Sunday, August 5, 2012

Temerloh sesak!

Bismillah....

Syukur kepada Ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan berpijak di bumi yang sekadar pinjaman ini. Terima kasih Allah kerana masih memberi peluang untuk hamba-Mu ini menitipkan sedikit luahan rasa cetusan hati untuk dikongsi bersama dengan pengunjung blog ini.

Alhamdulillah hari ini 5 Ogos 2012 bersamaan 16 Ramadhan 1433 Hijrah.
Pejam, celik, pejam celik rupanya
 sudah separuh bulan kita berpuasa di bulan Ramadhan. Bulan beribadah.
Apabila tiba di pertengahan bulan Ramadhan, maka ramailah umat manusia akan membuat persediaan untuk menanti datangnya Hari Raya Aidilfitri. 

Ya Allah...tak sabar pula....
Heheehehh..senyum sendirian....

Semalam saya, dua orang adik, dan sepupu saya juga tidak melepaskan peluang untuk shoping raya.
Anak saudara sepupu yang nakal, Anas Affendi juga menyertainya..
Macam biasa....
Melayan kerenah kenakalannya  sahaja.

Apa yang nak dikongsikan di sini,
ramainya umat manusia yang datang ke Temerloh untuk membeli belah.
Sempat juga saya tangkap beberapa keping gambar.



Sampai tak cukup parking..Maka inilah jadinya..

  Firman Allah SWT : 
"Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu membelanjakan harta kamu secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya." (al-Isra' ayat 26-27). 

    Dalam ayat yang lain Allah berfirman : 

" Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu boros kerana itu menjadi kamu tercela dan menyesal." ( al-Isra' 29). 

       Ayat ini mengambarkan bahawa orang mukmin adalah orang yang bersederhana dalam berbelanja dan berjimat cermat. "Al-Qasdu Fi Ghina'iy wal Fakhri" ( Berjimat ketika kaya dan juga ketika miskin). Jangan hanya dalam keadaan kemelesetan ekonomi kita hendak mengamalkan amalan jimat cermat tetapi semasa mewah kita lupa semuanya, berbelanja sesuka hati, mengikut hawa nafsu dan tidak pernah bersyukur tentang nikmat dan kemakmuran yang dikurniakan oleh Allah. Pernah satu ketika Abu Zarr al-Ghafiri menegur Saidina Muawiyyah yang telah membina Istana al-Qasru al-Khadra' yang begitu besar dengan katanya, "Wahai Muawiyah, sekiranya engkau membina istana ini dengan mengunakan wang rakyat, sesungguhnya perbuatan ini adalah satu kezaliman, sekiranya daripada harta bapa kamu sendiripun ia merupakan satu pembaziran." 

       Umat Islam ditegah mengikut hawa nafsu dalam berbelanja. Kita perlu berbelanja jika perlu dan elakkan pembaziran, kerana perbuatan tersebut akan merugikan kita sendiri. Tambahkan tabungan demi kepentingan masa depan.

 Sabda Rasulullah SAW pernah menyebutkan "Khaiyru l-Umur Awsatuha". Sebaik-baik pekerjaan adalah sederhana. 


Wallahualam...
-05082012/16R1433H-

No comments:

Post a Comment