Sunday, December 11, 2011

KERTAS KERJA REUNION PELAJAR KELAS 5 GIGIH (2004)

Kertas kerja ini sengaja dibuat...Kami bekas pelajar 5 Gigih teringin nak buat reunion buat kali pertamanya, namun banyak masalah yang timbul, ada yang tidak setuju dengan tariknya, ada yang tidak berkenan dengan tempat yang dicadangkan, dan macam-macam lagi termasuklah yang tidak memberi respon. Walau bagaimanapun, pengarah program iaitu saya sendiri masih menunggu jawapan dari kawan-kawan.Diharapkan reunion untuk kali pertama ini akan dilangsungkan juga sebelum menjengah tahu 2012. Kalau tidak dapat mengumpul kesemua kawan-kawan, separuh sudah memadai. Di sini saya sertakan contoh kertas kerjanya. 
APABILA TERLALU LAMA DUDUK DI RUMAH,, TIDAK BERKERJA, KADANG-KADANG TERASA BOSAN. JIKA TIDAK MENOLONG ABAH BERNIAGA, DAN SESUDAH SIAP SEGALA RUTIN HARIAN SEBAGAI SURI RUMAH MENGGANTIKAN EMAK, JARI JEMARI INI SENTIASA MENARI-NARI DI PAPAN KEKUNCI LAPTOP. SELAIN DARI ITU, MEMBACA DAN MENONTON MENJADI RUTIN HARIANKU...UNTUK PENGETAHUAN PEMBACA JUGA, SAYA RAZALINA GHAZALI @ CIKGU RAZALINA @ UNGGUKARMILA, SEDANG MENYIAPKAN SEBUAH NOVEL PENDEK......
inilah rakan-rakanku ketika di SMKJ21......


”KENANGAN MENJENGAH KEMBALI”
...YANG JAUH DIDEKATKAN, YANG DEKAT DIERATKAN...

TARIKH : 24 DISEMBER 2011
TEMPAT : AIR TERJUN LUBUK YU / AIR TERJUN LUBUK JET DAN SEKITARNYA
ANJURAN : BEKAS PELAJAR 5 GIGIH (2004)







ORGANISASI MAJLIS REUNION 5 GIGIH 2004


Pengarah Program : Cik Razalina Binti Ghazali
Timbalan pengarah : Cik Nurul Azida Binti Mohd Taha
Bendahari : Cik Ruziah Binti Ruzki
Pengurus acara : Cik Siti Umrah Binti Abd. Hamid
Pengacara Majlis : En. Mohd Fauzi Bin Ali
AJK Persiapan Tempat dan 3K : En. Ridzuan
Cik Umi Kheltum Binti Nawi
AJK Jamuan : En. Zaidin Bin Om
En. Zulkifli Bin Halim
En. Mohd Faizal
Cik Nur Ain Binti Mustapha
AJK Cenderahati dan Jemputan : Cik Namisah Binti Saidi
En. Fauzi Bin Ali
AJK Media : Pn. Siti Hajar
AJK Aktiviti : Cik Nurul Azida Binti Mohd Taha

TUJUAN
Proposal ini dikemukan adalah untuk melaksanakan sebuah program reunion bersama rakan sekelas 5 Gigih (2004) bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara rakan dan beramah mesra setelah sekian lama tidak berjumpa dan berkumpul.

OBJEKTIF
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara rakan kelas.
Berjumpa dan beramah mesra antara rakan kelas yang telah lama berpisah
Mengingati kembali kenangan di SMKJ21



TEMA
”Kenangan lama menjengah kembali”,
...yang jauh didekatkan yang dekat dieratkan...


TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 24 Disember 2011
Hari : Sabtu
Tempat : Air Terjun Lubuk U / Air Terjun Lubuk Jet dan sekitarnya


SENARAI TETAMU KEHORMAT DAN PERASMI PROGRAM

Tetamu yang dijemput hadir terdiri daripada :
Guru-guru Kelas 5 Gigih (2004)*
Bekas Pelajar 5 Gigih (2004)
En. Fauzi Bin Ali
En. Mohd Faizal
En. Ridzuan
En Mohd Nazri Bin Yaacob
En. Mohd Kamil
En. Mohd Fazrul Nizam Bin Harun
En. Zulkifli Bin Halim
En. Zaidin Bin Om
Cik Razalina Binti Ghazali
10. Cik Ruziah Binti Ruzki
11. Cik Siti Umrah Binti Abd. Hamid
12. Cik Nurul Azida Binti Mohd Taha
13. Cik Umi Kheltum Binti Nawi
14. Pn. Siti Hajar
15. Cik Nur Ain Binti Mustapha
16. Pn. Inum Binti Syukur
17. Pn. Nurhidayah Binti Abu Bakar
18. Pn. Mariatul Khadijah Binti Mat Ninggal
19. Pn. Fettynita Binti Jamaludin
20. Cik Siti Nur Asyikin
21. Cik Mariam
22. Pn. Siti Halimah
23. Cik Yana
 24. Cik Namisah Saidi
25. Allahyarhamah Nani

Perasmi yang akan dijemput ialah :
Guru Kelas 5 Gigih (2004)*
(En. Mohammad Bin Harun)

MENU MAKANAN
- Ayam bakar, sosej dan bebola
- Nasi panas (nasi tomato/nasi hujan panas/nasi ayam)
- Mee/bihun goreng
- Arca mentah
- Pencuci mulut (tembikai)
- Air
- Kuih @ lain (sesiapa yang ingin bawa)


CADANGAN AKTIVITI SAMPINGAN (GAME)

Tajuk : Kuiz Kenangan Abadi (Gigihnya aku mengingati kembali)
Barang yang diperlukan : Kad berisi soalan kuiz

Cara permainan :
5 soalan akan diberikan kepada pemain secara individu dan soalannya adalah berkaitan dengan kenangan sepanjang di SMKJ21 iaitu dari tahun 2003-2004 (ting. 4 dan ting. 5 Gigih)
5 soalan pula berkaitan dengan individu rakan kelas seperti tarikh lahir rakan, makanan kegemaran, hobi dan sebagainya
5 soalan lagi berkaitan guru-guru di SMKJ21 sepanjang 5 tahun pembelajaran di sekolah ini.
Kepada mereka yang paling banyak menjawab soalan dengan betul dikira sebagai juara.

BARANG DAN KEPERLUAN
Alatan membakar
Khemah dan meja
Tikar (jika perlu)
Surat Khabar
Plastik sampah

TENTATIF PROGRAM

9.00 am : Persiapan dan bertolak
10.30 am : Dijangka tiba ke destinasi
10.30 am- 12.00 pm : Persiapan tempat
Persiapan makanan
Membakar ayam
12.00 pm-2.00 pm : Tetamu hadir
Makan
Aktiviti sampingan (game)
2.00 pm-3.00 pm : Aktiviti bebas
3.00 pm : Berkemas dan bertolak untuk pulang

Kenderaan : SENDIRI


ANGGARAN KEWANGAN


Anggaran pendapatan

Sumbangan peserta : 15 orang X RM20.00 = RM300.00
JUMLAH : RM300.00

Anggaran Perbelanjaan

Jamuan makan
- Ayam : RM50.00
- Sosej : RM2.00 X 4 = RM8.00
- Bebola : RM6.70 X 1 = RM 6.70
JUMLAH : RM 64.70

Nasi
– RM3.50 X 3 kg = RM10.50
– Tambahan lain-lain = RM10.00
JUMLAH : RM 20.50

Arca mentah
- Timun, lada besar, bawang, nenas = RM10.00
JUMLAH : RM10.00

Bihun / mee goreng JUMLAH : RM20.00


Tembikai JUMLAH : RM20.00

Keperluan Lain
- Arang RM5.00X 2 = RM10.00
- Cawan dan pinggan kertas, sudu = RM 10.00
JUMLAH : RM20.00

Cenderahati RM94.80

Kontigensi RM50.00

JUMLAH KESELURUHAN : RM 300.00




PENUTUP


Diharapkan program yang dijalankan ini dapat mencapai objektifnya dan hubungan antara rakan kelas 5 Gigih dahulu dapat dieratkan dan sentiasa mekar agar tidak luput segala kenangan yang ditinggalkan suatu ketika dahulu.


No comments:

Post a Comment