Bismillah...
Guru oh guru..
Cikgu oh cikgu....
Tidak lari dengan pelbagai soaaln oleh pelajarnya.
Bertambah lagi mengajar subjek Geografi..
Belajar mngenai alam, bumi...
Pelbagai pertanyaan yang dilontarkan...
Mengajar hanya berkaitan KEJADIAN EMPAT MUSIM.
Tetapi melalut jauh, namun masih lagi ada kaitan dengan tajuk yang diajar.
Kenapa Malaysia tak ada empat musim cikgu?
Salji tu macam mana cikgu?
Nanti tak banjir ke kalau salji cair cikgu?
Malaysia ada je musim bunga, tu banyak bunga...
Kalau nanti bunga dah luruh, tinggal apa je cikgu?
Musim panas ni ada je pokok cikgu?
Salji tu salah satu hujan? macam mana hujan terjadi cikgu?
kenapa kadang-kadang ada petir da kilat?Macam mana ianya terjadi?
oh, kabus tu awan cikgu?
Macam mana terbentuknya awan?
Awan nano cikgu?
dan macam-macam lagi soalan..
Alhamdulillah saya menjawabnya sebaik mungkin dengan pengetahuan yang ada.
Dan berjanji akan menunjukkan gambar dan video...
Dan ada yang bertanya jugak hal ni
Macam mana terjadinya bintang, matahari?
Anak-anak muridku...
Jika kita mempunyai kesempatan waktu, kita akan belajar pasal astronomi ye....
Murid-muridku penuh dengan perasaan ingin tahu...
-cikguRazalina-
02082012
No comments:
Post a Comment