Monday, August 10, 2009

di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua suatu perkara :

TANDA GANGUAN JIN

A. TANDA-TANDA KETIKA JAGA
• Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.
• Suara berubah ketika marah.
• Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan adakala iamengigit lidahnya.
• Berjalan terhoyong-hayang.
• Cara makannya menjijikkan.
• Berpaling daripada membaca Al -Quran, tidak memerhati maksud-maksudnya, tidakberzikir dan tidak bersolat.Apabila ia hendak membaca Al Quran,berzikir ataubersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.
• Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za' faran
• Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)
• Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.
• Kelupaan atau sakit kep'ala ketika solat.
• Tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu.
• Malas dan lemah badan (tanpa sebab).
• Merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak-gerak.
• Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab lazimnya lepas asar.
• Selalu bermimpi.
• Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan danbertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.
• Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.
• Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semuaorang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap orang lain.
• Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau universiti.
• Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpasebab-sebab kesihatanseperti influenza atau pusingandarah haid.
• Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecualidengan kepayahan yang amat sangat.
• Perjalanan haid wanita tidak teratur- Ada kalanya darah haidnya terhenti samasekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur seperti pada waktuyang tertentu darahnya keluar banyak dan pada masa yang lain pula ia akankeluar sedikit.
• Suka berada lama di dalam tandas atau bilik air.
• Waswas
• Lekas marah dan mudah melakukan kesilapan.
• Didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksiat seperti membunuhatau berzina.
• Lenguh-lenguh seluruh badan berserta dengan malas yang bersangatan dan tidakberdaya.
• Semut-semut badan atau lenguh dengan cara luar biasa.
• Merasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutnya
• Pening yang berterusan dengan syarat ia bukan berpunca daripada sakit mata,telinga, hidung, gigi, kerongkong atau pun perut.Mengikut Hamdy Ad Damardasy, "Apabila terhimpun 3 tanda pada waktu tidur dan 2 tanda pada waktu jaga maka kita mungkin sahaja dapat mengatakan yang seseorang itu telah di ganggu oleh jin atau syaitan .

B. TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR
• Mimpi yang menakutkan dalam pelbagai rupa atau mimpi yang menyedihkan .
• Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara yang tertentu seperti suara yangtidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh
• la bermimpi berjalan di atas air atau darah.
• Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seramatau takut atau ia bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar -benar berlakudan ini memberi kesan negetif terhaadap jiwanya. seperti ia bermimpi suatukejadian, kemudian ia benar -benar berlaku atau ia bermimpi seseorang itusakit atau mati dan kemudiannya benar- benar berlaku• Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.
• Kerap terjaga tidur di waktu malam.
• Mimpi berjumpa haiwan -haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa,serigala dan tikus• Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar.
• Bermimpi seolah-olahnya ia jatuh dari tempat yang tinggi.
• Bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi ( lagi menakutkan).
• Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau tinggiatau terlalu rendah atau melihat manusia hitam

TIP ELAK SANTAU

1. Pegang gelas dengan 4 jari, satu jari lagi rasa dekat bawah gelas. Jika air itu sejuk, bawah terasa panas lebih baik jangan minum,mungkin air itu sudah disihir. sama jugak jika air itu panas,dekat bawah gelas terasa sejuk. Kalau sudah macam tu, jgn minum atau bungkus bawak balik dan buang. jangan telangkupkan gelas kerana itu tanda kita melawan dengan orang yang buat ilmu itu.


2. Rasa lelangit gusi kita sebelum makan. Jika tidak terasa geli, jangan makan makanan tu.

3. Apabila hendak makan atau minum, cuba tutup telinga dengan tapak tangan. jika ada dengung macam dalam air, maka makanan itu boleh dimakan. Jika tidak sebaliknya pula.

4. Akhir sekali, cuba belai rambut sebelum makan, mseti terdapat bunyi macam angin,jika tiada jangan makan@ minum.

Bahayanya santau ni Allah sahaja yang tahu,sebaiknya kita mengelak dan beringat sebelum kena.

H1N1 melanda UPSI……


Kira-kira jam 1.30 pagi, ya sudah masuk hari Rabu, 29 Julai 2009. Penghuni Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) dikejutkan dengan pengumuman oleh pengetua kolej yang mengatakan bahawa pada keesokan harinya kuliah dibatalkan. Dalam erti kata lain kuliah tiada.

29 Julai 2009...
Kuliah tiada hari ini dan kepada pelajar yang menetap di Kolej Harun Aminurrashid, KHAR yang mengalami sakit seperti demam, batuk, selsema telah di bawa ke Pusat Kesihatan Upsi. Sungguh ramai yang mendapatkan rawatan untuk mengenalpasti samada terkena jangkitan virus H1N1 ataupun tidak. Penghuni kolej tidak dibenarkan untuk keluar dari kolej sebagai langkah berjaga-jaga. Para pelajar diberi kesempatan untuk makan percuma dengan mendapat dua kupon makanan pada hari tersebut.


Kira-kira jam 3.00 petang, barisan JMK Kolej KHAR mengumumkan bahawa pihak UPSI membenarkan kami untuk bercuti dari 29.7.2009 sehinggalah 3.8. 2009. Tetapi sebelum pulang kami dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan.

Di sini juga saya ingin berkongsi dengan anda semua sedikit fakta berkaitan virus yang melanda seluruh dunia, H1N1 atau selsema babi.

TANDA SIMPTOM SELSEMA BABI ATAU H1N1


Apakah Selesema Babi?

Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.


Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.


Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?

Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.


Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.


Dimanakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.


Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema.


Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:


* Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.


* Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.


* Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.


* Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.Jika anda sakit anda perlu:-


* Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;


* Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit