Sunday, June 3, 2012

02061987-02062012

Bismillah...

Assalamualaikum.....

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Pemilik, Pencipta dan Penentu atas segala sesuatu yang terjadi. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga para sahabat baginda. Sesungguhnya dalam kekalutan meniti ranjau-ranjau sebenar kehidupan, aku tertunduk, membisu dan mensyukuri atas hidayah kurnian-Mu ya Allah yang masih lagi berpihak kepadaku hamba yang serba lemah ini. Ampuni aku ya Allah yang selalu ingkar dalam menghambakan dan mengabdikan diri kepada-Mu dan masih lagi terkoyak di sana-sini. Namun kurnian nikmat dari-Mu tidak putus-putus membanjiri kepadaku yang kadang-kadang aku lupa seketika atas nikmat itu. Maafkan aku. Sesungguhnya tiada Tuhan yang layak disemabah melaikan diri-mu ya Allah. Terima kasih ya Tuhan. Terima kasih di atas kehidupan ini, terima kasih atas roh yang masih lagi berada di jasadku ini...

Sembah salam yang penuh dengan kasih sayang dan bersulamkan keampunan kutitipkan buat dua insan yang terlalu istimewa bagiku, satu bagaikan nyawa dan satu lagi umpama jiwa yang sentiasa menelan segala kepahitan duka lara, perit dalam menahan pedih membesarkan seorang insan yang banyak bersalah terhadapmu yang masih menumpang kasih kepadamu. Kerana redha dan doa yang tidak putus-putus terhadap diri ini menjadikan aku cukup dewasa dalam melangkah berjalan merentasi bumi Tuhan dalam mencari seribu kerahmatan yang tidak bisa dilihat oleh mata yang mungkin tidak tercapai oleh tangan. Terima kasih Mak dan Abah yang sentiasa mendokong usahaku selama ini. Insyaallah aku cuba untuk menjadi lebih baik dan solehah kepada kalian berdua buat bekal di alam barzakh nanti. 

Sekalung budi dan tahniah buat lima insan yang sering muncul di celah-celah kekalutan diri iaitu insan-insan yang sentiasa mendampingiki saban waktu, lalu mempersembahkan rasa percayanya padaku. Dengan itu, aku sangat berani dalam mencipta impian untuk menjadi insan yang luar biasa yang menjadi contoh kepada kalian semua. Terima kasih kerena sentiasa bersamaku dikala susah atau senang, kerana kamu semua adalah insan yang paling dekat denganku. Darah yang mengalir di tubuhmu juga mengalir ditubuhku. Biarlah hubungan yang bergelar adik beradik ini sentiasa mekar, indah, sewangi bunga-bunga syurga. Terima kasih kepada Angah, Lan, Ipah dan Adik. Aku sayang kamu semua!

Serumpun kasih buat semua saudara dan teman yang sentiasa bersamaku di sepanjang kehidupan ini. Apa yang kinnginkan hanyalah menumpang di pinggir hati kalian yang kiranya sudi memberi sedikit semangat, bantuan dalam melalui liku-liku kehidupan ini. Terima kasih semua.

Dan yang terakhir sekali buat insan yang akan mendiami takhta hatiku ini, hati ini menunggu dengan sabar bila tiba saat itu.

Terima kasih semua yang ada kaitan dengan diriku. Moga-moga setiap sesuatu yang kita lakukan bakal dihitung sebagai amalan yang soleh di sisi-Nya. Amin.

Selamat hari lahir yang ke-25 buat Razalina Binti Razemah.
Anak kepada En. Ghazali Bin Alias, dan Puan Razemah Binti Abdul Manaf.
Kakak kepada Angah, Lan, Ipah dan Adik, dan juga teman yang setia kepada teman-teman yang sejati...

Hidup ini kalau mahu diteroka, memang banyak likunya.
Beribu simpang dan jalan yang luas terbentang,
Hanya pilih satu sebagi pilihan yang terbaik,
Antara detik nadi dan darah yang mengalir,
Harungilah dengan sabar dan keimanan diri.


cikgurazalina 
02062012

No comments:

Post a Comment