Thursday, August 2, 2012

IKLIM DI MALAYSIA



FAKTOR YANG MEMPENGARUHI IKLIM DI MALAYSIA
  1. Malaysia mengalami iklim jenis khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.
  2. Terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi iklim di Malaysia, iaitu :
  • Bentuk muka bumi - suhu lebih rendah di kawasan tanah tinggi.
  • Kedudukan - hampir dengan garisan khatulistiwa (menerima pancaran matahari yang banyak).
  • Jarak dari laut - suhu disederhanakan oleh bayu laut dan bayu darat.
  • Angin-angin Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut - membawa hujan lebat dan dapat menyederhanakan suhu.
petaiklim1.gif (69388 bytes)
Peta : Taburan hujan di Malaysia
CIRI-CIRI IKLIM DI MALAYSIA
  1. Malaysia mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.
  2. Kawasan di dunia yang terletak antara 5hingga 10o Utara dan Selatan dari garisan khatulistiwa mengalami iklim khatulistiwa.
  3. Min suhu tahunannya adalah di antara 26o hingga 27oC.
  4. Julat suhu tahunannya kecil iaitu kurang daripada 2oC kerana :
  • Malaysia dikelilingi oleh laut.
  • Hujan lebat turun sepanjang tahun.
  • Banyak awan.
  • Kelembapannya tinggi iaitu kira-kira 80oC.
  1. Julat suhu hariannya ialah kira-kira 12oC.
  2. Suhu waktu siang mungkin naik ke 33oC.
  3. Suhu waktu malam mungkin turun ke 21oC.
  4. Malaysia menerima hujan lebat iaitu antara 2000 hingga 3000 mm setahun.
  5. Kebanyakan hujan yang turun adalah hujan perolakan dan hujan bukit.
  6. Hujan paling lebat turun dalam bulan April dan Oktober semasa peralihan angin monsun dalam bentuk hujan perolakan.
  7. Angin Monsun Barat Daya (Mei hingga September) dan Angin Monsun Timur Laut (November hingga Mac) membawa hujan bukit.

petaiklim2.gif (12188 bytes)petaiklim3.gif (14173 bytes)
Peta : Sistem Angin Monsun di Malaysia
Hujan Perolakan
hujan1.gif (22908 bytes)
Matahari memanaskan udara di permukaan bumi dari pagi hingga petang. Udara panas mengembang dan naik ke atas kerana udara itu lebih ringan daripada udara di sekelilingnya. Kejadian ini dinamakan perolakan. Udara itu akan naik kebeberapa ribu meter ke atas dan berlakulah pemeluwapan, iaitu udara menjadi awan. Awan yang terbentuk ini dinamakan kumulonimbus. Lama-kelamaan awan akan bertukar menjadi hujan lebat. Hujan ini kerap terjadi pada waktu petang beserta kilat dan petir. Ia turun dalam kawasan yang kurang daripada 50km persegi dan dalam masa kurang daripada 6 jam. Hujan ini dinamakan hujan perolakan.
Hujan Bukit
hujan2.gif (8757 bytes)
Apabila Angin Monsun Timur Laut dan Angin Monsun Barat Daya bertiup, hujan bukit akan turun dengan lebat di kawasan pergunungan dan bukit tinggi. Apabila angin yang bertiup dari laut ini dirintangi oleh tanah tinggi, ia bergerak ke atas dengan pantas. Udara di dalam angin menjadi semakin sejuk dan berlakulah pemeluwapan dan terbentuklah awan hujan. Apabila awan ini semakin tinggi ia menjadi titisan hujan yang turun dengan lebat di hadapan tanah tinggi, iaitu yang menghala ke laut. Kawasan di belakang gunungmenjadi kawasan lindungan hujan dan menerima sedikit hujan kerana wap air telah diturunkan di hadapan gunung. Hujan ini dinamakan hujan bukit.

No comments:

Post a Comment