Saturday, December 17, 2011

7 Sunnah Rasulullah...

Khamis yang lepas berakhirnya drama Rabitah di TV AL-HIJRAH...Drama ni agak menarik sebenarnya. Watak utama dalam drama ini adalah Syawal Agogo..(Akademi Fantasia). Tetapi selalu terlupa untuk menontonnya. Untuk episod yang terakhir drama ini saya berkesempatan menonton. Drama ini banyak membari ilmu kepada penonton khususnya. Terima kasih pengarah filem dan penulis skrip tidak lupa juga TV Al-Hijrah. Antara meseg atau ilmu paling penting yang ingin disampaikan dalam drama ini adalah berkaitan 7 sunnah Rasulullah yang harus kita amalkan...Di sini saya berkongsi apakah sebenarnya 7 Sunnah Rasulullah yang perlu dijaag dan diamalkan. Untuk dikongsi bersama....



1.  Sentiasa Kekalkan Wuduk

Wuduk adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah SAW.

Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :
“Orang yang selalu berwuduk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah.”
 .
.

2.  Istighfar Setiap Masa

Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah SWT atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah SWT tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.

Allah SWT berfirman:
 “Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)
.
.

3.  Membaca Al-Qur’an Sebelum Terbit Matahari

Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang membaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita.

Allah SWT berfirman:
 “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (Agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.”  (Al-Isra : 9)
 .
.

4.  Solat Jemaah Di Masjid

Solat yang lebih baik adalah solat berjemaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjemaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjemaah sebanyak 27 pahala.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api.”
 .
.

5.  Melakukan Solat Dhuha



Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir.

Rasullullah SAW pernah bersabda:
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
.
.

6.  Solat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya:
  1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
  2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
  3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
  4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
Allah SWT berfirman:
 “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “Solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)
 .
.
7. Sentiasa Bersedekah

Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah.
Allah SWT berfirman:

“Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurn
akan Allah kepada mereka dari kemurahanNya  menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka, bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?” (Al-Imran : 180)



“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”. (al-Ahzab: 21).



.
Wallahu A’lam bishowab

No comments:

Post a Comment