Thursday, May 31, 2012

Demi Bergelar Seorang Guru (Bahagian Akhir)

24 Mei 2012 (Khamis).....

Hari Pertama melapor diri di SMKJ12....

Seawal jam 6.00 pagi aku telah bangun untuk bersiap-siap ke sekolah baru yang mana di situlah aku akan melapor diri sebagai seorang guru...Segala dokumen yang diperlukan telah kusediakan bagi memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah nanti dan menyenangkan kerja-kerja kerani.


Kira-kira jam 7.20 pagi aku telah sampai di sekolah. Kelihatan pelajar-pelajar sedang meluru beratur mengikut kelas untuk perhimpunan pagi, mereka memandangku dengan kehairanan, mungkin aku ini cikgu bari di sekolah ini..... 


Aku naik ke pejabat dan bertegur sapa dengan kerani sekolah dan guru-guru yang hadir ke pejabat untuk menandatangani kedatangan...Semuanya bertanya kepadaku, mereka ingatkan aku ini adalah kaunselor baru sekolah. Hal ini kerana sekolah yang baru aku lapor diri ini tidak mempunyai kaunselor. Dan ada juga kerani ingat yang aku ini guru praktikum, kerana sebelum ini ada pelajar universiti bertanyakan penempatan untuk praktikum di situ. Tetapi semua itu terjawab bila aku menceritakan siapa diriku dan menunjukkan surat penempatan kepada kerani terutamnya.....


Aku sangat gembira..tekaan pertamaku kerani-kerani di sekolah ini baik..Memang mereka baik pun, terus menguruskan aku, sebelum datangnya pengetua, melihat surat penempatanku dan dokumen-dokumen yang lain. Dan tidak sangka-sangka aku bertemu dengan seniorku dari SMJ2 yang beza hanya setahun umur iaitu cikgu Harlee, merangkap kekasih kepada kak kiera yang aku kenali di UPSI dahulu. Dia tidak berapa kenal akan aku, tetapi aku kenal dia. Dia merupakan top student sekolah.....eheehehh. Aku jumpa dengan guru lamaku cikgu Faridah yang mengajar di situ, juga cikgu Ramlan cikgu di Sek Ren Jengka 22 dahulu dan kawan abah pun ada yang mengajar di situ..ustaz..........


Alhamdulillah...

Hari itu pengetua tidak ada, aku hanya berjumpa dengan GPK HEM dan GPK Pentadbiran sahaja. Aku diberi taklimat ringkas sebelum masuk ke bilik guru bertemu dengan guru-guru lain. Cikgu Awin atau hanya dipanggil Kak Awin lah yang memperkenalkan aku dengan cikgu-cikgu lain di bilik guru. Baik sungguh Kak Awin, dan penerimaan guru pun ok. Bila tahu aku adalah guru baru terus mereka bersalam dengan aku. Kak Awin terus menunjukkan tempat dudukku. Alhamdulillah...


Tiada apa yang boleh aku lakukan pada hari itu, jadual mengajar tidak ada hanya duduk di meja, sambil bernorak-borak dengan cikgu. Cikgu menanyakan macam-macam perkara dan aku juga menolong cikgu-cikgu memasukkan data peperiksaan pelajar dalam sistem dan terima kasih kepada cikgu Faridah bekas guruku di SMKJ21 dulu, walaupun dia tidak pernah mengajarku, dia tetap memanggilku dengan panggilan anak murid, dan bagi tahu semua guru yang aku ni anak murid di sekolah lama. Cikgu aku ni belanja makan, dua kali makan  pulak tu, sarapan dan makan tengahari.


Terima kasih cikgu.....

Hari pertama di SMKJ12.........
Aku telah jatuh cinta.......
ehehehheheh.....


25 Mei 2012 (Jumaat)

Jumaat yang indah...
Hari terakhir persekolahan bagi penggal yang pertama sebelum bercuti.....
Aku juga akan bercuti? hurm......
Hari ini aku berkesempatan untuk bertemu, bersua muka dengan pengetua, Banyak perkara dan nasihat-nasihat yang diberikan oleh pengetua. Kematu juga punggung ni..eheheheh..segala nasihat yang berguna akan ku cuba praktikkan....
Antara yang memberi kesan, jadilah guru yang betul-betul guru, ikhlas mengajar murid dan jangan sambil lewa mengajar murid..
Ajarlah mereka sehingga faham, dan satu lagi, mana guru yang contohnya baik ikutilah guru itu, mana yang tidak memberi contoh yang baik, cuba untuk menjadi yang lebih baik, dan aku sentiasa akan ingat kata-kata cikgu Rusly, kebetulan pengetua bertanya samada aku kenal atau tidak dengan cikgu Rusly. 


"JADILAH GURU YANG HEBAT, BUKAN GURU YANG HABAT"

Aku mula masuk kelas untuk menjaga peperiksan. 
Kelas 2DE (Darul Ehsan) Kelas paling akhir....
Sungguh bising, asyik bertanya itu dan ini, sehingga peperiksaan sudah bermula masih ada yang bercakap dan bertanya kepada aku. 


"cikgu baru ya? 
"cikgu tinggal di mana?
"cikgu nak pergi tandas" 
"kenapa mula periksa awal cikgu? 
"Cikgu ganti ke?" 


Dan macam-macam lagi....


Penat nak menjawan semua persolan murid-murid baru ni.....
Pelajar-pelajar perempuan begitu tekun menjawab periksa..
Tetapai yang lelaki ada yang dapat kertas, terus tidur, berborak lagi...
Akhirnya, terpacul di mulut aku ayat ini :

"Kamu semua boleh diam tak, kamu jangan ingat saya bari dua hari ini saya tak boleh buat apa-apa, saya tarik telinga kamu baru tau! Tolong hormat kawan-kawan kamu yang lain yang hendak jawab periksa!" 
(Lebih kurang macam ni la aku cakap) 


Dan ada yang menjawab.....

"Telinga kiteorang dah panjang cikgu selalu kena tarik." Sambil gelak-gelak.

Aku membalas..." Biar saya tarik biar lagi panjang"....

Walaupun macam tu ada lagi yang berborak, akhirnya jalan penyelesaian yang terakhir yang aku lakukan, aku ambil kertas 2 orang pelajar yang sibuk berborak dan tak jawab pun..... Yang berasa agak geram tu, sambil-sambil berborak boleh lagi menjeling aku di depan...


Ya Allah...
Ampunilah aku, apa yang aku nak buat ni untuk kebaikan anak-anak muridku, dan Kau ampunilah mereka atas kesalahan yang tidak hormat aku sebagai seorang cikgu....


 Terkejut kedua-dua orang pelajar tu, tak senang duduk..
Saya terus beri pengumuman kepada pelajar yang lain...

"Kalau kamu bising, bercakap lagi, menggangu kawan yang lain nak jawab periksa, saya akan ambil kertas kamu macam saya ambil kertas kawan kamu ni tau?" 
(Lebih kurang la cakapanya seperti ni eheheheheheeheh..)

Apa yang terjadi???

Pelajar terus diam tak cakap apa-apa....terus tekun menjawab, mana yang tidur, terus tidur di buai mimpi.....

Aku tidak la sampai tak ada hati perut, lebih kurang 2,3 minit lepas tu kupanggil 2 orang budak yang suka berborak tu, seorang kutempatkan di sebelahku untuk jawab periksa yang seorang lagi di meja kosong bahagian belakang kelas......


Cikgu yang lain pelik kenapa aku asingkan 2 orang budak ni..
Semua ni strategi...
aahahahahaha...

Habis sahaja peperiksaan, saya pun cuba-cuba lah bertanya pada kelas, alhamdulillah mereka memberi respon yang baik..
Aku ni tak la garang sangat.....
Siap boleh buat lawak lagi..eheheehehe.....

Itulah sedikit sebanyak pengalaman aku selama 2 hari di SMKJ12..
Insyaallah aku akan berbakti seikhlas mungkin menjadi seorang guru yang merupakan arkitek kepada bangsaku sendiri..insyaallah.....aku ku usahakan menjadi seorang guru yang baik dan guru yang disenangi semua murid.....

Ini semua, demi bergelar seorang guru.....


Cikgu Razalina
SMK Jengka 12


TERIMA KASIH YA ALLAH...




tamat....

No comments:

Post a Comment