Sunday, December 11, 2011

Aku ingin jadi.....


Aku ingin menjadi SITI KHADIJAH
Yang agung kerana seekor unta
Bijak memperjuangkan hartanya
ke jalan fisabilillah...

Atau pun sebagai SITI AISYAH
Yang abadi dalam setia
Tanpa adanya rasa payah
Mahupun seperti putih solehah...

Atau pun seperti FATIMAH
Akur tanpa lelah
Akan setiap perintahh...
Dan bukannya aku ingin
menjadi penggoda fitrah
Dari sejarah SITI ZULAIKA

Sewaktu menjadi marah
Aku ingin mengutip serpihan sabar
Yang menyerlah dari sebuah catatan
Hidup SITI SARAH

Tetap ingin aku membeku tabah
Bagai SITI HAJAR mengendong
puteranya yang merah
Di tengah terik padang pasir merekah...

Relalah aku menjadi perempuan solehah
Yang mati dalam keunggulan iman
Bagai harumnya pusara MASHITAH...



Renungan di hari Ahad...renung-renungkan dan selamat beramal...

 
~Masa dilahirkan dan ketika mati kita perlu dan berkehendakkan agama TETAPI kenapa ketika kita hidup kita menjauhkan diri dari agama??~~

♥ Jika SENDIRI jangan merasa sepi. Ada Allah yang MENGAWASI
♥ Jika SEDIH jangan pendam dalam hati. Ada Allah tempat BERBAGI

♥ Jika MARAH, jaga fikiran & hati. Ada Allah tempat MENENANGKAN DIRI
♥ Jika SUSAH jangan merasa pilu. Ada Allah tempat MENGADU

♥ Jika GAGAL jangan berputus asa. Ada Allah tempat MEMINTA
♥ Jika BAHAGIA jangan menjadi lupa. Ada Allah tempat MEMUJA

★❤★ INGAT ADA ALLAH DI SETIAP WAKTU KITA ★❤★

KERTAS KERJA REUNION PELAJAR KELAS 5 GIGIH (2004)

Kertas kerja ini sengaja dibuat...Kami bekas pelajar 5 Gigih teringin nak buat reunion buat kali pertamanya, namun banyak masalah yang timbul, ada yang tidak setuju dengan tariknya, ada yang tidak berkenan dengan tempat yang dicadangkan, dan macam-macam lagi termasuklah yang tidak memberi respon. Walau bagaimanapun, pengarah program iaitu saya sendiri masih menunggu jawapan dari kawan-kawan.Diharapkan reunion untuk kali pertama ini akan dilangsungkan juga sebelum menjengah tahu 2012. Kalau tidak dapat mengumpul kesemua kawan-kawan, separuh sudah memadai. Di sini saya sertakan contoh kertas kerjanya. 
APABILA TERLALU LAMA DUDUK DI RUMAH,, TIDAK BERKERJA, KADANG-KADANG TERASA BOSAN. JIKA TIDAK MENOLONG ABAH BERNIAGA, DAN SESUDAH SIAP SEGALA RUTIN HARIAN SEBAGAI SURI RUMAH MENGGANTIKAN EMAK, JARI JEMARI INI SENTIASA MENARI-NARI DI PAPAN KEKUNCI LAPTOP. SELAIN DARI ITU, MEMBACA DAN MENONTON MENJADI RUTIN HARIANKU...UNTUK PENGETAHUAN PEMBACA JUGA, SAYA RAZALINA GHAZALI @ CIKGU RAZALINA @ UNGGUKARMILA, SEDANG MENYIAPKAN SEBUAH NOVEL PENDEK......
inilah rakan-rakanku ketika di SMKJ21......


”KENANGAN MENJENGAH KEMBALI”
...YANG JAUH DIDEKATKAN, YANG DEKAT DIERATKAN...

TARIKH : 24 DISEMBER 2011
TEMPAT : AIR TERJUN LUBUK YU / AIR TERJUN LUBUK JET DAN SEKITARNYA
ANJURAN : BEKAS PELAJAR 5 GIGIH (2004)







ORGANISASI MAJLIS REUNION 5 GIGIH 2004


Pengarah Program : Cik Razalina Binti Ghazali
Timbalan pengarah : Cik Nurul Azida Binti Mohd Taha
Bendahari : Cik Ruziah Binti Ruzki
Pengurus acara : Cik Siti Umrah Binti Abd. Hamid
Pengacara Majlis : En. Mohd Fauzi Bin Ali
AJK Persiapan Tempat dan 3K : En. Ridzuan
Cik Umi Kheltum Binti Nawi
AJK Jamuan : En. Zaidin Bin Om
En. Zulkifli Bin Halim
En. Mohd Faizal
Cik Nur Ain Binti Mustapha
AJK Cenderahati dan Jemputan : Cik Namisah Binti Saidi
En. Fauzi Bin Ali
AJK Media : Pn. Siti Hajar
AJK Aktiviti : Cik Nurul Azida Binti Mohd Taha

TUJUAN
Proposal ini dikemukan adalah untuk melaksanakan sebuah program reunion bersama rakan sekelas 5 Gigih (2004) bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara rakan dan beramah mesra setelah sekian lama tidak berjumpa dan berkumpul.

OBJEKTIF
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara rakan kelas.
Berjumpa dan beramah mesra antara rakan kelas yang telah lama berpisah
Mengingati kembali kenangan di SMKJ21



TEMA
”Kenangan lama menjengah kembali”,
...yang jauh didekatkan yang dekat dieratkan...


TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 24 Disember 2011
Hari : Sabtu
Tempat : Air Terjun Lubuk U / Air Terjun Lubuk Jet dan sekitarnya


SENARAI TETAMU KEHORMAT DAN PERASMI PROGRAM

Tetamu yang dijemput hadir terdiri daripada :
Guru-guru Kelas 5 Gigih (2004)*
Bekas Pelajar 5 Gigih (2004)
En. Fauzi Bin Ali
En. Mohd Faizal
En. Ridzuan
En Mohd Nazri Bin Yaacob
En. Mohd Kamil
En. Mohd Fazrul Nizam Bin Harun
En. Zulkifli Bin Halim
En. Zaidin Bin Om
Cik Razalina Binti Ghazali
10. Cik Ruziah Binti Ruzki
11. Cik Siti Umrah Binti Abd. Hamid
12. Cik Nurul Azida Binti Mohd Taha
13. Cik Umi Kheltum Binti Nawi
14. Pn. Siti Hajar
15. Cik Nur Ain Binti Mustapha
16. Pn. Inum Binti Syukur
17. Pn. Nurhidayah Binti Abu Bakar
18. Pn. Mariatul Khadijah Binti Mat Ninggal
19. Pn. Fettynita Binti Jamaludin
20. Cik Siti Nur Asyikin
21. Cik Mariam
22. Pn. Siti Halimah
23. Cik Yana
 24. Cik Namisah Saidi
25. Allahyarhamah Nani

Perasmi yang akan dijemput ialah :
Guru Kelas 5 Gigih (2004)*
(En. Mohammad Bin Harun)

MENU MAKANAN
- Ayam bakar, sosej dan bebola
- Nasi panas (nasi tomato/nasi hujan panas/nasi ayam)
- Mee/bihun goreng
- Arca mentah
- Pencuci mulut (tembikai)
- Air
- Kuih @ lain (sesiapa yang ingin bawa)


CADANGAN AKTIVITI SAMPINGAN (GAME)

Tajuk : Kuiz Kenangan Abadi (Gigihnya aku mengingati kembali)
Barang yang diperlukan : Kad berisi soalan kuiz

Cara permainan :
5 soalan akan diberikan kepada pemain secara individu dan soalannya adalah berkaitan dengan kenangan sepanjang di SMKJ21 iaitu dari tahun 2003-2004 (ting. 4 dan ting. 5 Gigih)
5 soalan pula berkaitan dengan individu rakan kelas seperti tarikh lahir rakan, makanan kegemaran, hobi dan sebagainya
5 soalan lagi berkaitan guru-guru di SMKJ21 sepanjang 5 tahun pembelajaran di sekolah ini.
Kepada mereka yang paling banyak menjawab soalan dengan betul dikira sebagai juara.

BARANG DAN KEPERLUAN
Alatan membakar
Khemah dan meja
Tikar (jika perlu)
Surat Khabar
Plastik sampah

TENTATIF PROGRAM

9.00 am : Persiapan dan bertolak
10.30 am : Dijangka tiba ke destinasi
10.30 am- 12.00 pm : Persiapan tempat
Persiapan makanan
Membakar ayam
12.00 pm-2.00 pm : Tetamu hadir
Makan
Aktiviti sampingan (game)
2.00 pm-3.00 pm : Aktiviti bebas
3.00 pm : Berkemas dan bertolak untuk pulang

Kenderaan : SENDIRI


ANGGARAN KEWANGAN


Anggaran pendapatan

Sumbangan peserta : 15 orang X RM20.00 = RM300.00
JUMLAH : RM300.00

Anggaran Perbelanjaan

Jamuan makan
- Ayam : RM50.00
- Sosej : RM2.00 X 4 = RM8.00
- Bebola : RM6.70 X 1 = RM 6.70
JUMLAH : RM 64.70

Nasi
– RM3.50 X 3 kg = RM10.50
– Tambahan lain-lain = RM10.00
JUMLAH : RM 20.50

Arca mentah
- Timun, lada besar, bawang, nenas = RM10.00
JUMLAH : RM10.00

Bihun / mee goreng JUMLAH : RM20.00


Tembikai JUMLAH : RM20.00

Keperluan Lain
- Arang RM5.00X 2 = RM10.00
- Cawan dan pinggan kertas, sudu = RM 10.00
JUMLAH : RM20.00

Cenderahati RM94.80

Kontigensi RM50.00

JUMLAH KESELURUHAN : RM 300.00




PENUTUP


Diharapkan program yang dijalankan ini dapat mencapai objektifnya dan hubungan antara rakan kelas 5 Gigih dahulu dapat dieratkan dan sentiasa mekar agar tidak luput segala kenangan yang ditinggalkan suatu ketika dahulu.


Saturday, December 10, 2011

KENAPA YA...

~♥ Kenapa Allah merahsiakan saat kematian kita? Ini semua adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sekuat mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, *akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, *bersungguh-sungguh dan *ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. ♥~
 
*Kenapa Allah Tidak Perkenankan Doa Kita Sekarang?

~> kerana Allah sayangkan hamba-Nya itu. Allah sengaja berbuat demikian bagi mengujinya sehingga seorang hamba itu bersedia untuk menerima nikmat-nikmat-Nya.

~> sebab kadang-kadang Allah memperlambat dalam memperkenankan doa mereka kerana Allah sangat sayang dan cinta mendengar suara doa yang selalu diucapkan oleh hamba-Nya itu kepada-Nya..

Monday, December 5, 2011

KHUTBAT TERAKHIR JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W...

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa Juga pun”.

Wednesday, November 23, 2011

Redha dan terimalah ketentuannya....

~✿ Jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu untuk KITA..
WALAU seluruh ISI ALAM ini MENGHALANG kita dari mendapatkannya,
Kita TETAP AKAN mendapatkannya dengan apa cara sekalipun...

TETAPI jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN untuk KITA,
WALAU seluruh ISI ALAM ini MEMBANTU KITA untuk mendapatkannya,
Kita TETAP TAKKAN mendapatkannya.... ~✿

Anugerah skrin dunia vs akhirat

~✿> Anugerah skrin di dunia...Contohnya anugerah :

*pelakon lelaki terbaik
*pelakon wanita terbaik
*pelakon pembantu lelaki terbaik
*pelakon pembantu wanita terbaik...

✿>Dan sebagainya...

Tidakkah kita terfikir anugerah skrin dipadang mahsyar nanti??

*hamba ALLAH lelaki paling beriman dan bertaqwa
*hamba ALLAH perempuan paling beriman dan bertaqwa
*hamba ALLAH lelaki yang banyak berzikir
*hamba ALLAH perempuan yang banyak berzikir
*hamba ALLAH lelaki yang suka solat awal waktu
*hamba ALLAH perempuan yang suka solat awal...

~✿> Renungi diri kita...(saya nasihat untuk diri saya juga) ♥ ^_^ Adakah kita layak menerima anugerah dipadang mahsyar itu...