Friday, August 10, 2012

MISTERI PLANET MARIKH



Baru-baru ini, seorang individu bernama David Martines telah menjumpai sebuah ‘pengkalan’ di Planet Marikh hanya dengan menggunakan perisian Google Earth™. Beliau yang dipercayai menjumpai sebuah binaan yang misteri di planet merah tersebut atas dasar untuk ‘suka-suka’.

Misteri di Marikh.NASA Menipu seluruh masyarakat Dunia?

Penemuan Meteorit terbaru di Marikh!

Saintis Menjumpai Tanda-tanda Hidupan di Marikh!


Selepas menyedari apa yang ditemuinya adalah pelik dan misteri, tanpa berlengah, beliau segera menyelidik dengan lebih lanjut. Akhirnya, beliau telah menjumpai sebuah binaan berbentuk silinder berukuran lebih 700 kaki panjang dan 150 kaki lebar.
Koordinat ‘pengkalan Planet Marikh’ itu terletak di 40° 6’28.53″N 100°35’7.47″E.
 (Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)



Extra
Penemuan pertama yang mencetuskan fenomena adalah penemuan ‘Face of Mars’ pada tahun 1976 melalui probe tanpa pemandu, Viking I. Penemuan tersebut mencetuskan perdebatan yang hebat sehingga ada yang menyatakan Planet Marikh benar-benar mempunyai makhluk serta mempunyai tahap ketamadunan yang tinggi. Namun, penemuan terbaru daripada NASA telah menyangkal segala telahan tersebut apabila ‘Face of Mars’ adalah hasil kekurangan resolusi imej daripada probe tanpa pemandu, Viking I sehingga membentuk bukit kecil di wilayah Cydonia seakan-akan rupa manusia.
Bandingkan kedua-dua imej ‘Face of Mars’ di bawah:
'Face of Mars' yang mencetuskan fenomena satu ketika dahulu.

Hasil daripada penemuan terbaru daripada NASA.

No comments:

Post a Comment