Wednesday, November 23, 2011
Anugerah skrin dunia vs akhirat
~✿> Anugerah skrin di dunia...Contohnya anugerah :
*pelakon lelaki terbaik
*pelakon wanita terbaik
*pelakon pembantu lelaki terbaik
*pelakon pembantu wanita terbaik...
✿>Dan sebagainya...
Tidakkah kita terfikir anugerah skrin dipadang mahsyar nanti??
*hamba ALLAH lelaki paling beriman dan bertaqwa
*hamba ALLAH perempuan paling beriman dan bertaqwa
*hamba ALLAH lelaki yang banyak berzikir
*hamba ALLAH perempuan yang banyak berzikir
*hamba ALLAH lelaki yang suka solat awal waktu
*hamba ALLAH perempuan yang suka solat awal...
~✿> Renungi diri kita...(saya nasihat untuk diri saya juga) ♥ ^_^ Adakah kita layak menerima anugerah dipadang mahsyar itu...
Tuesday, November 22, 2011
ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN
Jika anda fikir anda tewas
Anda akan tewas.
Jika anda fikir anda takut
Anda akan takut.
Jika anda ingin menang
Tetapi anda tidak boleh
Besar kemungkinan anda tak akan menang.
Jika anda fikir anda kalah
Anda akan kalah.
Kerana di dunia ini anda akan temui
Kejayaan bermula dari pemikiran insan
Semuanya tertanam dalam mindanya.
Jika anda fikir anda tersisih
Anda akan tersisih.
Anda patut yakin pada diri sendiri.
Sebelum anda boleh menang
Perjuangan hidup tidak semestinya
Berpihak kepada insan yang kuat dan pantas
Lambat laun, insan yang menang ialah
INSAN YANG BERFIKIR DIA BOLEH
Pengarang-tidak diketahui
PUISI SI RAMA-RAMA SYURGA
Puisi ini saya dapat dari sebuah majalah ketika saya di tigkatan 6 dahulu. Saya pun tidak pasti majalah yang mana satu, tetapi keratan puisi daripada majalah ini menjadi simpanan saya. Puisi ini banyak makna tersurat khususnya nasihat kepada remaja kita. Jom kita hayati di setiap rangkap puisi si rama-rama syurga....
Lahirnya sebutir mutiara
Bergemerlapan di tengah-tengah
Kegersangan kasih sayang
Gurun Sahara yang kontang basah deknya
Lautan Pasifik semakin mengecil
Semuanya terkesima dek tangisan bayi
Kini penantian dua insan
Termakbul sudah
Dia, si rama-rama syurga
Anugerah khalik kepada abid
Dunia gempar seketika
Tangisan kedengaran di merata-rata anak insankah atau haiwankah?
Tidak, sangka si manusia
Lalu masyarakat berteleku sebentar
Lahir kata-kata penghiris hati
”seorang anjing seekor manusia”
Tidak, betapa kejinya penghinaan itu
Marah si insan
Ah, segala-galanya angkara manusia
Kaum Adam bijak mengatur strategi
Nafsu beraja di hati
Risiko kau jeling benci
Tanggungjawab terkubur bersemadi
Demi kenikmatan kebencian Ilahi
Lalu kegadisan suci ternoda kini
Kaum Hawa
Demi cinta
Jiwa dan raga kau gadai enteng
Di hutan manakah kau lontarkan
Pakaian kegadisanmu?
Di mana dan di mana?
Segala-galanya kau tak endahkan
Lalu zigot yang kau kandung wujud
Kaum Adam
Kaum Hawa
Usah jari kau tuding celaru
Mengertilah, renunglah
Segala yang tercetus
Angkara nafsumu jua
SALIHAH MOHD YUSOF
51A, Kg. Sg. Rambutan,
34140 Rantau Panjang,
Perak.
TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA MEMBAWA PULANG PINGAT EMAS DALAM SUKAN SEA 2011
Abah saya kata.....Fakri tak boleh jadi penyerang..semua keluarga saya sokong, mak, adik-adik...kalau Safee Sali dah lama kita menang, dan dah banyak gol Malaysia jaringkan....Fakri apa dah jadi ni, setiap perlawanan macam tu.....sehingga sepakan penalti pun untuk perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea pun sama...walau apa pun, Tahniah Malaysia!!!!.Ini hanyalah komen seorang hamba Allah yang tak tahu pasal bola..tapi sangat menyukai dan menyokong Team MAlaysia.....Selamat semuanya buat pasukan Harimau Malaya dan Harimau Muda Malaysia!!!!
Mari kita lihat apa yang terjadi sepanjang perlawanan akhir ini...
Malaysia berjaya menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam untuk mengekalkan pingat emas.
Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan 30 minit.
Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35.
Sukar untuk menggambarkan betapa gembiranya seluruh peminat bola sepak Malaysia apabila skuad bawah-23 negara mencipta sejarah dengan berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea selepas menewaskan Indonesia di peringkat akhir.
Aksi yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno dalam lautan penyokong tempatan nyata mendebarkan sehinggalah menyaksikan kemenangan Malaysia 5-4, 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Baddrol Bakhtiar yang mengambil sepakan terakhir menjadi wira apabila mengesahkan kemenangan Malaysia, biarpun tendangannya hampir-hampir diselamatkan.
Terdahulu, sepakan pemain Indonesia, Gunawan terkena tiang untuk memberi harapan kepada Malaysia. Namun tendangan penyerang negara Fakri turut diselamatkan, sebelum Khairul Fahmi kembali mencerahkan peluang selepas menyelamatkan tendangan lawan.
Dalam aksi 90 minit, Indonesia meraih gol pembukaan hasil tandukan Gunawan pada minit ke-5 permainan selepas menyambut baik sepakan penjuru. Gol tersebut nyata menggamatkan Stadium dan menyentap semangat pemain anak buah Ong Kim Swee, namun ia tidak menggagalkan skuad negara untuk memburu gol.
Malaysia berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Asrarudin Putra di sebelah kiri gol pada minit ke 35, selepas menyempurnakan sepakan penjuru. Saingan cukup mendebarkan dengan aksi agresif dalam 45 minit pertama yang turut menyaksikan banyak percubaan-percubaan berbahaya daripada kedua-dua pasukan.
Malaysia hampir-hampir menambahkan jaringan selepas percubaan depan pintu gol apabila rembatan Asrarudin tepat menuju kearah penjaga gol Indonesia, sebelum percubaan Irfan juga didakap.
Pada minit ke 57, pertembungan pemain didepan pintu gol Indonesia, nyaris-nyaris membuahkan jaringan untuk Malaysia.
Kedua-dua pasukan berbalas serangan dan Malaysia sekali lagi mendapat peluang keemasan apabila jolokan baik daripada Irfan gagal disudahkan oleh Fakri.
Pada separuh masa kedua bermula, Indonesia mempamerkan penguasaan dan turut menyaksikan percubaan -percubaan bahaya terutamanya daripada penyerang berbisa Bonai.
Kedudukan 1-1 kekal sehingga 90 minit dan juga 30 minit masa tambahan, sekaligus memaksa pengadil mengheret permainan hingga ke penentuan penalti. Astro Arena..
Ia adalah kemenangan pingat emas keenam dimenangi skuad bola sepak Malaysia dalam Sukan Sea selepas kali terakhir diperolehi pada 2009 di Loas.ASTRO ARENA
TERBAIK LA TEAM MALAYSIA....
Monday, November 21, 2011
TAJUK : TERIMA KASIH CIKGU
BABAK 1
Bermulalah satu cerita di pagi nan ceria di SMKBT. Seperti biasa anak-anak yang dicintai oleh guru masuk ke kelas selepas perhimpunan pagi bagi memulakan pembelajaran. Seperti kelas-kelas lain, Tingkatan 2 Kasih tidak terkecuali. Kasihnya guru terhadap mereka sampai ke syurga. Kelas 2 Kasih merupakan kelas kedua terakhir dan menjadi kelas pantauan guru-guru kerana terkenal dengan kelas yang sentiasa bising, tidak kira guru ada di dalam kelas atau tidak, kelas seperti pasar borong atau gelanggang bergusti. Maka berebut-rebutlah mereka masuk ke kelas pada pagi itu….
Muzik berbunyi....
Izudin : Aduh, lama betul perhimpunan! Tah ape nak dibebel pun aku tak tahu, Balik-
balik kes dating, ponteng kelas, tah ape2 lagi...
Naufal : Ala..relex ar Judin, ok pe, kurang2 kite tak payah belajar masa cikgu Ayu
ni..seronok... kalau tak...”baiklah kelas, semua senyap, sy nak ajar kamu
ni...”hahaha...pastu...merajuk..
Faiz : Betul tu aku sokong sangat! lagi pun aku mana penah bawak buku dia…dah naik
bosan dengar die membebel…bernanah telinga aku ni...
Izudin : Tau tak pe, telinga aku ni dah tahap kritikal bernanahnya..(ketawa besar)
Faiz, Naufal dan Izudin ketawa besar
Aisyah : Wei! Korang boleh senyap tak! aku tengah tension ni! Dah la dekat rumah bising
mak bapak aku bergaduh, ni korang pulak yang nak bising! Argh...tension!
Izudin : ek eleh..budak pompuan ni...menyibuk je..
Naufal : Kepoh betul!
Ketua kelas : Wei dah la....jangan bising2, kejap lagi Cikgu Ayu masuk..
Faiz : Ni sorang lagi budak skema! Belajar rajin dari aku, tapi result, hampeh!teruk
gak...
Ketua Kelas : Dah la, baik aku baca buku dari layan korang bertiga ni!
Naufal,Izudin, Faiz : wa......budak skema...
Begitulah pelajar-pelajar kelas 2 Kasih. Macam-macam perangai boleh lihat, tak terlayan oleh guru-guru, terlampau nakal. Kalu yang nakal ini tidak menggangu pelajar lain tidak mengapa, tetapi kenakalan mereka itulah yang menyebabkan pelajar yang lain yang hendak belajar kena tempias sekali dimarahi oleh cikgu-cikgu. Cikgu-cikgu kadang-kadang sudah buntu bagi memikirkan kenakalan pelajar 2 Kasih ini. Kita teruskan dengan babak seterusnya.
Penyanyi : Apa khabar semua? Dengarlah lagu terbaru daripada kami, Cikgu Ayu.....
Lagu cikgu ayu
Penyanyi : Sekian terima kasih..
BABAK 2
Maria : Cikgu Ayu dah datang......2x
Kelas masih tetap bising. Dengan lemah gemalai, Cikgu Ayu masuk ke kelas 2 kasih. Terkejut sungguh Cikgu Ayu melihat keadaan kelas bagai kapal mahu belayar. Sampah dimerata-rata tempat, kerusi bergelimpangan dan yang menyedihkan lagi bila melihat papan putih...
Ketua : Bangun, selamat pagi cikgu Ayu
2 kasih : Selamat pagi Cikgu Ayu
Cikgu : Selamat pagi kelas
Ketua : Maaf cikgu Ayu biar saya yang padamkan.
Ah Pou : Ayya lu ni, ni kerja saya ma..you duduk diam sana.
Raymond : Kamu berdua mahu bodek cikgu ya. Dengar pantun ini, buah cempedak di
Luar pagar, sudah2 kita mau belajar. (satu kelas gelak)
Cikgu : Baik la kelas, kita akan meneruskan pembelajaran kita pada hari ini..Saya nak
kamu semua salin apa yang saya tulis di papan putih ya.
Naufal : Main gitar
Izudin : Borak2 dengan faiz
Cikgu : Baiklah kelas, hari ini kita akan bincang berkaitan kata adjektif atau lebih
dikenali sebagai kata sifat. Sebagai permulaannya saya nak tanya kamu dahulu.
Huda,Putih seperti apa Huda?
Huda : kapas cikgu.
Cikgu : Betul. Seterusnya, baiklah, naufal! Kamu buat apa tu? Jawa pertanyaan saya ni!
bulat seperti apa naufal?
Naufal : Bulat seperti....erk....cikgu..ahahha..
Izudin, Faiz berdiri sambil menggelakkan cikgu...
Aisyah : dah la wei..korang ni lebih-lebih plak.biar saya jawab cikgu. Bulat seperti bola
cikgu
Cikgu : Naufal, Izudin, Faiz! Berdiri atas kerusi! Saya dah tak tahan dengan kamu
bertiga!
Izudin : Apa hal ni plak cikgu, Naufal yang buat saya plak yang kena berdiri jugak!
Cikgu : Saya kata berdiri! Dan yang lain buka buku teks!
Naufal, Izudin dan Faiz berdiri...
Beku
BABAK 3
Memang sudah dijangka, Naufal, Izudin dan Faiz mesti kena berdiri. Macam mana cikgu hendak mengajar, kalau semua pelajar bising? Dan kenapa seorang pelajar perlu bersikap kurang ajar dengan seorang guru? Kasihan cikgu Ayu.
”You cannot teach man anything, you can only help him to find it within your self”
Beku
Cikgu : Hafizudin, ambil kertas ini dan edarkan pada kawan-kawan. Baiklah kelas jawab
soalan2 yang terdapat dalam kertas itu sehingga habis waktu saya.
Pelajar bising dan buat hal masing2...ada yang membaling kertas yang guru beri dan ada yang buat kapal terbang dan macam-macam lagi.
Dan.
STOP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!(cikgu)
Beku
Nakal sungguh budak-budak sekolah ni kan? (ketawa kecil). Itu dahulu, zaman muda remajaku. Kini aku sudah dewasa. Aku tidak seprti dahulu lagi, Ketua pelajar nakal yang kacak lagi bergaya bernama Izudin tu, akulah. Sekarang pun masih tetap kacak dan bergaya. Kalau dahulu aku dan kawan-kawan begitu nakal, tetapi sekarang anak-anak muridku pula yang nakal.(gelak kecil) Ya la, aku sekarang sudah menjadi seorang guru, seorang pendidik. Terima kasih Cikgu Ayu, Kalau tidak kerana merajuk terukmu pada hari itu, mungkin aku tak akan sedar.
”Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself”
Terima kasih cikgu......
Nyanyi lagu : Terima kasih guru diiringi tarian
Trilogi Bagaikan Puteri Karya Novelis no. 1 Malaysia, RAMLEE AWANG MURSHID Menjadi Pilihan
Sudah lama rasanya tidak membaca novel. Rindu nak membaca karya-karya Ramlee Awang Murshid. Bilakah agaknya novel barunya akan keluar. Lagi-lagi tak sabar menunggu sambungan 4 novel ini iaitu, Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta dan Cinta Sufi. Mungkin lepas keluarnya Fiksyen 302, ceritera epik thriller ini akan keluar pula, tak sabar menantikannya. Saya dapat rasakan semua peminat setia novel karya abang RAM tidak sabar-sabar menunggu garapan cerita daripada penulis hebat dan novelis thriller nombor 1 di Malaysia.
Jom, kita telusuri semula cerita 4 buah novel ini...
BAGAIKAN PUTERI
"Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung"
Inilah kata-kata keramat dari dalam novel ini. Sudah boleh ku hafal, penuh dengan maksud tersirat, dan yang satu ini lagi menusuk kalbu setiap pembaca, yang dituturkan dari hati yang suci Laksamana Sunan:
'Awan...kalau dapat kucapai maka saktilah hamba"
Juga memberi inspirasi kepada diri ini bahawa betapa susah kita hendak mengecapi kebahagian jika tidak dengan usaha yang kuat ditambah pula doa dan tawakal kepada yang esa. Sesungguhnya jika kejayaan itu sudah dicapai kecapilah ia dengan penuh kesyukuran.
Bagaikan Puteri... penuh konflik, tragedi, pengembaraan, mistik dan magik. Hanya kerana cinta...manusia sanggup berperang!
CINTA SANG RATU
Cinta Sang Ratu, sambungan ceritera epik thriller RAM...
"Tatkala cinta berbisik suaranya memuji Tuhan, pabila rindu terusik Rasulnya jadi pilihan"
Sungguh indah puisi ini..
Antara kata-kata yang paling berkesan dalam novel ini, pastinya yang dituturkan oleh Laksamana Sunan:
Ratu Sulaman di akhir kurun ke-15....hatinya rawan teringatkan ucapan Laksamana Sunan kepadanya....
Dua wanita, dari dua zaman yang berbeza, Ratu Sulaman dan Haryani ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada mulanya mereka benci, dan akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu janji?
Sebuah lagi novel kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaran dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.
Laksamana Sunan, Catalina dan Luna...bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta tiga segi yang terlafaz dan tersembunyi....
Cinta Sufi...Sekali kurebah, sejuta kali kubangkit....
Wah...tidak sabar menunggu sambungannya....
Jom, kita telusuri semula cerita 4 buah novel ini...
BAGAIKAN PUTERI
"Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung"
Inilah kata-kata keramat dari dalam novel ini. Sudah boleh ku hafal, penuh dengan maksud tersirat, dan yang satu ini lagi menusuk kalbu setiap pembaca, yang dituturkan dari hati yang suci Laksamana Sunan:
'Awan...kalau dapat kucapai maka saktilah hamba"
Juga memberi inspirasi kepada diri ini bahawa betapa susah kita hendak mengecapi kebahagian jika tidak dengan usaha yang kuat ditambah pula doa dan tawakal kepada yang esa. Sesungguhnya jika kejayaan itu sudah dicapai kecapilah ia dengan penuh kesyukuran.
Bagaikan Puteri... penuh konflik, tragedi, pengembaraan, mistik dan magik. Hanya kerana cinta...manusia sanggup berperang!
CINTA SANG RATU
Cinta Sang Ratu, sambungan ceritera epik thriller RAM...
"Tatkala cinta berbisik suaranya memuji Tuhan, pabila rindu terusik Rasulnya jadi pilihan"
Cinta Sang Ratu
Laksana langit mencengkam purnama
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang, seluas langit terbentang.
Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji Tuhan
Pabila rindu terusik, Rasulnya jadi pilihan.
Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian.
Sungguh indah puisi ini..
Antara kata-kata yang paling berkesan dalam novel ini, pastinya yang dituturkan oleh Laksamana Sunan:
Ratu Sulaman di akhir kurun ke-15....hatinya rawan teringatkan ucapan Laksamana Sunan kepadanya....
"SEBAGAI MANUSIA, AKU SAYANG KEPADAMU"
Di abad ke-21 pula Haryani teringat akan Dani dan kata-kata Dani menjadi pengubat resanya...
" HARYANI, WALAU APAPUN YANG BERLAKU, SAYA TETAP MENCINTAI DAN MENYAYANGI AWAK"
Dua wanita, dari dua zaman yang berbeza, Ratu Sulaman dan Haryani ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada mulanya mereka benci, dan akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu janji?
Cinta Sang Ratu...
Mengulang kisahh perkelahian di langit
yang berlanjutan kepada peperangan di bumi
semata-mata kerana CINTA
HIJAB SANG PENCINTA
"DENDAM ITU BARA, MARAH ITU API"
Rasa rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tidak berkesudahan. Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana. Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula. Namun kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Dan kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.
SUNGGUH HEBAT.....
CINTA SUFI
Sebuah lagi novel kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaran dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.
Laksamana Sunan, Catalina dan Luna...bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta tiga segi yang terlafaz dan tersembunyi....
Cinta Sufi...Sekali kurebah, sejuta kali kubangkit....
Wah...tidak sabar menunggu sambungannya....
Thursday, November 17, 2011
Mastura tersingkir dari rancangan realiti pencarian Master Chef Malaysia...
Senarai peserta Master Chef Malaysia
Akhirnya...Mastura tersingkir dari Master Chef..suka kata -kata beliau..."Walaupun saya tersingkir dari rancangan realiti pencarian Master Chef Malaysia, saya tetap Master Chef kepada suami dan anak-anak saya.." teruskan minat anda ya Mastura....Selepas ini siapa pula yang akan tersingkir? kepada bakal-bakal Master Chef Malaysia yang lain teruskan semangat anda di Master Chef, saya sebagai peminat setia rancangan ini akan terus menyokong anda semua..dan sudah tentu saya tidak sabar menunggu episod yang akan datang, penuh kejutan dan penuh saspens...TERBAIK LA MASTER CHEF MALAYSIA...
Wednesday, November 16, 2011
Janji Allah itu pasti..insyaallah...
Insyaallah..setiap org ade rezeki masing2..cume cepat atau lambat...mungkin dilambatkan posting ada sebab tersendiri yang kita tidak tahu..mungkin ada masalah dalaman kementerian..insyaallah..janji Alllah itu pasti...janji manusia belum tentu pasti....jadi mase yang ade ni gunakanlah sebaik mungkin dan mungkin boleh cari pengalaman di bidang lain....tak perlu nak pergi temuduga jadi pengurus kalau dah tau akan ditolak mentah2...tak perlu tunjuk keberanian pergi ke sektor lain kalau dah tahu tak akan dapat....banyak lg pengalaman lain yang boleh diceburi tanpa di tangan dengan IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN..dengan berbekalkan semangat untuk berkerja kuli pun jadikan...kerja tu tetap halal....mungkin boleh buat bisnes sementara menunggu posting yg sebenarnya tak memerlukan pun IJAZAH kita tu....insyaallah rezeki itu ada di mana2..percayalah...JANJI ALLAH ITU PASTI......
terjumpa cikgu sekolah...
kawan lame, si Parimalar...
Hampir 11 tahun terpisah dengannnya, akhirnya, Facebook di alam maya menjadi medan pertemuan antara daku dengan dia....rindu betul pada sahabat lama ni...dialah sahabat bukan melayu yang sangat baik di sek rendah dahulu....insyaallah, dikesempatan waktu yang ada nanti, kita akan bertemu ya Parimalar....
renungan.....
❤*•¸.•´`¸.•❤´``•.✮'•.¸☆☆'•.¸✮' •.¸☆❤*•¸.•´`¸.•❤´``•.✮'•.¸☆☆'• .¸✮'•.¸☆
SeANGKUH & SeHEBAT Apapun Kita, Diatas Hamparan Sejadah jugalh Dahi Kita BerSUJUD,
SeCANTIK & SeINDAH Apapun Rupa kita, Kain Putih Jugalah Yg Pada Akhirnya akan Membalut TUBUH Kita,
SeKaya & SeBanyak Apapun Harta Kita, Tidak Akan Dapat Dibawa Jika pergi Menghadap ILAHI,
SeGAGAH & SeKUAT Manapun Kita Berjalan/Berlari, Pada Akhirnya Akan Tetap DIUSUNG Juga,
SeRAMAI & SeBANYAK Apapun Teman2 Kita, NAMUN KITA AKAN PERGI SEORG DIRI JUGA 1 HARI NANTI...MATI ITU PASTI...
❤*•¸.•´`¸.•❤´``•.✮'•.¸☆☆'•.¸✮' •.¸☆❤*•¸.•´`¸.•❤´``•.✮'•.¸☆☆'• .¸✮'•.¸☆
"walau tubuh hancur dilebur,
keimanan kekal tidak terkubur,
walaupun jasad mati dibunuh,
namun jiwa kita tetap hidup dengan utuh.
Keteguhan ini hanya akan dirasai, apabila Allah itu kita rapati.
Sesiapa yang pernah merasa,
tidak akan mampu membohongi,
akan kebenaran yang muncul dari langit ini.
Mereka yang pernah berhubung dengan-Nya,
tidak akan mampu memberikan nafi.
Sesiapa juga tidak akan mampu menghapuskan keyakinan ini.
Walau seluruh dunia dipeluk gelita,
kita tetap yakin cahaya-Nya akan bersinar jua!" (Ruh Faizan)
;petikan dari novel TAKDIR Cahaya yang Tidak Terpadam, novel epik islami dari penulis muda yang hebat Hilal Asyraf
waiting outside the lines....
Waiting Outside The Lines Lyrics
You’ll never enjoy your life,
living inside the box
You’re so afraid of taking chances,
how you gonna reach the top?
Rules and regulations,
force you to play it safe
Get rid of all the hesitation,
it’s time for you to seize the day
Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now
I’m waiting, waiting, just waiting,
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Try to have no regrets
even if it’s just tonight
How you gonna walk ahead
if you keep living behind
Stuck in my same position,
you deserve so much more
There’s a whole world around us,
just waiting to be explored
Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now, just let it go
The world will force you to smile
I’m here to help you notice the rainbow
Cause I know,
What’s in you is out there
I’m waiting, waiting, just waiting,
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines
good lyrics......
Terbaik Master Chef Malaysia..
Hanya luahan semata-mata....
Terbaik la Master Chef semalam......sy pernah berkerja di restoran...memang tidak dinafikan, amat sukar hendak melayan pelanggan dalam keadaan pelanggan menyerbu macam tu....nak ambil pesanan lagi, nak hantar makanan lagi....pulak tu yang berkerjanya dua oarang jer...pelanggan masuk 40 orang sekali kot....tukang masaknya tak mencukupi dan pelayan tak akan terlayan pelanggan sebanyak tu...kalau buat bufe lagi bagus semalam.....amator kita takkan tertekan macam tu sekali....mereka masih baru...Ezani, sebelum ni kita tengok dia ceria, tidak menggelabah bila memasak, masakan pun sedap, pandai berhadapan dengan situasi, tetapi akhirnya semalam mengalirkan air mata juga...tetapi memang the best kumpulan merah dan biru, anda memang hebat....100% penghormatan diberikan kepada kamu semua atas semangat kamu semua....saya akan menyokong Master Chef Malaysia...jangan nangis2 ye......terukan menjadikan tukang masak yang hebat di Master Chef.....PEMINAT SETIA MASTER CHEF MALAYSIA...
Subscribe to:
Posts (Atom)