Aku ingin menjadi SITI KHADIJAH
Yang agung kerana seekor unta
Bijak memperjuangkan hartanya
ke jalan fisabilillah...
Atau pun sebagai SITI AISYAH
Yang abadi dalam setia
Tanpa adanya rasa payah
Mahupun seperti putih solehah...
Atau pun seperti FATIMAH
Akur tanpa lelah
Akan setiap perintahh...
Dan bukannya aku ingin
menjadi penggoda fitrah
Dari sejarah SITI ZULAIKA
Sewaktu menjadi marah
Aku ingin mengutip serpihan sabar
Yang menyerlah dari sebuah catatan
Hidup SITI SARAH
Tetap ingin aku membeku tabah
Bagai SITI HAJAR mengendong
puteranya yang merah
Di tengah terik padang pasir merekah...
Relalah aku menjadi perempuan solehah
Yang mati dalam keunggulan iman
Bagai harumnya pusara MASHITAH...
No comments:
Post a Comment