Thursday, August 9, 2012

PANTAI-PANTAI YANG TERINDAH DARI BENUA-BENUA BERBEZA


1.) Whitehaven Beach, Queensland, Australia 
Pantai Whitehaven adalah pantai yang paling indah dan terkenal di benua Australia. Pantai dengan pasir putih yang luar biasa ini terletak di Utara Pulau Whitsunday Queensland


2.) Mauritius Beach di Mauritius, Afrika
Pantai ini istimewa dengan banyaknya terumbu karang yang indah dan menjadi tempat
yang menakjubkan untuk penyelam.

3.) Sanur Beach, Bali-Indonesia, Asia
Bali menjadi popular kerana keindahan pantainya. Sanur Beach adalah pantai yang paling indah di dunia. Gelombang di pantai Sanur lebih lembut daripada yang lain. Sanur adalah seperti syurga bagi pelancong yang mencintai keindahan laut serta tradisi penduduknya yang eksotik.

4.) Bahías de Huatulco, Oaxaca-Mexico, Amerika Latin 
Ada banyak sekali pantai indah di kawasan ini. Bahías de Huatulco, 35 km dari garis pantai, terdapat 10 teluk dan 35 pantai. Ada banyak pantai terpencil namun memiliki infrastruktur tempatan untuk tempat bagi pelancong.

5.) Praia do Rosa, Brazil, South America 
Praia Do Rosa adalah salah satu yang terbaik di Brazil. Uniknya, pantai ini berbentuk sabit bila dilihat dari atas. Keindahan pantai yang sempurna dengan bukit pasir putih, tempat yang selesa untuk surfing, penduduk yang ramah, dan bungalow untuk berehat. Pada bulan Julai hingga November, ada pemandangan spektakuler saat melihat rombongan paus berhijrah.

6. Navagio Beach, Zakynthos-Greek, Eropah 
Pantai ini dikenali sebagai "Shipwreck Beach", mungkin kerana di masa lalu lokasi pantai ini digunakan oleh para penyelundup sebagai markas mereka. Ini kerana kerana tempatnya sangat terpencil. Yang pastinya ini adalah   pantai yang benar-benar indah.

7.) Deception Island Beach, Antartika 
Anda mungkin berfikir, apakah mungkin untuk menikmati pantai sementara suhu sangat dingin? Jangan bimbang, kerana ada satu tempat, tepatnya di Deception Island, yang sebenarnya adalah sebuah kaldera gunung berapi aktif. Hal ini mungkin sukar dipercayai, namun kerana kewujudan gunung berapi, suhu di sekitar menjadi cukup hangat, demikian juga suhu air, sehingga nyaman untuk berenang atau sekadar berendam di teluk. Selain itu, pulau ini juga mempunyai banyak sumber air panas.

No comments:

Post a Comment