Sunday, August 5, 2012

Bm dan 4 Gama

Bismillah...
Minggu ini adalah minggu peperiksaan.
Sangat teruja untuk melihat jawapan yang bakal dijawab oleh pelajar kesayangan, 4 Gama.
Semestinya subjek Bahasa Melayu.

Alhamdulillah...
Mereka menjawab semampu yang mungkin, saya tidak menyelahkan mereka kalau mereka gagal.
Tetapi saya akan marah jika mereka tidak jawab dan hanya menghantar dengan kertas kosong. Kelas 4 Gama ini sangat istimewa, lain dari kelas yang lain. 
Ada dua orang pelajar masih mengeja untuk membaca dan ada beberapa orang tidak lancar bacaannnya. Itulah tahap mereka.
Dan saya tak salahkan mereka pun sebab soalan untuk ujian bulan Ogos ni, kebanyakkannya mereka tidak belajar lagi.

Alhamdulillah ada seorang yang lulus dan ada dua orang yang tidak menjawab.
Hanya menghartar kertas sebegini...


Geram juga bila difikirkan semula. tetapi nak buat macam mana kan. Insyaallah selepas ini saya akan cuba untuk memperbaiki di mana silapnya saya, dan cuba untuk meningkatkan prestasi mereka.

Adalah juga beberapa perancangan yang berlegar-legar di ruang pemikiran saya ini.
Saya cuba untuk kamu, pelajar kesayangan 4 Gama...
Terima kasih juga kepada pelajar saya yang berusaha untuk menjawab. 
Saya sayang kamu.

4 Gama oh 4 Gama..
Bantulah diri kamu juga...
Siapalah yang akan bantu kita? kalau bukan kita sendiri.
Orang lain hanya membantu bagi meningkatkan semangatmu,
Selebihnya, adalah usaha kamu....

-cikguRazalina-


No comments:

Post a Comment