|
ASAL
|
SALINAN
|
1
|
Kad Pengenalan
| ||
2
|
Sijil Lahir/ Sijil pendaftaran Kelahiran
(Bagi calon yang lahir di luar Negara, sila kemukakan borang W / Surat Pengesahan Kewarganegaraan dari Jabatan Pendaftaran Negara)
| ||
3
|
Kepujian Bahasa Malaysia yang diperolehi (mana yang berkenaan)
SPM/MCE/SPVM/SPMV;
SAP/GCE (Kepujian Bahasa Melayu); atau
STPM/STP/HSC
| ||
4
|
Ijazah
Calon hendaklah membawa ijazah yang mempunyai tandatangan Naib Canselor dan Pendaftar Universiti atau salah satu daripadanya.
| ||
5
|
Transkrip Asal dan Surat Pengesahan Bergraduat.
(bagi calon yang belum konvokesyen dalam tempoh satu tahun dari tarikh tamat pengajian)
| ||
6
|
*CALON SEDANG BERKHIDMAT
| ||
Surat kebenaran cuti belajar
|
* Gambar terkini berukuran pasport
Salinan perlu DISAHKAN oleh Saksi terlebih dahulu.
SENARAI SAKSI HENDAKLAH terdiri daripada PEGAWAI- PEGAWAI KERAJAAN (pegawai-pegawai dari Badan SWASTA tidak dibenarkan) yang boleh mengesahkan butir-butir keterangan diri pelajar dan penjamin-penjamin berkenaan.
Mereka terdiri daripada :-
- Penghulu Mukim - yang dilantik oleh KERAJAAN sahaja
- Wakil Rakyat - Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Parlimen /Senator.
- Pegawai-pegawai - Pegawai-pegawai kerajaan yang menjawat
- Jawatan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional
(Kumpulan ‘A’ seperti contoh berikut )
- Pegawai Tadbir I Penolong Pengarah
- Jurutera
- Akauntan
- Hakim I Peguam
- Doktor Hospital Kerajaan
- Pengetua Sekolah Menengah
- Pensyarah Universiti Tempatan
- Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas
- Lain-lain jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilantik oleh KERAJAAN.
* Salinan Fotostat
Bagaimana pula dengan salinan fotostat ? Semua salinan fotostat hendaklah difotostat dengan jelas. Jangan terima dari kedai fotostat jika dokumen salinan itu tidak jelas. Selepas difotostat, dapatkan pengesahan. Setiap keping salinan fotostat hendaklah DISAHKAN oleh pihak-pihak yang dibenarkan seperti DI ATAS. Salinan fotostat yang tiada pengesahan TIADA NILAINYA.
Semua dokumen dah difotostat, dah disahkan, kemudian MESTI disusun mengikut susunan sijil-sijil asal seperti disenaraikan di atas. Kemudian "staple" di bahagian atas sebelah kiri. Satu staple sahaja dah mencukupi. Jika salinan dokumen banyak, guna staple besar dan mungkin kena staple dua kali dari depan dan belakang. Jangan guna "paper clip" sebab dokumen mudah tertanggal dan bertaburan di lantai.
B : DOKUMEN Kemungkinan di minta ( Bergantung pada Penemuduga )
(1) Surat Tawaran Kemasukan IPTA
(2) Buku Rekod Praktikum
(3) Surat Pengiktirafan Kursus JPA
http://pengiktirafan.jpa.gov.my/.
Bagaimana pula dengan salinan fotostat ? Semua salinan fotostat hendaklah difotostat dengan jelas. Jangan terima dari kedai fotostat jika dokumen salinan itu tidak jelas. Selepas difotostat, dapatkan pengesahan. Setiap keping salinan fotostat hendaklah DISAHKAN oleh pihak-pihak yang dibenarkan seperti DI ATAS. Salinan fotostat yang tiada pengesahan TIADA NILAINYA.
Semua dokumen dah difotostat, dah disahkan, kemudian MESTI disusun mengikut susunan sijil-sijil asal seperti disenaraikan di atas. Kemudian "staple" di bahagian atas sebelah kiri. Satu staple sahaja dah mencukupi. Jika salinan dokumen banyak, guna staple besar dan mungkin kena staple dua kali dari depan dan belakang. Jangan guna "paper clip" sebab dokumen mudah tertanggal dan bertaburan di lantai.
B : DOKUMEN Kemungkinan di minta ( Bergantung pada Penemuduga )
(1) Surat Tawaran Kemasukan IPTA
(2) Buku Rekod Praktikum
(3) Surat Pengiktirafan Kursus JPA
http://pengiktirafan.jpa.gov.my/.
C : DOKUMEN BACKUP
1. Dokumen ASAL
� Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan)
� Transkrip sarjana muda asal.
� Diploma asal (jika ada)
� Transkrip diploma asal (jika ada)
� Sijil STPM asal (jika ada)
� Sijil SPM asal
� Sijil Berhenti Sekolah
� Sijil/Surat Keterangan Koko (mulai Universiti hingga ke Sekolah )
� Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
(Sijik akademik dan koko semasa sekolah rendah, tingkatan 1 hingga PMR tak payah bawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3)
Sijil koko merupakan sijil-sijil sokongan dan bukan sebagai sijil utama akademik. Jadi semasa menyusun, nak diletak dari tktn 4 hingga universiti pun boleh, nak diletak dari universiti hingga ke bawah pun boleh. Biasanya semasa menyemak aktiviti koko, penemuduga akan menyemak sijil berhenti sekolah terlebih dahulu sebab di dalam sijil berhenti sekolah tercatat banyak maklumat - sukan, persatuan dan unit beruniform. Tak ramai calon yang ada aktiviti semasa di U. Jika anda mempunyai banyak aktiviti di U, lebih baik sijil-sijil sokongan ini diletak terlebih dahulu. Sebab aktiviti semasa di U skornya lebih tinggi. Dan ini sekali gus menonjolkan diri kita aktif dalam koko dan inilah antara watak guru yang dicari.
Sebaik-baiknya semua dokumen di atas dimasukkan ke dalam "CLEAR FOLDER" dan disusun mengikut senarai di atas. Pastikan semuanya sudah tersusun bila sampai ke pusat temuduga. Jangan bila dah sampai ke pusat temuduga baru tercari-cari dan cuba menyusun. Kebanyakan penemuduga agak sensitif tentang susunan ini. Kalau calon menyusun mengikut keterangan di atas, sudah pasti calon dapat menambat hati penemuduga memandangkan dokumen ini perlu diserahkan kepada penemuduga SEBELUM sesi temuduga bermula. Mesti ingat selalu bahawa "First Impression Counts".
Dan jangan lupa, dokumen-dokumen lain yang tak berkaitan eloklah disimpan ke dalam beg anda. Folder ini biar nampak yang spesifik untuk temuduga ini.
Tapi seperti biasalah ada calon yang guna folder. Dalam folder macam tong sampah .. Bila penemuduga cuba meneliti dokumen asal, sibuklah calon nak tunjuk yang itu.. yang ini. Calon seperti ini biasanya bolehlah memohon semula tahun depan. Penemuduga sebenarnya menilai kualiti seseorang calon dari folder dokumen asalnya. Folder itu merupakan "portfolio" calon. Kalau nak jadi guru, jika nak simpan dokumen 20 helai pun sudah kelam kabut, macam mana nak simpan beratus ... beribu dokumen pelajar. Ingat.. ini satu penilaian diri yang penting.
Satu perkara lagi tentang dokumen asal ini ialah dokumen berkenaan MESTI dibawa ke pusat temuduga. Penemuduga biasanya tak mahu mendengar alasan sijil tertinggal di KL, baru sampai semalam ... sijil dihanyutkan banjir tahun 1991 dulu... sijil SPM (1993) masih di sekolah lama . . dsb.
Jika pada hari ini, ada dokumen asal anda yang hilang atau rosak dapatkan yang baru. Sijil Lahir boleh dapat baru dari Pejabat Pendaftaran. Jangan bawa sijil lahir yang dah berlipat-lipat dan sukar dibaca. Jika dokumen asal hilang pastikan ada laporan ke pihak-pihak berkenaan serta bukti surat asal. Kad pengenalan yang hilang boleh dibuat baru. Kalau gambar pada kad pengenalan semasa anda darjah enam dulu, pastikan pergi pejabat pendaftaran dan buat baru. Haa... barulah nampak calon pendidikan guru yang berpotensi dan berwatakkan guru.
D : BORANG MAKLUMAT DIRI CALON
Download daripada Laman Web SPP ( Tarikh MuatTurun 20 Januari 2012 )
Apabila seseorang calon dipanggil untuk ditemuduga, ada dikepilkan satu borang yang dipanggil Borang Maklumat Diri Pemohon.
Borang ini hanya 1 muka surat. Saya ulang, 1 muka surat, tetapi apa dah jadi kepada ramai calon-calon yang datang temuduga. Maklumat yang sebanyak ini pun tak sanggup dilengkapkan dengan sempurna. Di bawah ini saya senaraikan penemuan saya ;
1. Tulisan yang sukar dibaca, comot dan penuh dengan"liquid paper"
2. Tidak melengkapkan semua butiran yang diminta. Bila ditanya, ohhh... baru nak cakap terlupa konon dan sebagainya... . Kalau penemuduga pun buat ohhh.. terlupa nak bagi markah macam mana ?
3. Gambar.. hahh ni lagi best. Ruang gambar tu kecil. Bukan saiz passport tetapi saiz gambar lesen memandu. Kalau gambar anda besar, potong bahagian muka sahaja dan tampalkan. Kedua, gambar mesti terkini. Ya, terkini. Tetapi ada calon yang tanggalkan gambar dari kad pusat sumber masa tingkatan 5 dan tampalkan. Bayangkan ada cop pusat sumber sekolah pulak tu. Ketiga.. kalau calon lelaki, gambar tu biarlah mencerminkan seorang calon yang berwajah guru. Bergambarlah dengan pakai tali leher, dan lebih baik kalau pakai blazer. Kat kedai gambar tu.. ada banyak blazer untuk bergaya. Namun,,, ramai yang tampal gambar mereka yang pakai tee shirt hard rock cafe lah, yang ada gambar kumpulan rocklah. Kalau gambar macam tu mintalah jadi pelayan disko. jangan minta jadi cikgu.
4. Tandatangan
Ada calon tu dah serah borang kepada penemuduga baru sedar belum ditandatangan.
5. Kesimpulan
Cuba anda renong sejenak. Katakanlah minggu depan anda akan menghadiri temuduga. Bagaimana agaknya persediaan dokumen-dokumen anda ? Saya berharap, calon-calon yang sudah mengikuti kursus bimbingan ini akan mengalahkan semua calon lain dari segi "kualiti diri calon" berasaskan kepada persediaan dokumen dan borang-borang.
E : TARIKH & TEMPAT TEMUDUGA
1. Sentiasa Kemaskini Status
Contoh tahun 2012 ;
Temu Duga Pelantikan ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-1 di kalangan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan dilaksanakan mengikut opsyen secara berperingkat mulai 30 Januari 2012 sehingga 16 Mac 2012. Senarai nama akan dipaparkan di Portal SPP secara berperingkat. Senarai semak dokumen temu duga juga boleh disemak di ;
F : SENARAI SEMAK KELENGKAPAN DIRI SEMASA TEMUDUGA
(1) PAKAIAN YG BERSESUIAN
(2) TAG NAMA ( HITAM PUTIH)
(3) SET INDUKSI & SEDIKIT PERSEDIAAN MIKROTEACHING KURSUS
(4) PESEDIAAN MAKLUMAT UNTUK TEMUDUGA.
RUJUK : NOTA TEMUDUGA GURU SPP BAB 1 HINGGA 10
G : PERATURAN & SARANAN OLEH SPP SEMASA TEMUDUGA
PANDUAN KEPADA CALON YANG MENGHADIRI TEMU DUGA DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN, KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI, PUTRAJAYA
1. Kompleks Jabatan Perdana Menteri telah diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
G : PERATURAN & SARANAN OLEH SPP SEMASA TEMUDUGA
PANDUAN KEPADA CALON YANG MENGHADIRI TEMU DUGA DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN, KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI, PUTRAJAYA
1. Kompleks Jabatan Perdana Menteri telah diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
2. Calon temu duga tidak digalakkan membawa bersama ahli keluarga untuk urusan temu duga. Hanya calon temu duga sahaja dibenarkan masuk ke Kompleks Jabatan Perdana Menteri bagi urusan temu duga. Walau bagaimanapun, sekiranya tiada pilihan, keluarga akan dibenarkan masuk untuk menunggu hanya di kawasan kafeteria di Blok B1 dan B2 selepas jam 8.30 pagi.
3. Calon temu duga hanya dibenarkan untuk memasuki ke Kompleks Jabatan Perdana Menteri, 30 minit sebelum waktu temu duga dijalankan. Calon yang tiba lebih awal tidak akan dibenarkan masuk sebelum tiba waktu yang telah ditetapkan. Waktu temu duga boleh disemak pada surat panggilan temu duga.
4. Calon temu duga perlu mendapatkan Pas Keselamatan Pelawat di Balai Kawalan Keselamatan, Kompleks Jabatan Perdana Menteri untuk tujuan kemasukan ke kompleks. Calon perlu sentiasa mempamerkan Pas Keselamatan Pelawat semasa berada di dalam kawasan kompleks.
5. Calon perlu membawa bersama dokumen pengenalan diri selain kad pengenalan bagi tujuan penukaran Pas Keselamatan Pelawat. Kad pengenalan calon diperlukan bagi urusan semasa temu duga. Dokumen pengenalan lain yang boleh diterima untuk tujuan penukaran Pas Keselamatan Pelawat adalah seperti lesen memandu yang mempunyai gambar, kad pengenalan jabatan, kad nikah dan pasport.
6. Calon dikehendaki memakai pakaian yang bersesuaian mengikut etika berpakaian bagi menghadiri temu duga. Calon yang memakai pakaian yang kurang sopan tidak akan dibenarkan untuk memasuki Kompleks Jabatan Perdana Menteri.
7. Calon temu duga perlu berada di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri atau di lokasi lain yang dinyatakan sebagai lokasi temu duga bagi urusan tersebut. Selain itu, calon hanya dibenarkan untuk ke kafeteria yang terletak di Blok B1 atau B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri.
8. Calon perlu sentiasa mematuhi peraturan keselamatan yang sedang berkuatkuasa di dalam kawasan kompleks, calon dipohon untuk membaca peraturan yang dipamerkan di pintu masuk Kompleks Jabatan Perdana Menteri. Mana-mana pegawai/anggota keselamatan berhak membuat pemeriksaan keselamatan ke atas calon-calon dan sekiranya calon didapati melanggar mana-mana peraturan keselamatan yang telah
ditetapkan, calon boleh diarah untuk meninggalkan kawasan kompleks.
9. Calon temuduga perlu mengembalikan Pas Keselamatan Pelawat, mengambil dan menyemak kembali dokumen pengenalan diri yang diserahkanya sewaktu penukaran Pas Keselamatan Pelawat sebelum meninggalkan Kompleks Jabatan Perdana Menteri.
10. Kegagalan menyerah atau menghilangkan Pas Keselamatan Pelawat,
Seksyen Keselamatan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri boleh mengenakan denda kepada calon sebanyak RM60.00 (Ringgit Malaysia: Enam Puluh Sahaja).
Download dari SPP : http://www.spp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=219:panduan-temu-duga&catid=25
H : MUHASABAH DIRI
(1) Sertai Group Perbincangan Temuduga
Cth Group : Interview Discussion | ISMP
(2) Belajar daripada kesilapan calon-calon terdahulu
RUJUK : Kelemahan Calon Temuduga SPP (Pekeliling)
Semoga berjaya semua ^^
di petik daripada http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/01/senarai-semak-temuduga-spp.html
No comments:
Post a Comment