Wednesday, July 18, 2012

Cerita Santai (21-30_




CERITA 21:
Seorang mahasiswa menulis surat kepada ayahnya yang berbunyi begini.
Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada  ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak RM1000 daripada ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.
Salam dari anakanda,
Sarip.
P/s: Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas.
Kepada Sarip,
“Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima”
Dari Ayahmu.
—————————————————————————————————————————–
CERITA 22:
Salah Nama…
Cerita ini berlaku beberapa tahun lepas. Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari tempat kerja pada pukul 2 pagi. Tayar motosikal mereka pula pancit  di pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka menuntun motosikal mereka.
Sampai di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas.  Mereka berdua sudah tahu bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka akan menempuh sebuah perkuburan Cina. Seram juga dua orang jejaka ini tetapi sengaja sembunyikan ketakutan mereka sambil membuat lawak.
Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma Dol dan Man mula menegak.
Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di sebuah kubur.
Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu kubur.
“Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Bikin orang takut saja.
Esok siang buat la,” kata si Dol marah.
“Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis,” kata apek tersebut.
———————————————————————————————————————-
CERITA 23:
TUDUNG
Seorang pemuda yang kepenatan kerana baru pulang dari tempat kerjanya sedang baring-baring atas katil, tiba-tiba dia terdengar perbualan antara jiran dia dengan anaknya.
Anak:    Mak.
Mak:      Ye.
Anak:    Mak o mak.
Mak:      Ye apa?
Anak:    Mak dengar  tak ni.
Mak:      Ye, mak dengar la nih.
Anak:    Mak tadi di sekolah ustazah cakap, orang Islam wajib pakai tudung.
Mak:      Ha, dah tu?
Anak:    Mak boleh saya pakai tudung?
Mak:      Ha??? Tidak boleh.
Anak:    Ustazah cakap pakai tudung untuk menutup aurat, kenapa tak boleh?
Mak:      Mak kata tak boleh tak boleh la. 
Pemuda yang letih tadi, tiba-tiba menjadi panas bila terdengar perbualan mereka. Dia mendekatkan telinga ke  dinding.
Anak:    Tak kira la mak nak cakap apa,  esok saya tetap nak pakai tudung.
Mak:      Kamu ni degil la, mak cakap tak boleh, tak boleh la.
Anak:    Ah! saya tetap nak pakai juga, tak kira.
Mak:      mak kata jangan, jangan la.
Pemuda itu semakin panas jadi dia bercadang nak pergi jumpa dengan jirannya dan dia nak pertahankan kehendak anak jirannya.
Apabila dia hendak ketuk pintu rumah jirannya dia terdengar lagi.
Anak:    (dengan suara yang sedikit kasar) saya tak kira esok saya tetap nak pakai jugak.
Mak:      Jangan.
Anak     Tudung
Mak:      Jangan
Anak:    Nak pakai jugak.
Mak:      Budin kamukan lelaki.  Jangan la kamu pakai tudung tu malu nanti mak.
Apabila dengar jirannya cakap begitu jiran tadi terus terbantut niatnya untuk menegur jirannya dan terus berlalu dari situ. 
——————————————————————————————————————–
CERITA 24
SENGAU
Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas.Lelaki Sengau: “Vang.  Vas nih fegi hamfang ke…? “(Bang, bas ni pergi Ampang ke?).Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak  dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.Lelaki 1: “Kenapa awak diam tadi? kesian dia…”Pemandu itu pun menjawab: “Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak.. hanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!……..” (macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)…”
 ———————————————————————————————————————-
CERITA 25
SALAH NOMBOR
Seorang suami telefon ke rumahnya ketika ‘outstation’,dan kebetulan yang menjawab panggilan telefon ialah seorang orang gaji..
Suami : Hello, selamat petang. Puan ada?
OG : Selamat petang. Ya, encik boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
OG : Saya orang gaji kat sini.
Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
OG : Saya baru je kerja hari ni.
Suami : Oh, ye ke. Puan ada kat rumah tak?
OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?
OG : Ya, encik
Suami : Tak guna!!! (menyumpah-nyumpah) Eh, engkau boleh tolong tak?  Nanti saya bagi upah RM1 juta .
OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?
Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua.
OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?
Suami : Ya.
OG : (termenung)
Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.
OG : Baik encik… saya lakukan sekarang.
Suami : Cepat!!! Saya tunggu!
Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..
OG : Sudah, encik
Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah.
OG : Kolam renang yang mana?
Suami : Yang di belakang rumah!
OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!
Suami : Yeke ni?
OG : Iya!
Suami : Ni kan nombor 5097600?
OG : Bukan, encik. Sini 5907600.
Suami : Oh, sori. Salah nombor .
 ———————————————————————————————————————–
CERITA 26:
CEPAT KERING
Ada dua orang sahabat, mereka  sangat akrab. Seorang bernama Hanif dan yang seorang lagi bernama Tony. Mereka ini penghuni setia rumah  orang-orang gila (sakit mental).
Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di  rumah  itu. Tapi mereka berdua  tidak pandai berenang. Si Hanif  berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang itu.
Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony  terus melompat ke dalam kolam…. apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ini dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan yang Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si Hanif  dengan pantas membalut kawannya itu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka.
Keesokkan harinya, Si Hanif telah diarahkan menemui orang atasan.  Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, ” Saya  ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini  mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung.
Dengan muka selamba  Hanif pun menjawab, “Tidak tuan, dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering”.
———————————————————————————————————————
CERITA 27:
LAWAK SAM DAN DOL
SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
===================================
SAM: Apasal kau marah kat tokey kedai 2 ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 ringgit
===================================
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. Aku jumpa ia mati dalam air!
===================================
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah…. hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam ja….
===================================
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah.
===================================
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini “candle light dinner” dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
===================================
SAM: Aku ada AIDS? mana ada…
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke-10, tak payah tanya, aku dah tahu…
===================================
SAM:Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macam ni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
===================================
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang ‘signboard’ “SILA DATANG LAGI “
 ——————————————————————————————————————-
CERITA 28:
KARANGAN BUDAK SEKOLAH.
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam  batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.
Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas  emak menikam perut saya berkali-kali dengan garpu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan  sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.  Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.
Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori  tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu  lori itu nampak kami mengejarnya. Diapun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju  iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori  itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah  feri. Feri itu terbelah dua.  Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan ‘memfire’ pemandu lori.  Pemandu lori menekan butang khas di dalam lorinya. Lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak  puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia  melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu  terkejut dan terus bertukar  menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalan raya. Pemandu feri  itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan  tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan  pemandu lori itu dengan kipas helikopter.
Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke  tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak  saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian  kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang  kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.   Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang  ramai terperanjat dan semuanya mati.  Selepas itu  emak saya mengajak saya ke  pasar untuk mengelak lebih ramai lagi  yang akan mati.
Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.  Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
Cerita 29:
Tersalah e-mel
Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mel kepada isterinya.
Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mel isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mel tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-melnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mel pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:
To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002
Subject : Abang telah selamat sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mel kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.
Cerita 30:
Cerita I:
Seorang jurugambar mengambil gambar seorang tua yang menyambut hari jadinya yang ke-80 berkata, “Saya berharap dapat mengambil gambar anda lagi tahun depan. “Mengapa tidak anak muda, bukankah kamu masih muda dan bertenaga!!”
Cerita II:
“Mak saya tak pernah beri perhatian langsung pada saya. Bagaimana dengan emak awak ?” “Entah…… saya pun tak pernah dengar emak saya menyebut nama awak depan saya!!”
Cerita III.
Seorang guru bertanyakan pada anak muridnya pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar.
Cikgu : Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang!
Pelajar : Terima kasih cikgu.
Cikgu : Saya tahu, kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. Jadi apa rancangan kamu selepas ini ?
Pelajar : Balik ke rumah!!

No comments:

Post a Comment