Thursday, May 31, 2012

Demi Bergelar Seorang Guru (Bahagian 2)



Bismillah.....

Assalamualaikum....

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Pemilik, Pencipta dan Penentu atas segala sesuatu ya Rabbulalamin. Tidak lupa selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda....


KU SAMBUNG CERITAKU...

DEMI BERGELAR SEORANG GURU.....


Tanggal 16 Mei 2012...


Aku dikejutkan dengan deruman enjin motosikal di atas jalan raya,aku meluru keluar dan memerhati, motosikal siapakah itu. Hatiku berbunga riang, rupanya abang posmen yang mengisi beberapa keping surat ke dalam peti surat rumahku, aku menunggu sehingga abang posmen terus memecut motosikalnya pergi ke rumah sebelah dan rumah-rumah lain. Apabila sudah tidak kedengaran lagi bunyi motosikal abang posmen itu, aku terkocoh-kocoh berlari anak meniti bukit rumahku lalu aku buka peti surat rumahku. Alhamdulillah, tersenyum sendirian, surat yang kunantikan selama ini telah sampai di tanganku, di hari bertuah HARI GURU 16 MEI 2012....


Inilah hadiah paling bermakna dalam hidupku sepanjang aku meniti perjalanan sebagai seorang anak kepada mak dan abah, seorang kakak dalam keluarga, seorang pelajar dan seorang kekasih.Eeheehehhehh....


Suratnya berbunyi Taklimat dan Orientasi pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 di PPD Temerloh pada 23 Mei 2012 jam 8.00 pagi. Alhamdulillah..tidak lama lagi aku akan posting! Terus berita ini ku khabarkan kepada mak dan abah. Mereka juga sangat gembira mendengarnya dan tidak sabar-sabar ingin tahu di manalah aku akan posting nanti.

Hari ini 23 Mei 2012 (Rabu)

Pagi-pagi aku bersiap, berhias diri lagak seperti seorang guru. Berbaju merah jambu, bertudung warna merah jambu. Sungguh simple...6.30 pagi bertolak dari rumah menuju ke Temerloh untuk taklimat dan orientasi..Hati berdebar-debar, di manalah aku akan dipostingkan nanti...Mak sentiasa mendoakan aku agar dapat dekat-dekat dengan rumah sahaja..senang katanya...hurm... 

Sampai sahaja di PPD Temerloh, kulihat ramai teman-teman lama yang sudah lama tidak kutemui, kami bersalam dan bertanya khabar masing-masing. Ada teman yang sudah tukar penampilan. Ialah kalau dahulu kurus sekeping sekarang membesar sepeti belon, kalau dulu kurus sekeping, hari ini kurus macam lidi...macam-macam...dan kalau dahulu dipanggil cik, sekarang dah boleh panggil puan, kalau dahulu bardua, hari ini bertiga, membawa suami dan anak yang sedang beradu lena di perut ibunya....ehehhhe.....
Semua teman-temanku ini bakal dipostingkan seperti aku, di PAHANG DARUL MAKMUR...
Beberapa taklimat diberikan. Banyak ilmu yang aku dan teman-teman peroleh bagaimana persiapan dan realitinya menjadi seorang guru dan saat-saat yang dinantikan sudah pun tiba, seorang demi seorang bakal guru akan dipanggil ke pentas untuk menerima surat penempatan......

RAZALINA BINTI GHAZALI........

Hati berdebar-debar sehinggakan lemah kaki ini untuk melangkah menuju ke pentas, meniti anak tangga...dalam hatiku, debaran ini lebih kencang daripada debaran naik pentas konvokesyen haritu..pelik sungguh....


"Adakah aku akan diposting jauh? atau aku akan diposing di SMKJ21? sepeti yang didoakan oleh emakku? atau sekolah yang dekat-dekat dengan rumahku?" 


Apabila sampai sahaja dikerusi tempai duduk ku, kawan-kawan sibuk bertanya aku dapat posting di mana, begitu juga aku menanyakan kawanku. Mereka dapat dekat dengan rumah merekan alhamdulillah..


Aku?
jeng jeng jeng.........
Dengan gopoh aku membuka sampul surat, sampul surat yang tidak sepatutnya dikoyakkan, aku koyakkan..ya la berdebar sangat...dan....saya kan ditempatkan di SMK JENGKA 12.........


Tidak jauh dari rumah, lebih kurang 10 minit, jika merempit mengambil masa 5 minit.....Tidak perlu gusar untuk mencari rumah sewa atau asrama sekolah, hanya tinggal di Villa atas bukit milik En Gahzali dan Puan Razemah...tak payah  fikir nak makan di luar....tidak perlu kenderaan yang baru apatah lagi mewah, hanya motor kapcai atau Proton Iswara yang aku ada, tak perlu nak servis kereta, pakai dulu yang mana ada. Ya lah....
DEKAT la katakan...


Alhamdulillah..syukur kepada-mu Ya Allah..Doaku dan doa emaku Kau perkenan..tiada yang lain berhak di sembah..hanya diri-Mu ya Allah......impianku hendak menndidik anak-anak FELDA dan posting dekat-dekat dengan keluarga tercapai akhirnya, dan hasrat emak yang inginkan aku dipostingkan dekat dengannya tertunai..Terima kasih Allah kau kabulkan doaku...Sesungguhnya aku sangat bertuah.....


Tanggal 24 Mei 2012 aku akan melapor diri di SMK JENGKA 12......


No comments:

Post a Comment