Tuesday, July 3, 2012

Inilah Sekolahku, SMK Jengka 12...

Bismillah...
Assalamuaalaikum....

SMK Jengka 12...
Jom tengok pemandangan di sekolah baruku....





















Bagaimana dengan sekolah anda? Ada secantik sekolah saya?

Orientasi guru baru? (28 Mei- 1 Jun 2012)

Bismillah.........
Alamdulillah...
Syukur ke hadrat Ilahi masih diberikan nafas untuk berada di bumi yang rahmat ini, masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan sebagai seorang hamba yang masih lagi tercari-cari erti keduniaan....
Subhanallah ke atas setiap rahmat yang dilimpahkan kepadaku dan keluargaku, sesungguhnya hanya Engkau Maha Agung yang selayaknya disembah, tiada lain hanya satu, sujud kepada-Mu.
Selawat dan salam juga kepada junjungan besar nabi Muhammada SAW serta para sahabat baginda.

Pada tanggal 28 Mei 2012 bermulalah orientasi sebagai guru baru selepas hanya 2 hari datang ke sek. Kawan-kawan lain mungkin berseronok di rumah, di kampung, bergembira dengan anak-anak, adik beradik, suami, keluarga, mak abah. Dan mungkin ada yang sedang bercuti. Namun saya cikgu RAZALINA akan ke sekolah selama seminggu untuk menjalani proses orientasi guru baru. Apalah kerja atau perkara yang saya akan lakukan? Apakaa pengetua inginkan? Saya tidak pasti kena buat  laporan atau tidak, semuanya bergantung.......

Rupa-rupanya, saya dikehendaki membaca 2 pekelililng iaitu pekeliling asas dan pekeliling perkhidmatan. Ya Allah hanya Allah yang tahu, betapa bosan dan mengantuknya mengadap 2 file ni. Berpinau biji mataku....dah la seorang-seorang sahaja berada di bilik gerakan mengadap benda alah ni...
Namun sebenarnya banyak perkara yang saya tau, ya la Kalau tak baca kita tak tau kan....

Alamdulillah 2 hari saya dapat mengabiskannya, untuk hari ketiga pula, pengetua tak ada, so saya balik la awal. hari keempat pula, pengetua kata tak ada apa-apa yang perlu dibuat, buatla hal sendiri. Nak tau? Apa lagi, bosan la, saya buka laptop dan mengadap la internet sementara menunggu pukul 1.00 petang dan barulah boleh balik. Oleh kerana hari keempat tiada kerja, hari kelima iaitu ari jumaat saya tidak pergi sek. Aahahaahaa......
Sekian...
Laporan minggu orientasi guru baru...
yezzzzzzaaaa.....



Wassalam....

Monday, July 2, 2012

KURSUS ASAS DAN BAKAL PEGAWAI GURU PENYELARAS KADET PERTAANAN AWAM (KAPA)




5 Jun 2012 

Hari-hari dilalui dengan penuh tenang, dan rasa keinsafan masih tetap bernyala di hati. Terima kasih dan syukur yang teramat kepada maha pencipta semesta alam, masih bermain-main di jiwa mnunggu hari persekolahan bermula, maklumlah bercuti dua minggu kan. Di kepala masih terfikir-fikir apakah tugasan yang bakal diberikan kepadaku selaku guru baru di SMK Jengka 12. Tiba-tiba saya mendapat satu panggilan daripada pihak sekolah iaitu dari GPK Ko-ko yang bertanyakan kepada saya samada saya ada halangan atau tidak untuk menghadiri sebuah kursus. Saya tertanya-tanya kursus apakah itu, setelah bertanya dan berbincang beberapa minit di telefon, saya memahaminya dan bersetuju untuk menghadiri  kusus tersebut. Kursus yang dimaksudkan adalah Kurus Guru Penyelaras untuk Kadet Pertahanan Awam pada 10 hingga 15 Jun 2012 di Pusat Latihan Wilayah Timur (PULAPAT) Jengka. Dalam hati terus saya berkata, saya mesti akan menjadi guru penyelaras Kadet Pertahanan Awam (KAPA) di sekolah nanti.Alhamdulillah tempatnya pun dekat dengan rumah. Tetapi bila ditanyakan kembali pada hati, ada rasa sesuatu, sedih ada, gembira pun ada. Walaupun sudah bersetuju untuk pergi dan akan ambil surat di sekolah, hati ni nak taknak pula untuk pergi kursus. Tetapi ku kuatkansemangat bahawa kursus ni sangat bagus dan banyak ilmu akan dapat saya kumpul nanti. Dan saya akan belajar bagaimana nak uruskan sebuah persatuan. Saya bakal jadi ahli Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). Dalam hati juga berbunga rianag. Tersenyum sendirian. Syukur atas segalanya.

10 Jun 2012 (Ahad)

Masa yang ditunggu sudah tiba, hari ini saya akan mendaftarkan diri sebagai peserta kursus. Begitu awal saya sampai dan saya orang ketiga yang mendaftar. Rupanya ramai lagi guru yang belum sampai. Ketika mendaftar terdapat juga remaja yang hadir diri untuk mendaftar, tertanya-tanya juga, samada kursus ku ini bukan sahaja untuk guru tetapi untuk anggota JPAM yang lain juga. Saya diberi segala kelengkapan bilik, seperti sarung bantal, cadar tak lepas juga uniform pertahanan awam. Guru pertama yang ku kenal di situ adalah cikgu Roselina dari Kuantan. Alhamdulillah sebilik dengannya. Kami berkenalan antara satu sama lain. Cikgu ni Nampak sedih sangat, ya la kali pertama berpisah dengan anak-anak dan suami. Adakah saya seorang sahaja yang bujang mengikuti kursus ni. Tentunya tidak ada seorang guru wanita yang juga baru posting sepeti saya dari Pekan, Junaidah. Malangnya Junaidah terpaksa pulang ke sekolah pada hari kedua atasa arahan pengetua. Taklimat serba ringkas diberikan pada malam tersebut, sedikit sebanyak baru faham kursus ini untuk apa sebenarnya, dan dapat jugalah saya tengok guru-guru lain semuanya 24 orang, nampaknya secara keseluruhan sudah berkahwin, mungkin saya seorang sahaja yang bujang. Dan untuk pengetahuan pembaca, bukan hanya kurus untuk guru penyelaras kadet yang hadir, tetapi juga anggota Pertahanan Awam juga berkursus seperti kami iaitu Kursus Masakan Kecemasan (MK) dan PPPO.

11 Jun 2012 (ISNIN)

Seawal 5.00 pagi saya bersama lagi tiga orang guru yang sebilik dengan saya iaitu cikgu Hazliana dari Kuantan, cikgu Dalilah juga dari Kuantan dan cikgu Roselina. Jam 6.30 pagi kami mula bergerak dalam kumpulan kursus masing-masing untuk menaikkan bendera, menyanyi lagu korporat dan seterusnya latihan kawad kaki, kami juga diberi taklimat serba sedikit oleh jurulatih kawad dan Pegawai Waran iaitu En Sarman. Antara jurulatih kawadnya adalah SK. (PA) Fauzi, beliau ni satu sekolah dengan saya sewaktu di SMK Jengka 21, tetapi umurnya lebih tua dari saya. Antara jurulatih yang lain adalah SK. (PA) Asmadi, muka macam Cina, suaranya best!. Cerita sikit pasal En Fauzi ni, semua yang berpangkatb staf, kami panggil dengan panggilan Encik. En Fauzi ni bila beruniform lengkap Pertahanan Awam, Nampak smart, tengok sekali handsome, dua kali biasa sahaja.ehehehe…suara menakutkan, tetapi bila berpakaian biasa, macam mat rempit penampilan dan lagaknya. Tetapi berbeza dengan En. Asmadi suara dan tindak tanduk perlakuannya memang seperti seorang tentera. Apabila dia senyum, baru Nampak hansomenye.
Habis sahaja kawad kaki kira-kira jam 8.00 pagi kami bergerak untuk sarapan  pagi seterusnya ke kelas untuk menimba ilmu pada jam 8.30 pagi.

8.30 pagi    : Kelas Pengenalan Pertahanan Awam dan Akta 221 oleh ST Afindi (orangnya Nampak serius 
                    dan tegas, tapi baik)
                    Mengantuk kelas ni, ya la cerita pasal sejarah PA, pakaian, akta dan seangkatan dengannya.

(Semuanya tekun mendengar kuliah)

(Ada yang tidur tak...)


cikgu-cikgu lelaki..

10.30 pagi  : Minum pagi
11.00         : Kelas Melawan Kebakaran yang dikendalikan oleh Lt. M (PA) Hafizi (orang Kedah, pendek-
                     pendek, chuby-chuby sikit, comel)

Kelas ni seronok, banyak yang kami cikgu-cikgu belajar. Belajar bagaimana nak melawan jika ada kebakaran, belajar cara-cara memadam api, alat pemadam api dan seangkatan dengannya. Kami juga ditunjukkan realiti bagaimana cara-cara menggunakan alat pemadam api dan selimut kanvas pemadam kebakaran. Saya tidak terlepas juga memadam api dengan sendirinya. Berat juga alat pemadam api tu dan yang susah sikit nak padamkan api menggunakan selimut kanvas. Tetapi jika tahu teknik dan tengok arah tiupan angin, senang sangat. Insyaallah akan dipraktikan.

(Alat pemadam api)

(mendengar penerangan sebelum melakukan praktikal melawan kebakaran)


(cikgu, sembur cikgu...)


(Cikgu kita memadam api..)

(padam api menggunakan kanvas)



13.00       : Makan tengahari
14.00       : Kelas Melepaskan Diri dari Bangunan Terbakar oleh  ST (PA) Afindi

Kelas ni juga menyeronokkan sebab ada praktikal, walaupun pada mulanya sangat mengantuk mendengar En. Tu beri kuliah, dah la strait, tak ada lawak, serius sahaja. Kami diajar bagaimana nak menyelamatkan diri jika berada dalam banguna yang terbakar. Perakara utama yang harus dilakukan adalah berjalan mencari pintu dan keluar dari bangunan tersebut. Bila masa buat praktikalnya ni yang lucu, samapi ketawa terbahak-bahak. Kami dibekalkan dengan sarung menutuk kepala dan dikehendaki menutup kepala, Ya la dalam banguna yang terbakar, dipenuhi asap, mana Nampak kan?. Jadi, dalam keadaan gelap kami dilepaskan dalam dewan tempat kami kuliah tu dan kami harus berjalan, merangkap mencari pintu keluar. Tetapi aktiviti ni dimulakan oleh cikgu lelaki, yang kelakarnya ada seorang cikgu ni dari SMK Jengka 16 Cikgu Yusof, dia antara orang pertama yang dilepaskan dan dia merupakan orang terakhir yang menemui pintu keluar. Kami cikgu perempuan tak henti-henti ketawa melihat gelagat cikgu ni dan cikgu-cikgu lain, ada yang pergi naik pentas la, terhantuk kerusi meja la dan macam-macam lagi. Dan bila tiba giliran cikgu perempuan, saya sangat geram! Ketika itu saya dah temui pintu dan cuba membuka tombol dan menolah pintu, tetapi tidak Berjaya seakan-akan ada yang menahan dari luar, akhirnya saya mencari pintu lain. Apabila dan selesai semuanya, baru saya tahu ada cikgu-cikgu lelaki yang nakal ni pergi tahan pintu, patutla ketika saya nak tolak pinti ada suara-suara gelak. Geram sungguh! Tapi pengalaman yang menyeronokkan. Kami belajar sesuatu dari aktiviti ni.



Untuk pengetahuan semua, pada malam harinya adalah hari rehat sedunia! Yei..Setelah penat sehari menjalankan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PULAPAT kami bo9leh berehat sepenuhnya sebelum menunggu hari berikutnya.

12 JUN 2012 (SELASA)

Hari ni adalah hari kedua, masih lagi dalm kegembiraan. Teruja nak buat macam-macam aktiviti, tetapi malangnya, kebanyakan aktiviti adalah di dalam bilik kuliah sahaja, Cuma pada awal-awal pagi, macam biasa ada aktiviti naik bendera dan berkawad.

8.30-10.30   : Kelas BLS Choking

(Alatan untuk praktikal jika tercekit atau choking)

(Cara-cara nak rawatan untuk orang tercekit)

11.00-13.00 : Kelas Luka Pendarahan dan balutan




14.00-16.30 : Kelas kecederaan tulang dan splinting


Nampaknya macam sudah malas nak mengarang. Tak apalah cukuplah sekadar mengetahui apa yang dibuat pada hari ini. Macam-macam belajar. Macam mana nak balut luka, patah dan ringkasnya belajar bagaimana nak buat rawatan kecemasan kepada seseorang sebelum hantar ke hospital. Kami juga belajar cara-cara bagaimana nak atasi atau lakukan rawatan kepada mereka yang tercekit dan lemas. Seronok, ada kuliah dan praktikal sedikit.Tak la mengantuk…Kalau tidak..ya Allah..hanya Allah yang tahu mengantuknya macam mana. Sampaikan ada cikgu bekalkan asam supaya tidak mengantuk. Eheheheheh…



Ni nak cerita perkara yang saya rasakan tidak senonoh, habat…..Maaf ya kalau ada yang terasa bila mendengarnya. Untuk kursus ni, kami bercampur dengan kadet yang lain, so, tandas pun berkonsilah, dah la pada hari ni, di tandas kami untuk kegunaan 3 dom tak ada air, boleh pulak ada entah manusia mana pergi kencing dekat tempat membasuh, dekat dengan tempat ambil wuduk..Ya Allah..memang la ada tong di situ dan ada air, apalah salahnya, cebok air tu dan bawa ke tandas dan kencing, ni tak main kencing sahaja dekat situ.Ni bukan cerita bohong, tetapi dilihat oleh mata sendiri seorang cikgu, terkejut jugak, nasib baik budak kadet tu tak berpaling, kalau tak, dah kenal la siapakah gerangan orang itu…..Jangan lah berperangai macam tu….

13 JUN 2012 (RABU)

Yei dah hari rabu…Alhgamdulillah, sudah menghampiri hari Jumaat. Kadang-kadang nak habis cepat sahaja, tetapi masih banyak ilmu nak belajar dekat PULAPAT ni. NI jadual untuk hari ni…Macam biasa, awal pagi kena berkawad. Dan nak beritahu, makanan dekat sini sangat sedap!

8.30-10.30   : Kelas lain-lain kecederaan
11.00-13.00 : Kelas ikatan dan simpulan dan menyelimut serta mengikat usungan
14.00-16.30 : Praktikal




Harini best sangat..Ehehehehhhe….Jurulati pun baik-baik. Berulang kali jurulatih ajar buat ikatan, sampai berbelik-belik. Bole la ikut. Tapi bila masa praktikal nak ikat tali pada kayu, usungan, da lupa da apa yang belajar. Ambil masa yang lama nak buat, Waktu partikal dibahagikan kepada 2 kumpulam cikgu lelaki dan perempuan. Cikgu perempuanlah paling lama nak siapkan usungan. Ya la nak mengingat kembali ikantan tu dah satu hal, lepas tu nak buat ikat tali pada usungan, pada kayu lagi.Tapi akhirnya Berjaya juga. Alhamdulillah.

14 JUN 2012 (Khamis)

Macam biasa jam 0645 hingga 0800 naik bendera dan berkawad sebelum sarapan dan meneruskan kuliahnya.

08.30-10.30  : Kelas panduan pengurusan dan silibus KAPA
11.00-13.00  : Kelas pengurusan perkemahan dan  kursus KAPA
14.0016.30    : Ujian

Ujian ni la paling terkejut. Tau-tau ada ujian. Jadi jawab saaja walaupun tak membaca, kami cikgu-cikgu siap meniru, berbincnag lagi.

15 JUN 2012 (JUMAAT)

hari ni hari terakhir. Maka berakhir la kursus ni., Seronoknya dapat balik rumah…

08.30-10.30 : Gotong royong
11.00-13.00 : Majlis penutup
14.00            : Pendaftaran keluar.








Akirnya saya bergelar bakal pegawai. Insyaallah akan mendaftar no badan sebagai ahli JPAM dan seterusnya saya nak pergi satu atau dua lagi kursus kemahiran yang melayakkan saya untuk dapat gelaran Leftanon Muda..Insyaallah......
Doa-doakan...

Mula-mula panjang sahaja ceritanya, bila da lama-lama menaip rasa malas pula. Maaf ya, ini sekadarnya yang dapat diceritakan. Sebenarnya jika hendak cerita satu persatu dari awal sampai akhir, saya rasa, pembaca tidak larat mengikuti tulisan saya ni, mahu jadi sebuah novel nanti. Inilah sekadarnya yang mampu…

Sekian…

Saturday, June 9, 2012

APA FAEDAHNYA INGAT MATI SEDANGKAN KITA MAHU KEMAJUAN?




Firman Allah yang bermaksud "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." Surah Ali Imran ayat 185. Rasulullah SAW bersabda "Sebelum berlakunya Hari Qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"
Kita masih dan sedang merancang hendak besarkan lagi rumah yang sudah besar. Sedang berkira-kira hendak ambil loan untuk dapat kereta baru. Bersuka-suka dengan perempuan yang tidak halal. Ingin bahkan rebut jawatan, pangkat, gaji besar supaya dapat berbangga, menunjuk-nunjuk, bermewah-mewah. Gila puji, gila dunia, sombong, takabur, dengki, dendam, bakhil dan macam-macam lagi sifat jahat lahir mahupun batin yang kita jadikan mainan hidup kita.
Walhal kalau kita sedar dan rasa yang kita akan mati, tentulah semua kejahatan itu dapat kita elakkan. Tentu rumah yang ada sudah cukup, bahkan mungkin hendak dikecilkan lagi, sebab takut dihisab nanti. Tentu tidak ambil riba lagi dan tidak bantu bank-bank riba. Bahkan duit-duit simpanan pun dikeluarkan dari bank dunia dimasukkan ke bank akhirat. Tentu sudah takut hendak bergaul bebas dengan perempuan yang haram bagi kita. Bahkan hendak pandang pun takut. Takut zina mata. Takut mata itu nanti dibakar oleh api neraka. Sudah takut hendak pegang jawatan besar dan gaji besar sebab itu semua akan memberatkan dan menyusahkan hisab di Padang Mahsyar. Takut hendak bermewah apalagi membazir, kerana takut tidak dapat jawab dan tidak lepas dari hukuman Allah. Sebab itu semua itu di serahkan kepada tabung jihad, tabung akhirat. Dengan harapan untuk bermewah di akhirat.
Pendek kata apa juga perkara yang boleh menyusahkan kita di alam Barzakh dan di alam kubur nanti tentu kita elakkan sedaya mungkin. Hatta soal-soal hati pun dijaga, jangan biarkan busuk dan kotor kerana hati begitu nanti tidak selamat juga daripada dibakar oleh api neraka.
Firman Allah yang bermaksud: Pada hari itu (hari kita pergi mengadap Allah) tidak berguna lagi harta dan anak kecuali mereka yang pergi membawa hati yang selamat. (Surah As Syuara` : 89)
Kerana itu orang yang sedar dan rasa dia akan mati bukan saja membersihkan amalan lahir tetapi hati pun dijaga betul. Supaya kekotoran sifat mazmumah diganti oleh mahmudah. Selagi hati masih kotor dan selagi dosa-dosa lahir masih dibuat, selama itu kita tidak rasa tenang dan bahagia. Sebab takut dan rasa tidak selamat dari hukuman Allah di alam barzakh dan di akhirat. Tapi kalau ada orang yang masih rasa tidak apa dan rasa seronok dengan maksiat lahir mahu pun batin, orang itu sebenarnya tidak sedar yang dia akan mati. Orang begini adalah orang yang bodoh.
Kata Rasulullah, orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak ingat mati. Maknanya orang yang paling bodoh ialah yang langsung tidak fikir tentang mati. Lebih kurang macam kambing yang walaupun nampak pisau di tangan tuannya, sedang dihala ke lehemya, bakal mengambil nyawanya, tapi dia masih ketawa dan manis muka. Bodoh betullah dia.Tetapi tidak apalah, sebab dia kambing. Kambing tidak akan disoal oleh mungkar nakir. Tidak akan dihisab di Padang Mahsyar. Apa hal dengan manusia yang macam kambing? Ataukah mereka rasa lepas mati kita tidak hidup lagi? Itu satu perkiraan yang tidak wajar. Sebab kehidupan di dunia perlu diadili. Kerana itu Allah akan bangunkan sekali lagi untuk satu pengadilan dan kira bicara yang mutlak.Agar hidup benar-benar bermakna pada semua orang.
Ayat Al Quran: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya dan hanya kepada Kamilah, kamu dikembalikan. (Al Anbiya` : 35)
Ya, mati pasti datang! Dan kita akan dihidupkan kembali untuk dipersoalkan tentang apa-apa yang Allah pertanggungjawabkan pada kita di dunia. Soalnya bilakah masanya kita akan mati? Jawabnya kematian itu mungkin akan berlaku sejam lagi! Mati boleh datang sedetik lagi! Jawabnya kematian itu mungkin akan berlaku seminit lagi. Mati boleh datang sedetik lagi! Jangan kita nafikan hal ini. Jangan kita remehkan hal ini, bahawa Allah cukup kuasa untuk mematikan kita sebentar lagi.Kalau kita tidak gentar dengan keperkasaan Allah ini, cuba doakan agar Allah tarik nyawa kita sekarang juga. Jangan fikir Allah tidak buat.Allah boleh matikan seluruh manusia di dunia sekaligus sekelip mata. Begitu kuasa Allah. “Jadi!” Maka jadilah.Cuma Allah tidak berbuat begitu.Dia benarkan lagi kita hidup untuk beberapa waktu lagi agar sempat lagi kita hidup untuk beberapa waktu lagi agar sempat lagi kita taubat dan menambah bakti dan mengabdikan diri padaNya.
Ingat Firman Allah: Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku ( Ad Dzariat : 56)
Maknanya Allah panjangkan lagi umur kita ini dengan tujuan memberi peluang lagi kita mencari jalan untuk menyembah-Nya. Sebab itulah setiap kali Allah bangunkan kita untuk hidup sehari lagi, dan sehari lagi, syukurlah banyak-banyak sebab Allah beri peluang lagi untuk kita mencari dan menambahkan lagi bekal untuk perjalanan dan hidup di akhirat. Serta mintalah pada Allah hidayah dan taufik untuk hari itu dan hari-hari berikutnya, agar dapat kita gunakan sepenuhnya untuk dan kerana Allah.
Dalam pada itu kita mesti selalu ingat bahawa bila-bila masa saja Izrail boleh datang menjemputl kita untuk kembali ke hadrat Allah. Memang Izrail tiap-tiap hari menjenguk atau memandang kita. Dua kali sehari. Dia lihat kalau kalau sudah tiba masanya untuk kita dibawa ke alam barzakh. Izrail tidak pernah cuti. Kalau begitu nyawa kita boleh diambil bila-bila saja. Mungkin seminit dari sekarang!
Masya-Allah! Cuba kita rasakan benar-benar yang kita boleh jadi mati seminit lagi. Aduh! Akan jadilah sepertimana orang yang dihukum gantung, yang dibincangkan di awal tadi. Nescaya kita tidak berani lagi hendak buat maksiat kecil atau besar. Bukan saja maksiat, bahkan perkara harus pun sudah tidak lalu. Panggang hati atau ayam pun kalau dihidang tidak ada makna. Isteri muda yang cantik molek pun dibawa, kita tidak ada mood lagi. Yang kita fikir ialah dosa-dosa yang bertimbun. Tentu akan kejar sana, kejar sini, cari orang yang kita ada buat dosa, untuk minta maaf. Panggil siapa sempat untuk wasiat agar bayar hutang, wakafkan harta benda, keluarkan duit di bank. Sambil itu menangis dengan Allah minta ampunkan dosa-dosa. Minta tangguh kalau boleh agar beri masa untuk buat segala-gala amal soleh. Hati tidak fikir lain lagi melainkan Allah, Allah, Allah.
Itulah faedahnya ingat mati. Kita akan takut dengan dosa, bahkan amal yang sia-sia pun tidak terbuat lagi. Ingat mati benar-benar kontrol kita untuk minta ampun dengan Allah dan dengan manusia. Tidak terfikir lagi hendak derhaka pada Allah dan hendak bersengit-sengit hati dengan kawan-kawan. Di samping itu ingat mati akan tambah kekuatan untuk membangunkan amal kebaikan dan berkorban serta berjuang menegakkan agama Allah. Kita tidak fikir panjang lagi untuk korban segala-galanya di jalan Allah. Tidak letih lagi berjuang untuk menegakkan hukurn Allah. Inilah yang dimaksudkin oleh Rasulullah bahawa orang cerdik ialah orang yang banyak ingat mati Yang mana, hasil ingat akan mad akan tercetuslah segala kebaikan dan hapuslah sikap jahat kita. Bukannya bila ingat mati langsung tidak mahu keluar rumah. Hendak sembahyang saja.
Itulah perangai orang jahil. Orang yang faham Islam, bila sebut mati maka berlompatanlah mereka berjuang, membangunkan Islam agar mati syahid. Sebab kematian yang paling mulia ialah mati syahid. Rasulullah dan para sahabat ialah generasi umat Islam yang sangat banyak ingat mati. Apakah mereka bangsa yang pasif dan jumud? Tidak. Di tangan merekalah 3/4 dunia menyerah pada Islam. Mereka berhabis-habisan menyerah tenaga, fikiran dan segala-galanya untuk Allah, sebagai simpanandi akhirat nanti.
Itulah hasil ingat mati. Dan kalau kita boleh ulangi sikap ini (sentiasa ingat mati) nescaya kita juga jadi bangsa yang sentiasa bertenaga untuk berkorban dan berjuang di jalan Allah demi menegakkan Islam ke seluruh dunia. InsyaAllah.

Berkongsi dari : http://www.usahataqwa.com
Terima kasih ya Allah...

Kata-kata Syed Qutb sebelum ke Tali Gantung


Saudara,
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau sirami pusaraku dgn air matamu,
Maka di atas tulang ku yg hancur luluh,
Nyalakanlah obor buat umat ini,
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya,

Saudara,
Kematian ku adalah satu perjalanan,
Mendapatkan Kekasih yg sering merindu,
Taman2 syurgaNya bgga mnerimaku,
Burung2-Nya berkicau riang mnymbut ku,
Bahagia hidupku di Alam Abadi.

Saudara,
Puaka kegelpn psti akn hancur,
Dan alam ini akan disinari fajar,
Biarlah rohku terbang mendptkn rinddunya,
Jangnlah gentar berkelana di alam abadi,
Nun di sana, fajar sdg memncar ...........

By...
Assyahid Syed Qutb..

Biarkan Allah Yang Menyatukan Cinta Kita


‎"Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala yang mewajibkan rahmat-Mu dan segala dosa dan mendapatkan keuntungan dari segala kebajikan. Janganlah tinggalkan dosa padaku kecuali Engkau mempunyainya dan tidak ada kegelisahanku tanpa Engkau melapangkanya dan tidak ada kemelaratan kecuali Engkau melenyapkanya serta tak ada sesuatu hajat yang Engkau ridhoi kecuali Engkau memberikannya. Wahai Maha Penyayang."



Setelah hati terluka disakiti, diusianya tiga puluh tahun cinta itu menghunjam hatinya. Rasa itu muncul ketika penasaran dengan sosok yang mampu membuatnya tertawa ditengah penat pekerjaan. Pertemuan pertama dengannya adalah salam dipagi dengan senyum manis, "Assalamu'alaikum ukhti.." Kalo teringat pertamuan itu bagaikan mimpi, pertemuan yang ditakdirkan oleh Allah. Sampai kemudian bertemu kembali dibeberapa project yang dikerjaan bersama. Cintanya tumbuh begitu indah, bersahaja, penuh warna. Dia banyak mengalah dan mengerti perasaannya. Diam-diam ikhwan itu membaca pikirannya. "Biarkan Allah yang menyatukan cinta kita." ucap ikhwan itu padanya. Ia terdiam, hatinya campur aduk, gembira, bahagia juga sedih dan perih bayangan luka dimasa lalu.

Setelah itu semua berlalu begitu saja. Entah tiada kabar lagi, tiada pertemuan dan tegur sapa. Bagai tertiup angin. Tenggelam dalam kesibukan. Ditengah galau kehadirannya di Rumah Amalia turut menjadi hidupnya dihiasi dengan keindahan dan kebahagiaan, bershodaqoh untuk Rumah Amalia dengan mengharapkan keridhaan Allah menguatkan setiap langkah hidupnya yang begitu terasa berat dijalaninya. Terkadang hati terasa perih teringat ibundanya bertanya, kapan kamu menikah? Adikmu saja sudah sebentar lagi anaknya dua? Kapan ibu melihat kamu menikah? Ucapan itu begitu perih menyayat hati. Air matanya mengalir disetiap sholat tahajud, memohon kepada Allah agar bertemu dengan jodohnya.

Allah Maha Mendengar setiap doa hambaNya. Doa itu dijawabnya, sungguh tidak pernah diduganya. Ikhwan datang bersama keluarganya untuk melamar. Dirinya terkejut, ibundanya menangis, rasa haru dan bersyukur menyatu dalam panjatan kehadirat Ilahi Robbi. "Alhamdulillah, Ya Allah, Engkau dengarkan doa kami," tutur ibunda penuh isak tangis menerima lamaran itu dan tidak lama kemudian menentukan akad nikahnya. Kebahagiaan keluarga besar mempersiapkan pernikahan seolah waktu berjalan begitu lama, keberserahan diri kepada Allah mempersatukan cinta mereka telah mewujudkan keluarga sakinah mawaddah warahmah. Subhanallah..

‎"Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu untuk tetap mencintaiMu. Dan orang yang Engkau cintai serta dapat beramal yang menyampaikan kepada ku untuk mencintaiMu. Wahai Allah, berkenanlah kiranya Engkau menjadikan cinta kepadaMu melebihi cintaku terhadap diriku sendiri, keluargaku dan dari air yang sejuk. Aamiin"

By : FB "Kata-kata Hikmah"

Friday, June 8, 2012

Cerita Hati...

Bismillah..
Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang diberi dan masih lagi bernafas di bumi Allah.Terima kasih ya Rabbul Izati, Tuhan yang layak disembah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muahmmad SAW. Rindu ku pada Allah, rinduku pada Rasul pilihan...Terima kasih ya Allah pemilik alam ini yang masih memberi peluang untuk menitip rasa cinta kepada-Mu. Terima kasih kerana memberi kekuatan untuk meneruskan liku-liku hidup ini.




Kadang-kadang kita diuji dengan pelbagai dugaan yang kadang-kadang cukup susah untuk kita laluinya seorang diri,
Perasaan yang mana susah untuk kita ungkapkan kita biarkan ianya tersemat kukuh di hati tanpa siapa yang tahu dan apatah lagi ingin tahu,
Biar sebesar mana rasa itu, tetap menjadi rahsia kita.
Hari-hari ditempuhi, dilalui dengan penuh kesabaran, bagai ada nanti satu sinar menjelma di depan,
Setiap detik, setiap saat, darah yang mengalir tetap deras melalui likuannnya yang telah ditetapkan.
Tanpa rasa lelah, tetap menjadi pedoman untuk terus melangkah mengejar erti kedunian padahal akhirat yang kekal abadi belum tentu kita tenang melaluinya. 
Dengan kata-kata yang penuh dalam kelembutan ku persembahkan hanya di laman yang menjadi tatapan sekalian manusia.
Dengan pantas jari-jari menari mengukir suatu cerita, cetusan rasa luahan rasa hati dan sinilah bermulanya cerita hati. 



Semalam yang telah pergi

Menghilang tanpa jejak

Membawa bersama cereka

Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Lagu kegemaran aku. Agak menarik untuk didengari :)
Mari tenangkan jiwa anda dengan lagu2 seperti ni :D
lirik ade kat bawah ni.

Lirik: Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta 



Cerita hati : nyanyian Hafiz Hamidun




Sangat mendidik jiwa...
cikguRazalina