Thursday, August 2, 2012

4 Gama oh 4 Gama...

Bismillah...
Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Ilahi masih diberi peluang untuk menulis....
Yanhg paling penting...diberi kesempatan untuk berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini....
Bulan ini adalah bulan ibadah...
Cukupkah ibadahku kepada mu ya Allah?
Terimakah puasaku ini?
Tepuk dada, tanyalah hati...
Kita tahu jawapannya...

Menjaga pelajar periksa memang membosankan...
Lagi-lagi di bulan Ramadhan ni...
Perut terasa lapar..Kadang-kadang pening...
Jaga pula kertas Pendidikan Islam tadi...
Nak tergelak kadang-kadang tengok jawapan pelajar-pelajar ni..
Kelas akhir pula tu..
4 Gama oh 4 Gama..
Saya sayang kamu semua...
ehheheheeh...

Ada soalan berkaitan dengan Hijrah...
Senang je bagi saya, kalau ingat lagu nasyid yang pasal hijarah tu....
PAsti akan dapat jawab soalan esie pasal hijrah...
Tapi pelajar 4 Gama ni, lagu nasyid yang saya maksudkan pun tak tahu...

Senaraikan 4 perang dalam ISlam..
Bagi saya ni soalan bonus je...
'Senang-senang je dapat 4 markah..
Tetapi bagi kelas 4 Gama, dengan tahap pencapaian pembelajaran mereka, dirasakan sangat sukar nak jawab..
Bukan apa..tak ulangkaji sebenarnya....

4 Gama oh 4 Gama...
Saya sayang kamu semua...
eheehehehe..
Jom saya kongsikan antara peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan suatu ketika dahulu....



-cikguRazalina-
Wallahualam...

Luar Biasa! Gambar Pembukaan Olimpik London 2012


Sukan Olimpik 2012 telah pun selesai majlis pembukaannya yang berlangsung di London dua hari lalu. Kos majlis pembukaan ini antara yang termahal sehingga mencecah belanja 27 juta pound (RM 132.4 juta)
Melayukini.net – Luar Biasa! Gambar Pembukaan Olimpik London 2012 (9 Foto) |  Buruan pingat kini bermula selepas perasmian Olimpik dilakukan dengan penuh gilang-gemilang. Jutaan manusia akan tertumpu pada kota London pada masa kini. Jaguh-jaguh atlet dari seluruh dunia berkumpul untuk menjayakan memungut pingat emas. Tema upacara perasmian menelan belanja hampir 27 juta pound (RM132.4 juta), yang menceritakan tentang Ises of Wonder iaitu hasil inspirasi William Shakespeare, The Tempest. Semua rakyat Malaysia berikanlah sokongan padu anda pada atlet negara. Dengan berbekalkan semangat rakyat Malaysia,pasti atlet negara akan cuba yang terbaik untuk mengharumkan nama negara.
Melayukini.net - Sukan Olimpik merupakan antara sukan paling berprestij di dunia. Semoga atlit Malaysia membawa banyak pingat mas untuk negara. Dengarnya beberapa atlit pilihan negara untuk merangkul pingat emas gagal antaranya acara menembak, berbasikal dan lain-lain lagi. Usah berputus asa, semoga mendapat kejayaan.
Dipetik dari :

Kisah Penyesalan Seorang Isteri (Renungan)


Seorang isteri telah berasa menyesal atas tindakannya menolak permintaan suaminya untuk bersama. Penyesalan itu semakin tinggi apabila suaminya telah meninggal dunia pada kesokkan harinya.
Melayukini.net – Kisah Penyesalan Seorang Isteri (Renungan) | Apabila seseorang wanita itu yang sudah bergelar isteri, maka dia perlu sentiasa taat kepada suaminya. Bukankah jika seorang isteritaat kepada suaminya dan menjaga kehormatan dirinya, makaAllah akan buka mana-mana pintu syurga buatnya Di sini terdapat sebuah kisah di mana timbulnya penyesalan seorang isteri apabila kemahuan seorang suaminya ditolak.  Bukan untuk mencari silap, tetapi sekadar sebagai satu renungan untuk kita semua.
“SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.
Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.
Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalamkeluarga saya.
Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.
Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.
Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan.
Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.
Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.
Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan danketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.
“Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang,” kata saya.
Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur.
Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoran. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.
Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.
Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.
Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.
Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.
Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.
Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, ‘Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya’.
Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya.”
Nukilan..
Seorang Insan Yang Menyesal..
Melayukini.net - Pada zahirnya memang kita lihat si isteri berdosa besar kerana menolak permintaan si suami. Namun jika si suami faham atas keletihan yang dialami oleh si isteri, maka tidak berlaku timbulnya salah faham. Semoga si si isteri menerima keampunan dari daripada Allah dan suaminya.
Dipetik dari:

Sains Membuktikan NAbi Musa Membelah Laut


Melayukini.net – Saintis Membuktikan Nabi Musa Membelah Laut | Seperti yang kita maklum, di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah. Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya.  Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa. Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba nabi akhir zaman, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain.
Apa beza dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran selain puasa?
Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’
Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’ Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. At-Tirmizi berkata:

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)

Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.
Lakaran artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.
Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Para saintis telah mengkaji tentang kisah Nabi Musa membelah Laut Merah ketika dikejar dengan Firaun. Hasil kajian mereka membuktikan bahawa memang benar peristiwa itu berlaku mengikut hukum fizik.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi
Melayukini.net - Kita sebagai umat Islam sendiri tidak pernah menghalang mana-mana agensi atau individu untuk tampil membuat sebarang kajian mengenai Islam. Ternyata, bahawa Islam itu benar dan perisitiwa yang ada tertulis dalam al-Quran itu benar. Semoga para pengkaji mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Dipetik dari:

Banyaknya soalan yang ditanya...

Bismillah...

Guru oh guru..
Cikgu oh cikgu....
Tidak lari dengan pelbagai soaaln oleh pelajarnya.
Bertambah lagi mengajar subjek Geografi..
Belajar mngenai alam, bumi...
Pelbagai pertanyaan yang dilontarkan...
Mengajar hanya berkaitan KEJADIAN EMPAT MUSIM.
Tetapi melalut jauh, namun masih lagi ada kaitan dengan tajuk yang diajar.

Kenapa Malaysia tak ada empat musim cikgu?
Salji tu macam mana cikgu?
Nanti tak banjir ke kalau salji cair cikgu?
Malaysia ada je musim bunga, tu banyak bunga...
Kalau nanti bunga dah luruh, tinggal apa je cikgu?
Musim panas ni ada je pokok cikgu?
Salji tu salah satu hujan? macam mana hujan terjadi cikgu?
kenapa kadang-kadang ada petir da kilat?Macam mana ianya terjadi?
oh, kabus tu awan cikgu?
Macam mana terbentuknya awan?
Awan nano cikgu?

dan macam-macam lagi soalan..
Alhamdulillah saya menjawabnya sebaik mungkin dengan pengetahuan yang ada.
Dan berjanji akan menunjukkan gambar dan video...

Dan ada yang bertanya jugak hal ni

Macam mana terjadinya bintang, matahari?

Anak-anak muridku...
Jika kita mempunyai kesempatan waktu, kita akan belajar pasal astronomi ye....
Murid-muridku penuh dengan perasaan ingin tahu...


-cikguRazalina-
02082012