Bismillah..
Seorang bapa iaitu penjaga kepada anak muridku telah datang hari ini untuk bertemu denganku.
Waktu Ustaz Lukman daatng ke kelas dan memberitahu ada penjaga pelajar datang, hatiku berdebar-debar.
Apalah yang penjaga ini inginkan dariku, dia hendak berjumpa denganku, bukan anknya.
Alhamdulullah...
Rupa-rupa hanya sekadar berbincang mengenai anaknya, ingin tahu keadaan anaknya di sekolah,
dan yang paling penting adalah ingin melihat keputusan peperiksaan anaknya.
Sewktu hari runding cara bersama penjaga, penjaga ini tidak hadir, dan setelah lama berbincang mengenai anak, barulah tahu...
Anaknya tidak memberitahu adanya hari runding cara tersebut dan tidak memberi keputusan peperiksaan kepada ayahnya...
Aduhai anak muridku....tazzimays
kenapa jadi begini....
Sekalipun keputusan kamu tidak mencapai tahap yang memuaskan, tidak salah untuk memberitahu penjaga,
tidak salah untuk kamu menunjukkannya kepada keluargamu..
Kenapa?
Adakah kamu takut?
Atau terlupa?
Untuk anak-anak murid yang lain...
Banggalah dengan apa yang kamu dapat..
Banggalah dengan pencapaian kamu...
Kamu sudah berusaha dan berdoa....
Mungkin kali ini tidak menyebelahi kamu..
Mungkin ada silap di mana-mana..
Mungkin silap dari cikgunya...
Tetapi sama-samalah kita berganding bahu untuk mendapat yang cemerlang...
Berusaha dengan lebih keras lagi, agar peperiksaan yang akan datang mendapat yang lebih baik..
Terima kasih kepada penjaga yang datang, keprihatinan kamu terhadap anakmu sangat dihargai....
Insyaallah saya akan buat yang terbaik untuk anak-anakmu....
08082012
-cikguRazalina-
No comments:
Post a Comment