Sunday, October 21, 2012

Ustazah...



"Cikgu, teacher, ustazah, ustaz, tuan hj, hajah, sir, miss, cik, puan, en..."

Apa lagi ya panggilan untuk seorang guru? 


Kelakar pun ada dengan pelajar Tingkatan 1 ni...

Mula-mula panggil cikgu,se lepas tu nak panggil teacher...

Sekarang ni nak panggil ustazah...



"kenapa cikgu, kenapa saya tak boleh panggil cikgu, ustazah?" 

Bila ditanya semula,
" Kenapa kamu nak panggil saya dengan gelaran ustazah? saya lagi suka kalau panggil saya dengan panggilan
cikgu atau teacher." 


Nak tahu pelajar tu jawab apa?



"Ustazah tu untuk yang menutup aurat"



Dengan panjang lebar saya menerangkan penggunaan panggilan cikgu, teacher dan ustazah....



" saya nak panggil ustazah la.."

"saya nak panggil teacher"


Hanya senyum....

-cikguRazalina-

No comments:

Post a Comment