Monday, August 10, 2009

di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua suatu perkara :

TANDA GANGUAN JIN

A. TANDA-TANDA KETIKA JAGA
• Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.
• Suara berubah ketika marah.
• Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan adakala iamengigit lidahnya.
• Berjalan terhoyong-hayang.
• Cara makannya menjijikkan.
• Berpaling daripada membaca Al -Quran, tidak memerhati maksud-maksudnya, tidakberzikir dan tidak bersolat.Apabila ia hendak membaca Al Quran,berzikir ataubersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.
• Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za' faran
• Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)
• Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.
• Kelupaan atau sakit kep'ala ketika solat.
• Tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu.
• Malas dan lemah badan (tanpa sebab).
• Merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak-gerak.
• Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab lazimnya lepas asar.
• Selalu bermimpi.
• Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan danbertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.
• Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.
• Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semuaorang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap orang lain.
• Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau universiti.
• Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpasebab-sebab kesihatanseperti influenza atau pusingandarah haid.
• Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecualidengan kepayahan yang amat sangat.
• Perjalanan haid wanita tidak teratur- Ada kalanya darah haidnya terhenti samasekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur seperti pada waktuyang tertentu darahnya keluar banyak dan pada masa yang lain pula ia akankeluar sedikit.
• Suka berada lama di dalam tandas atau bilik air.
• Waswas
• Lekas marah dan mudah melakukan kesilapan.
• Didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksiat seperti membunuhatau berzina.
• Lenguh-lenguh seluruh badan berserta dengan malas yang bersangatan dan tidakberdaya.
• Semut-semut badan atau lenguh dengan cara luar biasa.
• Merasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutnya
• Pening yang berterusan dengan syarat ia bukan berpunca daripada sakit mata,telinga, hidung, gigi, kerongkong atau pun perut.Mengikut Hamdy Ad Damardasy, "Apabila terhimpun 3 tanda pada waktu tidur dan 2 tanda pada waktu jaga maka kita mungkin sahaja dapat mengatakan yang seseorang itu telah di ganggu oleh jin atau syaitan .

B. TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR
• Mimpi yang menakutkan dalam pelbagai rupa atau mimpi yang menyedihkan .
• Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara yang tertentu seperti suara yangtidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh
• la bermimpi berjalan di atas air atau darah.
• Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seramatau takut atau ia bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar -benar berlakudan ini memberi kesan negetif terhaadap jiwanya. seperti ia bermimpi suatukejadian, kemudian ia benar -benar berlaku atau ia bermimpi seseorang itusakit atau mati dan kemudiannya benar- benar berlaku• Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.
• Kerap terjaga tidur di waktu malam.
• Mimpi berjumpa haiwan -haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa,serigala dan tikus• Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar.
• Bermimpi seolah-olahnya ia jatuh dari tempat yang tinggi.
• Bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi ( lagi menakutkan).
• Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau tinggiatau terlalu rendah atau melihat manusia hitam

TIP ELAK SANTAU

1. Pegang gelas dengan 4 jari, satu jari lagi rasa dekat bawah gelas. Jika air itu sejuk, bawah terasa panas lebih baik jangan minum,mungkin air itu sudah disihir. sama jugak jika air itu panas,dekat bawah gelas terasa sejuk. Kalau sudah macam tu, jgn minum atau bungkus bawak balik dan buang. jangan telangkupkan gelas kerana itu tanda kita melawan dengan orang yang buat ilmu itu.


2. Rasa lelangit gusi kita sebelum makan. Jika tidak terasa geli, jangan makan makanan tu.

3. Apabila hendak makan atau minum, cuba tutup telinga dengan tapak tangan. jika ada dengung macam dalam air, maka makanan itu boleh dimakan. Jika tidak sebaliknya pula.

4. Akhir sekali, cuba belai rambut sebelum makan, mseti terdapat bunyi macam angin,jika tiada jangan makan@ minum.

Bahayanya santau ni Allah sahaja yang tahu,sebaiknya kita mengelak dan beringat sebelum kena.

No comments:

Post a Comment