Wednesday, July 18, 2012

Cerita Santai (11-20)




Cerita 11:
 PADA suatu senja yang dingin….
 Ayu    : Aku sudah tidak mencintaimu sekarang. Cintaku telah beralih kepada Arul. Nah… ambil balik cincin pemberianmu.
Zack   : Okey… di mana Arul sekarang?
Ayu    : Untuk apa awak mau menemuinya?
Zack   : Aku mahu jual cincin ini kepadanya.
Ayu    : Haaaa…!   
______________________________________________________________________________________
  Cerita 12:
 SEORANG pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki yang berlaku serentak. Selepas memeriksa dan mencatat sesuatu, dia memanggil penjaga bilik mayat.
Polis            : Mengapa ketiga-tiga mayat ini senyum?
Penjaga        : Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba diserang strok. Lelaki  kedua, kononnya baru menang loteri, tak sempat menjamah duitnya, tiba-tiba mati terkejut akibat sakit jantung. Sementara  yang ketiga mati dipanah petir.
Polis            : Aikkk… mati dipanah petir pun senyum!
Penjaga        : Masa tu dia ingat orang sedang tangkap gambar dia, maklumlah dia penjaring utama.
_____________________________________________________________________________________
 Cerita 13:
 SETELAH bersusah payah menyimpan duit bertahun-tahun. Sharif ke bilik pameran Proton untuk menempah kereta idamannya – Proton Exora.
Malang sungguh, selepas dikira… dikira dan dikira, wangnya itu kurang RM10. “Tunggu kejap..” katanya kepada jurujual. Sharif terus ke hulu dan ke hilir, mencari kalau-kalau ada sesiapa yang dikenalinya lalu di situ. Nasibnya baik, dia nampak Leman, rakan sekampungnya.
“Man… pinjam RM10, aku nak beli Proton Exora tu!” kata Sharif.
Leman memandang rakannya itu atas bawah, kemudian selamba berkata: “Nah, ambil RM20. Belikan aku satu!”
_____________________________________________________________________________________
 Cerita 14:
 RAJOLI masuk ke kedai gunting rambut untuk bercukur janggut dan misainya. Sewaktu tukang gunting menyapu buih pencukur ke dagunya, Rajoli merungut mengenai masalah pipinya yang cekung.
“Rama, pipi aku ni cekung sikit, susah untuk mencukur jambang,” kata Rajoli.
”Oh, itu masalah kecil aja. Nah masukkan guli ni ke dalam mulut, kulum dan letak di belakang pipi,” balas Rama lalu menghulurkan guli kayu sebesar buah langsat.
Rajoli menurut apa yang disuruh sementara Rama terus mencukur jambang dan janggut Rajoli dengan mudah.
”Macam mana kalau saya tertelan guli ni?” tanya Rajoli.
”Tak ada masalah, pulangkan balik esok, sama seperti yang lain-lain lakukan,” kata Rama.
_____________________________________________________________________________________
 Cerita 15:
 HAKIM mengingatkan saksi yang berdiri di depannya dalam satu perbicaraan di bilik mahkamah.
Hakim : Kamu tahukan di sini kamu dikehendaki bercakap benar.
Saksi  : Ya, saya tahu, tuan hakim.
Hakim : Kamu tahu apa yang akan berlaku apabila kamu tidak berkata benar?
Saksi  : Ya, saya pasti akan menang.
—————————————————————————————————————————–
CERITA 16

Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu         : Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim     : Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu         : Apa? Tidak mahu pergi sekolah?  Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.
Salim     : Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!
Ibu         : Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”
Salim     : Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu         : Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun…..                     Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”
—————————————————————————————————————————–
CERITA 17:
Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru  dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk di sebelah Azim.
Ayah      Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!
Cikgu     : Betul Encik, kami bukan tuduh begitu sahaja.
Ayah      : Apa buktinya?
Cikgu     : Nah, ini buktinya kalau encik tak percaya tengoklah sendiri.
Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim. Soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.
Ayah      : Memanglah jawapan mereka sama.  Macam mana cikgu kata anak saya meniru?
Cikgu     : Sabar Encik, cuba encik lihat soalan kedua.
Ayah Naim melihat soalan kedua:  Bilakah negara kita mencapai kemerdekaan? Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama: 31 Ogos 1957.  Ayah Naim sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk membaca soalan ketiga: Siapakah yang duduk di sebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?
Azim menulis: Maaf, saya tak tahu.
Naim menulis: Kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!!
——————————————————————————————————————
Cerita 18:
BAHAGIAN I
Cikgu Ahmad sedang mengendalikan  kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Ahmad akan menyuruh murid-muridnya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, di mana murid-murid berbaring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Ahmad asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba-tiba memberhentikan gerakan kakinya. Lalu Cikgu Ahmad menyergah muridnya yang bernama Mat.
Cikgu Ahmad: “Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti  hah”
Mat : “Oh Cikgu Ahmad, basikal saya tengah turun bukit cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.”
BAHAGIAN II
Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Ahmad telah bertanya kepada murid-muridnya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Ahmadpun bertanya,
Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.

BAHAGIAN III
Cikgu Ahmad  sedang mengajarkan Bahasa Melayu dalam kelas 1 Damai…
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah…. emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepungkan ke dalam kek tu…. Cikgu ni tak sekolah ke hape??

BAHAGIAN IV
Cikgu Ahmad  : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Ahmad : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Ahmad : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat : Untuk membungkus nasi lemak, cikgu…
Cikgu Ahmad : uii… lagi bagus… berdiri atas meja sampai habis kelas..
—————————————————————————————————————————–
Cerita 19:
Bos yang baik.
Seorang bos entah macam mana ‘mood’ dia memang baik sungguh pada hari ini. Sesiapa yang hendak minta balik lima jam lebih awal pada hari ini, dia akan benarkan tetapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal sembahyang saja! Tiba-tiba adalah 4 orang pekerja bawahan datang minta balik awal.
Pekerja 1 : Assalamualaikum bos, boleh saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah bos, boleh tak?
Bos : Tak boleh!!!Kat sini kan ada surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya..!
Pekerja 2 : Saya boleh balik awai kot, bos?
Bos : Hang apa pasai?
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng?
Bos : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!
Pekerja 3: Assalamualaikum, bos!
Bos: Ha? pasal apa pulak ni? Nak balik awal juga ke?
Pekerja 3 : Errrrr!! Ya, boss, bos baik! he..hee!
Bos: Apa alasan kau?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang jenazah. Ada orang kampung saya meninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…! Boleh tak bos?
Bos : Tak bolehhh!!!Itu fardu kifayah je! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangi. Doa kat sini pun boleh!!Dah! Pergi buat kerja.
Pekerja 4: Assalamualaikum, bos! Saya nak balik awal hari ni bos?
Bos : Kenapa?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kata, dia dah boleh sembahyang!
Bos: Ya ke? Ha! Kalau begitu awak baliklah. Kesian awak dah seminggu menunggu!!!
—————————————————————————————————————————–
CERITA 20:
Bahagian 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. ‘Sad endinglah’ bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
Bahagian 2
Ada seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
Budak : Derma apa bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : Nanti sekejap. Saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ????? 
Bahagian 3
Tiga orang pemuda menunggang motosikal dan ditahan polis trafik. Namun penunggang motosikal tersebut tidak berhenti. Katanya, “tak muat dah Tok, Kami dah bertiga!!! 
Bahagian 4
Seorang datuk membawa cucunya ke pejabat pos untuk mengepos surat.
Cucunya bertanya apabila melihat datuknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
“Atuk buat apa tu?”.
“Atuk bagi surat kat kawan atuk,cu!” jawap datuknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atuk duduk dalam tong merah tu?” 
Bahagian 5
Seorang posmen  datang menghantar surat.
” Assalamualaikum “
” Waalaikummussalam “
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Pening kepala saya mencari alamat rumah encik ni “
” Buat susah aje encik ni! Apasal tak pos aje?”
—————————————————————————————————————————–

CERITA SANTAI (1-10)




Cerita 1:
Arman, Latif dan Tahir berbincang tentang kehebatan ayah masing-masing. Ketiga-tiga mereka tidak mahu mengalah.”Ayah aku boleh berlari sepantas anak panah. Kalau anak panah dilepaskan bersamanya dia boleh sampai dulu sebelum anak panah mengenai sasaran,” kata Arman.
”Ah, itu belum cukup hebat! Father I seorang pemburu yang sangat pantas berlari. Dia boleh menangkap peluru yang ditembak dari senapangnya sendiri,” kata Latif.
”Sebenarnya kau orang semuanya tak tahu apa yang dikatakan pantas. Ayah aku kakitangan kerajaan, dia habis kerja pukul 4.30 petang, tapi pukul 3.45 dia dah ada di rumah. Itulah kepantasan luar biasa,” kata Tahir bangga.
_____________________________________________________________________________________
 Cerita 2:
 SUATU petang Misha meluahkan masalahnya kepada sahabat baiknya, Johan.
Misha : Sejak kebelakangan ni, aku sering diintai seseorang ketika mandi di  perigi.
Johan : Habis, apa tindakan awak?
 Misha : Semalam aku cuba satu petua. Aku masukkan ranting-ranting tajam  pada celah-celah dinding. Anehnya, semalam dia tak datang, kalau tak,  pasti buta matanya.
 Johan : Oh, Mujur semalam aku kerja!!!
_____________________________________________________________________________________
 Cerita 3:
 ”SAYA bangga dengan atuk,” kata Farah.
”Apa yang kamu banggakan sangat tu?” tanya atuk.
”Setiap kali bersin, atuk mesti tutup mulut dengan tangan,” kata Farah.
”Tentulah..! Siapa lagi yang boleh diharap untuk mengutip gigi palsu atuk kalau tersembur keluar.”
_____________________________________________________________________________________
 Cerita 4:
 SEORANG ahli biologi sedang mengkaji kebolehan katak puru melompat. Dia melepaskan seekor di dalam makmalnya, dan menyergah katak itu supaya ia melompat. Sepantas kilat katak itu melompat. Kemudian dia mencatat dalam bukunya. ”Katak dengan empat kaki mampu melompat sejauh 160 sentimeter.”
Kemudian dia memotong kaki depan katak itu, lalu menyergahnya. ”Lompat! Lompat! Lompat!!! Bersusah payah katak itu melompat. Jarak lompatannya begitu pendek. Selepas mengukurnya, ahli biologi itu mencatat di dalam bukunya. ”Katak dengan dua kaki hanya melompat 60 sentimeter.”
Kemudian dia memotong kaki belakang katak. Sekali lagi dia menjerit ”Lompat! Katak lompat!!” Tapi katak itu tidak bergerak langsung. Dia terus menjerit, ”Lompat, lompat, lompat!! Namun tidak ada perubahan.
Lalu ahli biologi itu mencatatkan di dalam bukunya, ”Katak tanpa kaki, hilang pendengaran.”
_______________________________________________________________________________________
Cerita 5:
 SEBELUM ke Eropah untuk urusan perniagaan, Ahmad singgah di sebuah bank di ibu kota bagi mendapatkan pinjaman segera RM10,000.
”Encik, pinjaman ini perlukan cagaran. Apa yang encik nak cagarkan?” Tanya eksekutif pinjaman.
”Kereta Rolls-Royce saya. Ini Kuncinya,” kata Ahmad.
Setelah menandatangani surat perjanjian, eksekutif pinjaman memandu kereta Rolls-Royce itu ke kawasan tempat letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM10,000 kepada Ahmad. Dua minggu kemudian, Ahmad kembali dari Eropah dan terus ke bank untuk melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula.
”Pinjaman encik keseluruhannya RM10,000 dan bunganya RM30.80,” kata eksekutif pinjaman. Ahmad menyerahkan sekeping cek kepada eksekutif pinjaman itu.
”Setahu saya, encik jutawan terkaya di Kuala Lumpur. Mengapa perlu meminjam RM10,000 dari bank?” eksekutif itu bertanya.
Ahmad berpaling dan tersenyum. ”Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di Kuala Lumpur. Hanya RM30.80 untuk dua minggu,” jawabnya.
_____________________________________________________________________________________
 Cerita 6:
 SEBAIK mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Farid sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Farid.
Shan  : Kenapa menangis?
Farid  : Saya datang untuk ujian darah.
 Shan  : Awak takut ke?
 Farid  : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah memotong jari saya.
                Mendengar penjelasan Farid, Shan menangis.
 Farid  : Eh, kenapa pula awak menangis?
 Shan  : Saya datang untuk ujian air kencing… _____________________________________________________________________________________
 Cerita 7:
 PETANG itu, Ferhad bertemu rakan sekerjanya – seorang warga asing. Semasa minum-minum, lelaki asing itu nampak terlalu gembira. Wajahnya berseri-seri. Melihat keadaan itu, Ferhad bertanya.
Ferhad         : Awak nampak gembira malam ni.
Warga Asing : Betul!  Saya sangat gembira, dapat ini surat (menunjukkan sampul yang berwarna merah itu).
Ferhad         : Siapa kasi?
Warga Asing : Saya punya bini.
Ferhad         : Apa dia cakap?
Warga Asing : Dia cakap dia mahu beranak hujung bulan ini.
Ferhad         : Wah! Tahniah… awak mesti balik cepat.
Warga Asing : Yalahhhh…. Saya ingatpun itu macam. Dia mesti tunggu punya, sudah tiga tahun saya tarak balik, banyak lama tarak jumpa saya  punya bini.
_____________________________________________________________________________________
 Cerita 8:
 KASIHANKAN ibu mereka yang kerap mengalih-alihkan muka surat khabar setiap sekali  membaca, anak-anak membawa wanita tua itu ke optometri untuk pemeriksaan dan menempah sepasang cermin mata.
Seminggu kemudian, kali pertama memakai cermin mata, bergaya sungguh wanita itu.
Tiba-tiba, anak-anak terkejut melihat emak mereka mencampakkan akhbar hari itu selepas menatapnya beberapa ketika. Kemudian terdengar emak merungut, ”Bila aku pakai cermin mata, mereka cetak huruf besar-besar. Dulu buat kecik-kecik. Menyusahkan orang saja!”
Anak-anak hanya ketawa dalam hati.
_____________________________________________________________________________________
Cerita 9:
SEORANG lelaki menempah kek hari jadi melalui telefon bagi meraikan ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-48.
Pembantu kedai      : Apa yang saya harus tulis pada kek itu encik?
Lelaki                    : Di bahagian atas tulis… ”Sayang tak pernah kelihatan tua,” sementara bahagian        bawah…                               ”sayang  memang cantik!”
 Sebaik kotak kek itu dibuka di hadapan puluhan tetamu malam itu, lelaki tadi jatuh pengsan selepas membaca tulisan pada kek itu yang berbunyi: ”Bahagian atas sayang tak pernah kelihatan tua. Bahagian bawah sayang memang cantik!”
_____________________________________________________________________________________
 Cerita 10:
 Lelaki Malaysia       : Bangunan di negara saya banyak yang tinggi-tinggi. Jika kita merenung ke bawah semasa berada di tingkat paling atas, kereta yang sedang bergerak nampak macam semut.
Lelaki India            : Sana India, dia punya bangunan lagi tinggi. Itu bulan kalau mau pusing dunia, kena ikut lorong yang betul, kalau tak ia sangkut pada bumbung bangunan.
Lelaki Arab             : Ana punya negeri dia punya bangunan lagi tinggi. Kalau seorang bayi jatuh dari tingkat paling atas, apabila ia mencecah bumi, usianya sudah 72 tahun.
_____________________________________________________________________________________


Dipetik dari http://lamanbahasa.wordpress.com/rehat-minda/


MENJUARAI PERUBAHAN

Bismillah...
Dipanjatkan syukur atas segala nikmat yang diberi dan semestinya tidak putus-putus.

Jom saya kongsikan sedikit maklumat ketika En. Baharom Hj. Samat salah seorang pegawai PPD Maran. datang ke sekolah. Pada ketika ini beliau datang ke sekolah bagi melihat prestasi pelajar dan sambil-sambil itu, sempat memberi sedikit cermah kepada kami guru-guru SMK Jengka 12. 

Bagaimana kita hendak berjaya?
Semestinya melalui tindak tanduk ketuanya. Ketua harus membuat keputusan yang bijak dan mengeluarkan idea-idea yang bernas lagi bijak dan dengan idea yang ada dapatlah kiranya membawa kepada perubahan. Matlamat yang ingin dicapai haruslah berjaya. Peranan ketua sangat penting! Walaupun pada ketika ini kami guru-guru SMK Jengka 12 masih lagi mengharap bantuan GPK1 En. Zulkifli dalam menjadi ketua mentadbir sekolah sementara menunggu pengetua baru hadir menjejakkan kaki ke sekolah yang bertuah ini.

Bak kata pepatah...

Dicampak ke darat menjadi gunug,
Dicampak ke laut menjadi pulau,
Dicampak ke langit menjadi bintang.

Inilah pesanan Melayu lagi bijaksana.

Jadi, nak berjaya dan terus melakukan perubahan haruslah mengikut kaedah Rasulullah dan kena praktikkannya! Apa dia? Ni lah 4 kaedahnya:

1. Budaya memberi salam
2.Budaya memeberi makan
3. Silaturrahim
4. Tahjud

Tugas guru hanya semudah ABC
A-Agama
B-Budi bahasa
C-Cita-cita

Dan ingat! JAHIL itu kerana tidak menunaikan kewajipan.....

Kami ditanya pelbagai soalan, yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan isi ceramah. Antaranya:

- Lautan apa yang paling dalm di dunia?
(Dalam hati ku menjawab Lautan Pasifik)
Ada juga cikgu yang tidak tahu...
Boleh disimpulkan di sini, nak berjaya haruslah berusaha mencari ilmu walau sedalam mana, sesusah mana ilmu itu, walaupun sehingga terpaksa berenang ke dalam Lautan Pasifik.

Paling  mengejutkan, bila En. Baharom bertanya kepadaku, siapakah orang yang paling saya sayangi. Dalam keadaan terketar saya menjawab keluarga...Waktu memang tidak boleh fikir apa dah, Ya la dah la tengahari, mengantuk pula tu.

Tapi jika manusia yang betul-betul peka dan tahu erti cinta, dan faham apa maknanya sayang, pasti akan menjawab.....Orang yang paling saya sayangi dan cintai adalah Allah dan Rasul....

Tiba-tiba teringat buku yang pernah dibaca dahulu. Tajuknya "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul"

Tersenyum sendirian....

Soalan seterusnya.

Makanan apa yang menyebabkan IQ kita tinggi?
Jawapannya mesti kita ingat kacangkan?
Menurut EN Baharum melalui pembacaannya, bukan kacang tetapi PETAI...

Terkejutkan?
Petai mengandungi vitamin c yang tinggi selain dari buah oren...so kalau nak cantik...makanlah PETAI banyak-banyak....
eheheeehehe....

Dan kami ditanya juga, Kenapa kita, manusia akan kembali ke tanah? dan kenapa kita dijadikan dari tanah? mana buktinya? terdiam juga kami. Adalah beberapa orang cikgu yang jawab, tapi macam tak tepaT... Kalau nak cerita pasal kejadian manusia, satu haru satu malam tak cukup...

Senang jawapannya, cuba gosokkan kulit kita, ada bau tanah atau bau karbondioksida?
Antara unsur tanah adalah Karbondioksida.
Jadi, ni lah bukti manusia dijadikan daripada tanah.....

Dan pelbagai soalan lagi lah...

FAKTOR KEMENJADIAN adalah X Y Z
X- Faktor X
Y- Yes
Z- Zoom

PESANAN KPPM (X-PLUS)
P- Pengetahuan
L- Latihan
U- Usaha
S- Sorry lupa pula apa.......

Ciri-ciri orang mukmin:
1. Rasa kehambaan
2. Rasa Bertuhan
3. Yakin Qada' dan Qadar
4. Hukmah

ANDA INGIN JADI SEORANG GURU BERKUALITI ATAU CEMERLANG?

Kualiti- Memenuhi kehendak pelanggan
Cemerlang - Melampaui kehendak pelanggan

Pilih la yang mana satu............

Jadi apa yang penting dalam meniti perubahan-perubahan yang membawa kita kepada kejayaan?
semestinya DUIT..

D-Doa
U-Usaha
I- Istikamah
T-Tawakal

Doa dan usaha haruslah seiring....Titipkalanlah doa sebelum berusaha supaya kita tahu bahawa Allah sentiasa ada untuk kita...



Wallahualam... 


Tuesday, July 17, 2012

Makcik oh Makcik...

Bismillah...
Setiap pagi,
Pasti saya kan berjumpa dengan seorang makcik ni.
Sudah berusia.
Memandu motosikal seorang diri.
Begitu perlahan bawaannya.
Kadang-kadang ketengah jalan, kadang-kadang ke tepi jalan.
Berbahaya sungguh lagaknya memandu.
Oleh kerana terlalu perlahan, saya memotongnya.
Sangat mengejutkan diriku!
Sambil memandu memegang handfone.
Menaip massage tekaanku.
Dan begitulah hari-hari berikutnya, perkara yang sama terjadi.
Jika saya memotongnya, pasti sedang bersms.
Asal nak potong sahaja motosikalnya, pasti memegang handfone.
Makcik oh makcik...
Jangan memakai telefon bimbit ketika memandu, nanti takut ada perkara buruk berlaku....

(Ini bukanlah gambar makcik yang saya maksudkan itu, hanya sekadar gambar)

Menarik untuk dikongsikan....
Cerita ini berdasarkan gambar di atas...

Di Ghana, hanya wanita yang dibenarkan menunggang motorsikal...kerana penunggang lelaki seringkali merempit di jalan raya..



Di Ghana, motor hanya boleh digunakan kaum perempuan saja. Di negara lain, motor boleh bebas digunakan siapa saja asal sudah cukup umur dan punya lesen. Hal ini berbeza dengan yang diterapkan oleh Kementerian Pengangkutan di Ghana. Kerana di Ghana hanya wanitalah yang boleh menggunakan pengangkutan ini.

Peraturan ini diperkenalkan di kota Bawku, Ghana sejak tahun lalu. Alasan paling mudah mengapa lelaki tidak dibenarkan menunggang motorsikal adalah senang, iaitu kaum lelaki selalu menyalahi undang-undang lalulintas dan lain-lain kesalahan yang berkaitan dengan perlumbaan sesama mereka...

Apa kata peraturan di Ghana ini dilaksanakan juga di negara kita...?.. ini boleh mengurangkan kes-kes mat rempit jalanan yang selalu bermaharaja lela..sekarang ni..

Apa-apa lah....
yang penting...
Berhati-hatilah ketika memandu....


Malu dengannya...


Malu untuk bebicara adalah perkara biasa.
Malu untuk berdepan dengan manusia lain menjadi kebiasaan.
Malu untuk meluahkan sesuatu biasa-biasa sahaja.
Tetapi malu dengan anak murid?

Kadang-kadang tergelak sendirian,
Gelak apa pun masih tertanya-tanya oleh hati ini.
Malu juga terasa jika ingin menceritakan kepada oarang lain.
Yang masih berfikir, apakah niat sebenar mereka sebenarnya?

Terima kasih atas penghargaan yang diberikan.
Walaupun sebenarnya ada tiga jawapan untuk kenapa penghargaan itu dilakukan.
Pertama, mungkin mereka ikhlas meluahkannya,
Kedua, mereka sengaja ingin ambil perhatianku,
atau yang ketiga hanya untuk mempermainkanku dan mengataku.....

Terpulanglah apa sahaja niatmu wahai anak didikku.
Saya akan menjadi terbaik untuk kalian....
Tidak kupeduli apa katamu....
Yang baik dariku jadikanlah teladan oleh dirimu,
mana-mana yang buruk padaku, tegurlah dan insyaallah akan saya perbaiki...

Sesungguhnya saya berbangga menjadi sebahagian darimu.
Berasa gembira jika namaku menjadi tempat dihatimu.
Sungguh tenang hatiku jika kalian sentiasa menghormatiku dan menyayangiku...
dan sesungguhnya cintaku dan matiku hanya untuk berbakti kepada bangsaku....



I love you...


Suburkanlah cintaku...

Bismillah....
Alhamdulillah....
Sesegar nafas yang yang kusedut dan kuhembus...
Terima kasih Allah masih membenarkan untuk hambamu yang sangat kerdil melayari perjalanan hidup di muka bumi yang sementara ini.
Ucapan salam juga tidak lupa kepada Rasulullah dan para sahabat baginda.
Assalamualaikum..
Pembuka bicara....


Sederap selangkah, merentasi dataran yang kadang-kadang basah dan kering seakan-akan merekah akibat panas yang melampau.
seindah alam yang menjadi peneman manusia-manusia yang penuh dengan bebanan yang dirasa tidak cukup kaki dan tangan untuk menyiapkannya.
Demi mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga tercinta?
Mencari kekayaan lagi tepat barangkali...
Ingatkah mereka pada yang satu?
Tidak kupeduli semua itu, kerana saya juga seperti manusia lain, mencari seuatu bagi mengisi kedamaian di hati meneruskan liku-liku menjadi hamba-Nya. Menjalani kehidupan penuh ranjau yang kadang-kadang begitu lelah melalui semuanya.
Ya Allah....Bantulah hamba-Mu di setiap ingatanku masih lagi kepada-Mu dan peliharalah ingatan ini agar terus kekal kepada-Mu.
Suburkanlah cintaku terhadap-Mu...
Cintaku kepada Rasulullah...
dan cinta hatiku...

"Ya Allah, jika saatku kehilangan harapan dan tujuanku, berikanlah kepadaku keyakinan bahawa Takdir-Mu lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan"

Insyaallah....


Amin...

Wednesday, July 11, 2012

Luahan rasa seorang cikgu baru...

Bismillah..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat yang Maha Esa kerana diberi kesempatan untuk bernafas di bumi yang sementara ini, maka Akhiratla yang kekal abadi...
Hari-hari dilalui dengan pelbagai ujian dan dugaan. Itu semestinya, tanda Allah sayang kepada kita, tetapi bagaimana dengan kita? Adakah masih lalai mengejar duniawi sehingga lupa untuk bersujud kepada-Nya? Pesanan ini untuk hamba-Nya, dan nasihat ini untuk saya juga...
Begitu indah menjadi seorang pendidik. Adaka betul sangkaan kita? Pekerjaan yang paling mulia....
Begitu mencabar menjadi seorang guru.
Begitu payah untuk menyimbah ilmu ke hati murid.
Begitu lelah jantung ini untuk berdenyut memberi ruang kepada anak-anak supaya merasai betapa inginnya dihormati.
Begitu berat langkah untuk berjalan jika ada anak bangsa yang tidak menghirau kehadiran kita.
Begitu sakit, hati ini bila ada bangsa sendiri yang tidak mengerti.
Begitu dan terus begitu...
Luahan rasa, cerita tentang hati..
Melayangkan sedikit keluhan agar hati luntur sedikit dari rasa benci, apatah lagi tidak ikhlas dalam memperjuangkan nasib anak bangsa sendiri.
Menghembuskan sedikit ketidakpuasan yang memasuki hati tanpa kebenaran, demi satu janji yang pernah terungkap dahulu, mendidik generasi sendiri, anak-anak FELDA...
Sesungguhnya, cikgu sayang kamu dan maafkan atas kekhilafan yang datang atas rasa nafsu syaitan yang beraja di hati...



Ingat ya...
jadilah orang yang...

"berakal, berilmu dan logik dalam berkata-kata"
-11 Julai 2012-