Wednesday, July 18, 2012

Cerita Santai (41-46)



CERITA 41:

Kuliah

Seorang Profesor sedang memberikan kuliah kepada 300 orang muridnya di sebuah universiti..Kata Profesor ” Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa”..
Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntutnya keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal..
Setelah Professor menghabiskan kuliahnya profesor itu berkata,”Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya”.. “tidak mengapa tuan, sayakan ‘driver’ tuan”..balas orang itu…
CERITA 42:

Jual Telur


Pembeli: “Dik, telur sepuluh biji berapa?”
Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”
Pembeli: “Telur ayam.”
Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”
Pembeli: “Ayam biasa.”
Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”
Pembeli: “Yang tempatan.”
Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”
Pembeli: “Yang Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).
Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?”
Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”
Penjual: “Maaf kak, saya penjual mi rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan.Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
CERITA 43:

Penjaga lintasan kereta api

Sarjo memohon pekerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalu lintas untuk ditemu duga.
“Katakan ada 2 kereta api melalui jalan yang sama pada masa yang sama, apa yang akan kamu lakukan?,” tanya Pak Basri.
“Saya akan pindahkan salah satu rel yang lain,”jawab Sarjo.
“Kalau ‘handle’ untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?” tanya Pak Basri lagi.
“Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual”.
“Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?”.
“Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesen terdekat.”
“Kalau telefonnya sedang digunakan?”
“Saya akan lari ke telefon awam yang terdekat?”
“Kalau telefon awam rosak?”
“Saya akan pulang menjemput nenek saya.”
“Ooo….tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?” tanya Pak Basri kehairanan.
“Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 tahun , nenek saya belum pernah melihat kereta api berlanggar.”

 

CERITA 44:

Lelaki Sakit Jiwa

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang-pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.
Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya, doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : “???” 

 

CERITA 45:


Durian yang Sombong
Dalam satu pertandingan antara buah-buahan tempatan, berkatalah buah durian dengan angkuhnya “Siapa lagi antara kamu yang sanggup berlawan dengan aku, aku percaya tiada lagi yang dapat mengalahkan aku”.
Dalam kalangan buah-buahan tempatan yang mendengar kata-kata durian itu berkatalah belimbing kepada durian “Kalau kau setuju aku akan membawa saudaraku untuk bertarung dengan kamu” mendengar kata-kata belimbing tadi durian pun ketawa sambil berkata, “Ha.. Ha.. ha.. aku tau kau nak membawa belimbing besi untuk bertarung dengan akukan,.. silakan. Bawalah berapa ramai sekalipun mereka ke mari aku sedia menerima cabaran mereka”
Buah-buah lain yang hadir  ketika itu menasihatkan belimbing agar membatalkan saja niatnya untuk membawa saudaranya bertarung dengan durian, tetapi belimbing tetap berkeras hendak membawa saudaranya bertarung. Belimbing berasa geram dengan sikap durian yang semakin sombong dan angkuh.
Maka belimbing pun membawa saudaranya masuk ke dalam gelangang dan pertandinganpun bermula. Durian dengan angkuhnya baring sambil meniarap di gelangang dan berkata “Aku beri peluang saudaramu ini untuk menghempap diriku dulu dan kita akan lihat nanti siapa yang berasa sakit pula ha..ha..ha..” kata durian dengan sombongnya.
Maka dihempaplah durian oleh saudara belimbing tadi. Dengan hanya sekali hempap durian pecah dan terbelah dua. Durian yang agak terkejut dan berasa sakit lantas bangun dan menoleh kepada saudara belimbing tadi.
Durian merasa terkejut melihatkan saudara belimbing tadi lalu berteriak dan mengadu kepada Cempedak yang mengadili pertandingan tersebut “Hoiii… mana aci macam ni, ini dah kira tipu.. dia ni kan penyu belimbing, kalau macam ni matilah aku…

 

CERITA 46:

Pensyarah dan petugas TNB


“Hei, kamu yang berdiri di belakang,” tegur pensyarah
“Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!”
“Maaf, saya tidak tahu.. encik”
“Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?”
“Maaf, saya tidak tahu juga, encik..”
“Tidak tahu sama sekali? Maklumat itukan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?”
“Mahu memeriksa kabel lampu ini encik… Saya petugas TNB” 
FAKTA MENARIK:
Fakta 1 : Cheetah adalah dari keluarga kucing. Cheetah merupakan haiwan terpantas di muka bumi. Ia boleh berlari selaju 76 kilometer sejam. Sebagai perbandingan, manusia hanya boleh berlari kira-kira 30 kilometer sejam dan kucing hanya 20 kilometer sejam.
Fakta 2 : Tanpa bantuan air liur, kita tidak dapat merasai rasa makanan.
Fakta 3: Otot yang bekerja paling pantas ialah otot di kelopak mata yang membuat kita berkedip. Kita mampu berkedip lima kali sesaat.
Fakta 4: 13% manusia di dunia ini dilahirkan kidal.
Fakta 5: Haiwan yang bergerak paling perlahan di dunia ialah Sloth. Sloth tidak boleh berjalan, berlari atau berdiri. Sloth mengambil masa hampir tiga minggu untuk bergerak sejauh satu kilometer.
Fakta 6: Lembu ialah binatang yang rabun warna. Ia akan mengejar apa-apa sahaja kain yang dikibarkan oleh matador di depannya.
Fakta 7: Paus biru ialah haiwan terbesar di dunia. Hatinya sahaja sebesar sebuah kereta dan lidahnya sepanjang seekor gajah. Namun begitu, paus biru hanya memakan tumbuh-tumbuhan yang sangat kecil termasuklah plankton.
Fakta 8: Kita akan menjerit serta merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit bergerak ke otak  dengan kelajuan 120 meter sesaat.
Fakta 9 : Setiap hari jantung mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.
Fakta 10 : Sehelai rambut walaupun halus mampu mengangkat berat sebanyak tiga kilogram.

No comments:

Post a Comment