Saturday, August 11, 2012

MAKHLUK MISTERI DI PLANET MARIKH?




Makhluk Misteri Di Planet Marikh  Baru-baru ini heboh di internet, media massa dan media elektronik mengenai penemuan imej misteri (yang berkemungkinan makhluk asing) yang dirakam oleh dua robot peninjau NASA di Planet Marikh. Imej misteri itu menunjukkan makhluk dengan susuk 
tubuh seakan-akan manusia duduk di atas batu di sebuah kawasan lapang seperti gurun di planet berkenaan.

Benarkah itu Makhluk Asing?

Sebenarnya tidak, ini kerana jika anda perhatikan betul-betul imej tersebut, ia bukanlah makhluk asing tetapi hanya batu. Ternyata teori mengenai makhluk asing di Planet Marikh adalah tidak benar sama sekali.
Ini bukan kali pertama gambar yang dirakam oleh NASA dikatakan mempunyai bukti kewujudan makhluk asing di planet Marikh. Pada tahun 1976, seorang jurugambar yang bernama Richard Hoagland mendakwa menemui wajah aneh di Planet Marikh hasil penyelidikannya.
Namun bukti itu disangkal kerana pada tahun 1988, Mars Global Survayor mengambil gambar sekali lagi di bahagian Planet Marikh yang dikatakan ada wajah aneh seperti yang didakwa oleh Richard. Hasil penemuan oleh Mars Global Surveyor adalah imej yang dikatakan sebagai wajah aneh itu sebenarnya terhasil daripada low image quality, pareidolia dan bayang-bayang. Apa-apa pun, mari kita lihat gambar makhluk misteri yang seakan-akan manusia duduk di atas batu di gurun Planet Marikh. Jom!
Melayukini.net – Makhluk ciptaan Allah ada di mana-mana sahaja. Tidak larat untuk kita hitung satu-satu kerana memang terlalu banyak jika hendak dikira. Yang paling penting ialah bukan bilangan makhluk Allah yang kita ketahui tetapi adalah bilangan amalan yang akan kita bawa ke Hari Akhirat iaitu hari untuk selama-lamanya bagi kita semua. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya yang besar kepada kita supaya mudah untuk kita masuk ke dalam syurgaNya insyaAllah. Amin.
-cikguRazalina-

No comments:

Post a Comment