Bismillah...
ALhamdulillah..
Syukur segala nikmat kurniaan-Mu ya Allah..
Masih memberi hamba-Mu untuk menitipkan rasa keinsafan dan sentiasa mengingati-Mu.
Tiada yang indah selain mengingati dan seterusnya menyintai-Mu sepenuh hati.
Segala jiwa dan ragaku hanya untuk-Mu ya Rabbul Izati
Inayah-Mu yang tidak putu-putu membuatkan aku sentiasa tertunduk malu lantas membangkitkan aku untuk memuja-Mu
Buat kekasihku ya Rasulullah...
Impianku cuma satu hanya ingin berjumpa dengan-Mu
Cinta dan rinduku hanya pada-Mu juga hamba Allah yang akan mendiami hati ini setelah Allah dan Rasul.
Sesungguhnya ku sentiasa menunggu saat itu.
Liku-liku kehidupan berlansung seperti biasa.
Kehidupan bergelar guru diharungi dengan penuh kesabaran dan keikhlasan..
Hai anak-anak muridku...
"CIKGU, SAYA RINDU CIKGU"
Sesungguhnya saya sayang kepada kamu...
Ungkapan rindu kamu kadang-kadang membuat jiwaku bergetar....
Hanya senyuman mampu kuberikan kepadamu
Rindulah kepada didikanku..
Rindulah kepada sedikit ilmu yang ada padaku...
Rindulah kepada kelasku....
Rindulah untuk membuat segala latihanku...
Rindulah kepada ulangkaji kita..
Bukan hanya rindu akan daku...
Hanya seorang insan yang lemah....
Yang mahu berkongsi sedikit ilmu kepada kalian semua....
08082012/19R1433
-cikguRazalina-
No comments:
Post a Comment