Tuesday, December 13, 2011

Hujan oh hujan.....



Hujan tidak menentu sekarang ini, ada tempat hujan ada tempat yang tidak hujan. Terbaru adalah banjir di Kuantan. Mari saya kongsikan satu cerita bagaimana sebenarnya hujan ni berlaku. Ya kita mulakan dengan perkara menarik yang harus kita ketahui kala ini berkaintan dengan.............


ENCIK ANGIN MONSUN

Siapakah gerangan En. Angin Monsun? Jom kita kenali beliau..
Beliau terbentuk antara benua Asia dengan  Austaralia dan arah tiupan En. Angin Monsun ini akan berubah perangai mengikut musim. Mengapa En. Angin Monsun ni nak berubah perangai pulak? Hal ini disebabkan keadaan tekanan udara di sekitarnya....hehehehe…

Dah kenal dengan EN. ANGIN MONSUN KAN? jom kita kenal anak-anaknya pula....tetapi beliau kahwin dengan siap ya?..eheheheh..En.Angin Monsun mempunyai 2 anak iaitu ANGIN MONSUN TIMUR LAUT dan ANGIN MONSUN BARAT DAYA. Jom kita kenal serba sedikit mengenai kedua-dua anaknya ini.


ANGIN MONSUN TIMUR LAUT
Anaknya yang ini pelik sedikit, bukan pelik sedikit, tapi pelik banyak kerana seorang yang PANAS BARAN!. Dia ni suka menghancurkan atau mengacau kawasan orang lain bermula pada awal November dan berakhir pada Mac. Hal ini kerana pada musim ini, angin kemarahannya akan bermula dari arah timur laut dengan kelajuan antara 10 dan 20 knot. Wah, Marahnya dia!. Kemarahannya ini menyebabkan negeri-negeri pantai Timur Semenanjung Malaysia terjejas. Lebih terjejas lagi dengan tiupannya boleh mencapai 30 knot! atau lebih semasa luruan kuat udara sejuk dari utara (Luruan sejuk). Berjaga-jagalah kita bila angin kemarahannya dating di tempat kita.

ANGIN MONSUN BARAT DAYA
Lain dengan anak En. Angin Monsun yang seorang ini, perangainya baik sedikit. Walaupun ada api kemarahan dijiwa anak keduanya ini tetapi tidak la sampai menghancurkan orang lain. Biasanya akan bermula pada setengah terakhir bulan Mei atau awal bulan Jun dan akan tamat pada akhir September. Angin lazim pada amnya ditiup dari arah barat daya dengan kelajuan yang lemah iatu di bawah 15 knot sahaja.

Manusia sangat suka sebenarnya kepada si ANGIN MONSUN BARAT DAYA ni. Nak tahu sebabnya? Monsun Barat Daya merupakan musim yang lembab dan panas terutama di kawasan Asia kerana merentasi banyak kawasan lautan sebelum tiba ke bahagian daratan. Semasa merentasi lautan ia akan membawa bersama teman rapatnya si JISIM UDARA LEMBAB  yang mengandungi banyak wap-wap air untuk dilepaskan sebagai hujan apabila tiba di kawasan daratan. Wah.. hujan sudah di tempat kita…


Jom kita kembali kepada NORMAL...hhehehhe...


SECARA SAINTIFIKNYA APA AKAN BERLAKU JIKA ANGIN MONSUN BERLAKU? MUSIM TENGKUJUH? JOM KITA LIHAT APA SEBENARNYA….


Monsun disebabkan oleh perbezaan suhu antara daratan dan lautan hasil pemanasan sinaran matahari. Semasa musim sejuk, daratan benua menyejuk dengan cepat menghasilkan suhu yang amat rendah di kawasan tengah Asia. Keadaan ini menyebabkan tekanan atmosfera meningkat dan membentuk sistem tekanan tinggi yang hebat (antisiklon) di Siberia. Udara sejuk bergerak keluar dari Siberia sebagai angin barat laut dan bertukar menjadi angin timur laut apabila tiba di perairan pantai China sebelum menuju Asia Tenggara.

Dari masa ke semasa, ledakan keluar udara sejuk yang kuat (luruan monsun) saling bertindak dengan sistem tekanan rendah (siklon) yang terbentuk berhampiran khatulistiwa, menghasilkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan lebat di pantai Semenanjung Malaysia dan pantai barat Sarawak.


Pada musim panas, tenaga (haba) suria yang kuat meningkatkan suhu di daratan Asia. Semasa udara panas mengembang naik, kawasan tekanan rendah separa-tetap terbentuk. Angin lengas tenggara yang berasal dari selatan Lautan India dan rantau Indonesia-Australia bertukar menjadi angin barat daya apabila melepasi khatulistiwa dan bergerak merentasi Asia Tenggara sebelum memumpun ke arah Indochina, China dan Pasifik Barat Laut.
Tempoh monsun timur laut merupakan musim hujan utama negara kita. Sistem cuaca monsun yang terbentuk bersama dengan letusan udara sejuk dari Siberia menghasilkan hujan lebat yang sering menyebabkan banjir besar di sepanjang pantai negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor timur dan barat Sarawak

Mari kita kenali pula macam mana proses kejadian hujan berlaku. Kita ni, suka tengok hujan tapi tak tahu macam mana titis-titis hujan tu terjadi kan? Masih ingat lagi ketika belajar Geografi di sekolah dulu. Kupasan mengenai hujan atau bagaimana hujan terbentuk kita banyak memdalami di Tingkatan Enam kan? Masih ingat? Kalau tak ingat mari kita dengar cerita lagi ya..tentang KITARAN HIDROLOGI…..

KITAR HIDROLOGI

Kitar hidrologi ni ialah kitaran air yang melibatkan fasa perubahan air yang berterusan dari CECAIR-GAS-PEPEJAL. Proses-proses kitaran hidrologi ni boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu PROSES MENDATAR dan PROSES MENEGAK.

PROSES MENDATAR :
-          Larian air permukaan
-          Aliran air bawah tanah
-          Alir lintang atmosfera

PROSES MENEGAK:
-          Sejatan
-          Sejatpeluhan
-          Kerpasan
-          Pintasa/cegatan silara
-          Resapan

BAGAIMANA KITARAN INI TERJADI?

Jom kita teliti dengan betul….


Air akan tersejat ke dalam atmosfera dari lautan, membentuk wap-wap air yang akan berkumpul menjadi awan. Wap-wap air (awan) ini pula akan dialirkan secara melintang oleh angin ke bahagian daratan. Wap-wap air ini apabila mencapai ke peringkat tepu akan turun sebagai kERPASAN sama ada dalam bentuk hujan, embun, salji dan sebagainya. Ini secara ringkasnya la kitaran hidrologi. Nak tahu lebih lanjut, BUKA BUKU, BACALAH..ehhheeh…

Cuba tengok hujan di luar rumah anda…Hujan turun dengan lebatnya mencurah membasahai bumi yang kekeringan…Benarlah bumi yang kegersangan tatkala di timpa hujan pasti akan segar kembali. Begitu juga dengan jiwa sanubari kita kan, apabila air mata keinsafan mengalir, mejatuhu pipi sesungguhnya akan menyejukan jiwa kita yang tandus dengan kegersangan. Dengan hujan itu jugalah Allah tumbuhkan pohon-pohon hidup subur sebagai rezeki bagi kita.SubhanAllah,maha suci Allah yang menurunkan hujan.



Allah berfirman:Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).(surah al-Baqarah-ayat 22)

Hujan merupakan satu bentuk kerpasan, seperti salji, hujan air batu, embun dan kabus. Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Bukan semua air hujan sampai ke permukaan bumi, sesetengahnya terpeluwap ketika jatuh melalui udara kering, sejenis kerpasan yang dikenali sebagai virga.

SUBHANALLAH…

Jom kita imbas kembali zaman persekolahan di TADIKA atau pun di SEK RENDAH. Masih ingat dengan lagu ni?

Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama agin apa sebab hujan,
Nanti jawab angin tanyalah awan.
Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair.
Lihat dalam air, Nampak baying-bayang
Campak satu batu bayang pun hilang.


Wah..dari kecil lagi sebenarnya kita dah belajar tentang hujan…tak sangka kan? Bila adanya angin, awan, sejuk, cair..;

JOM KITA TELITI PULA KEJADIAN HUJAN DALAM AL-QURAN

"Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira" (Al Qur'an, 30:48)

 
Kini, mari kita amati tiga tahap yang disebutkan dalam ayat ini.

TAHAP KE-1: "Dialah Allah Yang mengirimkan angin..." 
Gelembung-gelembung udara yang jumlahnya tak terhitung yang dibentuk dengan pembuihan di lautan, pecah terus-menerus dan menyebabkan partikel-partikel air tersembur menuju langit. Partikel-partikel ini, yang kaya akan garam, lalu diangkut oleh angin dan bergerak ke atas di atmosfir. Partikel-partikel ini, yang disebut aerosol, membentuk awan dengan mengumpulkan uap air di sekelilingnya, yang naik lagi dari laut, sebagai titik-titik kecil dengan mekanisme yang disebut "perangkap air". 

TAHAP KE-2: “...lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal..."
Awan-awan terbentuk dari uap air yang mengembun di sekeliling butir-butir garam atau partikel-partikel debu di udara. Karena air hujan dalam hal ini sangat kecil (dengan diamter antara 0,01 dan 0,02 mm), awan-awan itu bergantungan di udara dan terbentang di langit. Jadi, langit ditutupi dengan awan-awan.

TAHAP KE-3: "...lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya..."
Partikel-partikel air yang mengelilingi butir-butir garam dan partikel -partikel debu itu mengental dan membentuk air hujan. Jadi, air hujan ini, yang menjadi lebih berat daripada udara, bertolak dari awan dan mulai jatuh ke tanah sebagai hujan. 

Semua tahap pembentukan hujan telah diceritakan dalam ayat-ayat Al-Qur’an. Selain itu, tahap-tahap ini dijelaskan dengan urutan yang benar. Sebagaimana fenomena-fenomena alam lain di bumi, lagi-lagi Al-Qur’anlah yang menyediakan penjelasan yang paling benar mengenai fenomena ini dan juga telah mengumumkan fakta-fakta ini kepada orang-orang pada ribuan tahun sebelum ditemukan oleh ilmu pengetahuan. 

Dalam sebuah ayat, informasi tentang proses pembentukan hujan dijelaskan: 

"Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan- gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan." (Al Qur'an, 24:43)

SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH..

Jadi peringatan musim-musim hujan ni, banjir akan berlaku. Untuk adik-adik jangan main air…..



No comments:

Post a Comment