Monday, December 12, 2011

RABI'ATUL ADAWIYAH DAN CINTA

 Saya ingin kongsikan sebuah cerita atau salah satu kisah yang mana saya petik cerita ini dari sebuah buku lama yang menjadi koleksi peribadi saya. Buku yang dimaksudkan adalah bertajuk RABI'ATUL ADAWIYAH & CINTA (Abdul Mun'im Qindil) terbitan Pustaka Syuhada. Jika tidak salah ingatan saya, buku ini dibeli pada tahun 2004 ketika saya di tingkatan 5.



KISAH DI SATU MALAM DI RUMAH USANG RABIAH
Rabiah adalah seorang wanita yang paling warak dan zuhud, wanita yang mendapat taraf wali Allah. Tidak berlebihan bahawa Rabiah adalah wanita yang paling cinta dan taat kepada Allah dan Rasulnya yang pernah hidup selepas contoh teladan dan ikutan Ummahatul Mukminin.

Selama lebih kurang 80 tahun kehidupan Rabiah sentiasa penuh dengan zikir kepada Allah, anggota tubuhnya kurus kering kerana, malamnya penuh dengan puasa dan majlis ilmu dan hikmat. Makanannya cukup dengan sepotong roti kering, sekadar pengalas perut. Kadangkala jika Rabiah berbuka puasa, cukup dengan sebiji kurma. Namun demikian walaupun Rabiah terlalu miskin dengan harta dunia, masih ada orang yang menyangka Rabiah menyimpan harta di rumah yang sudah reput itu.

Suatu malam yang sunyi sepi di kala kening dan dahi Rabiah sedang sujud di hadapan Allah, sambil air mata bercucuran membasahi tikar sembahyangnya, terasa olehnya ada seseorang menceroboh masuk ke rumahnya. Kemudian Rabiah segera selesai dari solatnya, dan diperhatikannya gerak geri seorang lelaki. Lelaki itu berpusing-pising di dalam rumah kecil itu dan dia tidak nampak barang-barang yang boleh diambilnya. Kemudian lelaki itu yang dirasakan pencuri pun bergegas hendak keluar dan ketika itu Rabiah berkata "Jangan pergi sebelum mengambil sesuatu". Lalu pemuda itu menjawab, "Apa yang harus saya ambil, satu benda pun tak ada dalam rumah ini". Lalu Rabiah berkata, "Ada! ambillah kendi yang berisi air itu dan pergi ke bilik air untuk mengambil wudhuk, dan solatlah 2 rakaat". Mendengar itu, Pemuda tadi terus mengambil kendi berisi air lalu berwudhuk dan solat sunat di rumah itu, kemudian Rabiah pun solat dan di dalam solatnya Rabiah berdoa agar pemuda itu mendapat hidayah dan petunjuk. Tidak terasa oleh pemuda itu hari pun sudah masuk waktu subuh, dan beliau pun solat subuh dan bermulalah taubat dalam diri pemuda itu.

SUBAHANALLAH.....
Diharap cerita cinta Rabi'atul Adawiyah ini memberi rangsangan bagi meninggikan lagi IMAN dan membuka hati yang tertutup, segeralah bertaubat dan linangan air mata yang megalir adalah linangan yang cintakan ALLAH...

wallahualam...........

No comments:

Post a Comment