Bismillah.....
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Pemilikm, Pencipta dan Penentu atas segala sesuatau ya Rabbulalamin. Tidak lupa selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda....
Sesungguh aku tertunduk malu dan mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah buatku, hambanya yang sering lupa dan lalai juga ingkar dalam menghambakan diri kepada-Nya yang sesungguhnya amalanku masih lagi compang-camping di sana dan sini, masih banyak lopak yang harus aku timbus dengan pasir keimanan agar menjadi hamba yang betul-betul menndambakan kasih hanya padamu ya Rabbul Izzati...Namun begitu kurnian Allah yang tak sudah-sudah dan tidak pula pernah surut buatku yang sentiasa menjamuku dengan ilham sehingga terpaku aku menulis bingkisan yang masih lagi terkapar-kapar dalam mencari erti sebenar kehidupan yang harus dikongsi bersama pembaca entri ini...
Sekalung budi dan tahniah juga terima kasih kepada insan-insan yang hebat yang sedang melayari blog saya yang sering muncul di celah-celah kekalutan kehidupanku ini..
Serumpun kasih buat sahabatku yang aku terlalu rindu.....Jannatul Aliah, Fadlun Nisa', Siti Nur Afifi dan Zahilal Zahari....sahabat terbaik yang pernah ku kenali di UPSI....tidak lupa juga teman lama yang dirindui yang sekilan lama terpisah tidak bertemu Siti Hajar, Namisah....Sahabat yang setia menanti di rumah.....Ruziah.....AKU RINDU KALIAN...
DEMI BERGELAR SEORANG GURU......
Imbas kembali 4 tahun dulu begitu sukar dan perih untuk memijakkan kaki ke universiti. Dengan keputusan yang agak baik, saya layak untuk menjalani ujian MEDSI di Kuantan. Pagi-pagi bersiap, Keluarga tidak dapat menghantar pada ketika itu, dan saya menunmpang kawan saya yang juga jiran saya untuk ke Politeknik di Kuantan untuk menjalani ujian tersebut. alhamdulillah saya lulus dan pergi ke peringkat kedua iaitu temuduga. Sangat terkejut saat itu, kerana saya mendapat panggilan temuduga di USM cawangan Kubang Kerian. Ya Allah hanya Allah yang mengetahui saat itu, begitu sukar sekali rasanya untuk sampai ke situ. Abah tidak tahu jalan ke sana, Abah mengajak kawan baiknya Pak Cik Nasir untuk tunjukkan jalan, dan saya juga ditemani adik bongsu saya. Pada ketika itu, rasa takut, gusar, gementar semua ada. Terima kasih ya Allah kerana beri sedikit kekuatan untuk aku menghadapi temuduga buat pertama kalinya. Dan...Alhamdulillah tidak lama selepas itu saya mendapat tawaran untuk belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris...hampir 3 tahun lebih saya di UPSI menimba segala ilmu dan pengalaman-pengalaman yang berguna untuk masa hadapan.
Untuk berpraktikum pula saya memilih sekolah di Sg. Besar, Ini semua diuruskan oleh teman rapat yang tinggal di Sg. Besar. Akhirnya saya, dan Janna menjadi guru pelatih di Sek. Keb. Bagan Terap. Hampir 4 bulan kami menjadi guru pelatih di sana. Alhamdulillah walaupun mendapat A- saya bersyukur, banyak yang ditimba di sana, ilmu, pengalaman itulah yang utama.
Terima kasih semua yang terlibat.
Terima kasih semua yang terlibat.
Hujung bulan Julai, saya konvo dan sehingga kini masih lagi duduk di rumah....menunggu untuk temu duga, dan tiba-tiba mendapat berita yang saya mendapat tawaran untuk temuduga MARA di Institut Latihan Kecemerlangan Mara, di Seberang Perai, Pulau Pinang, dan masih berkira-kira untuk pergi atau tidak, kerana terlalu jauh, dan bersiap-sediakah saya dengan soalan-soalan yang bakal ditanya seperti mana yang saya masih tidak bersedia untuk temuduga SPP. Sebenarnya saya takut akan ditemu duga. Akhirnya saya dapat juga menjalani temu duga bawah MARA bersama kawan iiatu Rosnani dan Siti Sarah...terima kasih buat kamu berdua. Alhamdulillah temu duga MARA dapat dijalani dengan baik sekali. Lama juga menunggu, selepas temu duga MARA, akhirnya mendapat khabar gembira lagi iaitu akan ditemu duga oleh pihak SPP...Akhirnya pada tanggal 29/2/ 2011 saya menghadapi saat getir bersama pihak SPP dan KPM. Begitu gementar menjawab soalan yang diberikan. Walaupun saya tidak dapat menjawab soalan dengan baik, namun saya buat yang terbaik untuk jawab agar saya tidak terdiam dalam bilik temu duga..Terima kasih ya Allah memberi ku kekuatan sekali lagi menghadapi temu duga ini dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...Terima kasih sekali lagi buat Nani dan Sarah di sepanjang 3 hari di Kuala Terngganu...Jauh sungguh perjalanan kita demi menjalani sesi temu duga SPP dan juga rakan baru yang ku kenali Ema...
Dan dengan ini, saya dan rakan-rakan akan menunggu bagi mengetahu keputusan temu duga SPP dan MARA. Semoga salah satu memanggilku untuk penempatan di sekolah..sesungguhnya sangat terasa begitu lama menungghu demi bergelar seorang GURU...
Ya Allah terima kasih atas simpati-Mu membantu hamba-Mu ini, Permudahkanlah segala urusanku.....semoga sinar kebahagian menyinar di setiap kehidupanku.amin....
"Takut gagal adalah gagal sejati. Takut mati adalah mati sebelum mati. Hidup itu adalah gerak dan gerak itu ialah maju. Kita tidak tahu apa yang terjadi esok. Oleh sebab itu, kita tidak mempunyai masa yang perlu dibuang"
No comments:
Post a Comment