Wednesday, December 21, 2011

HEBATNYA SALAHUDIN AYUBI (PENAKLUK JERUSALEM)


“Di medan perang, Salhudin kelihatan seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya. Beliau kelihatan sentiasa berada di atas kudanya bergerak dari penjuru medan perang ke satu penjuru yang lain sambil menyeru tenteranya berjuang kerana ALLAH. Sepanjang berlangsungnya peperangan, Salhudin sentiasa berpuasa pada siang hari walaupun beliau demam sehingga doctor peribadinya menyuruhnya berbuka” (Ibnu Shaddad, ahli sejarah Islam)




SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.
Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan NurudinZenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.
Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan  semangat tentera.
Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung  yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah
.
Beliau juga akan pergi keseluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasanMesir, Palestindan Syria.
Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau Berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti olehSalahuddin al-Ayubi. Pada masa yang sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.
Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.
Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.
Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.
Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan Negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.
Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis  yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.
Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.
Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan  orang  Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.
Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wangemas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

Kisah Berdoa Dengan Nama ALLAH...

Bismillah...

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniannya kita berkesempatan untuk ketemu lagi dan dipanjangkan umur saya supaya saya dapat menulis. Manulis dan terus menulis, menyampaikan ilmu kepada kawan-kawan. Terima kasih tidak terhingga kepada penjenguk-penjenguk yang hebat, kerana sudi bertandang ke blog saya ini. Mari sama-sama kita menadah tangan memohon agar perkongsian ilmu ini diberkati oleh-NYA. 
Insyaallah...
amin...

Kali ini saya ingin kongsikan satu kisah di mana kisah ini membuatkan kita untuk terus berdoa dan terus berdoa. 



KISAH BERDOA DENGAN NAMA ALLAH...


Bahawa Nabi Muhammad telah mendengar seorang lelaki berdoa : “Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon kepada-MU bahawasanya bagi-MU segala puji-pujian dan tiada TUHAN yang berhak disembah melainkan ENGKAU yang mengasihani, yang mencipta langit dan bumi, yang memiliki kebesaran dan kemurahan, yang Maha Hidup, lagi Maha Mengawasi.”

Nabi Muhammad menyatakan kepada para sahabat yang berada di sampingnya : “Kamu tahukah apa yang beliau doakan kepada ALLAH?” Jawab sahabat : “Hanya ALLAH dan utusan-NYA sahaja yang mengetahui.” Nabi Muhammad menjelaskan : “Demi ALLAH yang diriku ditangan-NYA! Sesungguhnya beliau telah berdoa kepada ALLAH dengan nama-NYA yang agung. Sekiranya didoakan dengan nama tersebut, maka dikabulkan. Jika dipinta dengannya, maka diberikannya.”
(HR at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Oleh itu marilah sama-sama untuk terus berdoa dengan nama ALLAH.....

Saturday, December 17, 2011

Satu Cinta : Star Five




Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Dari hati...

Bismillah....

Assalamualaikum...

Apa Khabar kawan-kawan yang sudi menjenguk ke blog saya. Terima kasih saya ucapkan. Saya ingin menjadi penulis blog yang hebat! boleh atau tidak?Hehehheehhehehh....tidak adalah, takbur namanya itu..Saya ingin menjadi penulis yang berbakat dan menyampaikan ilmu kepada kawan-kawan saya. Diharapkan juga kawan-kawan juga dapat berkongsi ilmu yang berguna di blog. Ilmu yang disampaikan itu adalah dakwah. Dakwah itu penting kepada kita, agar hati ini sentiasa diisi dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Saya kagum dengan blog-blog yang saya ikuti, macam-macam benda yang saya pelajari, macam-macam ilmu yang saya dapat. Mereka boleh mengeluarkan hadis, dan seterusnya menghuraikan hadis tersebut. Terima kasih ya. Dan izinkanlah saya untuk share, jika tidak di blog saya ini, mungkin di facebook. Semuanya sangat berguna. Madah-madah yang tersirat penuh dengan bunga-bunga cinta terhadap Allah. Saya bukanlah insan yang sepurna tetapi saya ingin jadi lebih baik dari apa yang ada. Terima kasih semuanya. Untuk penulis-penulis blog....TERIMA KASIH DAN TERUSKAN DAKWAH ANDA!!!



DAN UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, SAYA SEDANG MENULIS SEBUAH NOVEL PENDEK. INSYAALLAH MASIH LAGI DALAM PEMBIKINAN. DIHARAPKAN NOVEL SAYA ITU BAKAL DIBUKUKAN... ITULAH HARAPAN SAYA. DAN SEBELUM IA DIBUKUKAN, SUDAH PASTI SAYA AKAN SHARE DI BLOG SAYA...OLEH ITU NANTIKAN KEMUNCULAN NOVEL SAYA ITU. DALAM PERANCANGAN, TAJUK NOVEL SAYA ADALAH 'CINTA 8 SEM'

7 Sunnah Rasulullah...

Khamis yang lepas berakhirnya drama Rabitah di TV AL-HIJRAH...Drama ni agak menarik sebenarnya. Watak utama dalam drama ini adalah Syawal Agogo..(Akademi Fantasia). Tetapi selalu terlupa untuk menontonnya. Untuk episod yang terakhir drama ini saya berkesempatan menonton. Drama ini banyak membari ilmu kepada penonton khususnya. Terima kasih pengarah filem dan penulis skrip tidak lupa juga TV Al-Hijrah. Antara meseg atau ilmu paling penting yang ingin disampaikan dalam drama ini adalah berkaitan 7 sunnah Rasulullah yang harus kita amalkan...Di sini saya berkongsi apakah sebenarnya 7 Sunnah Rasulullah yang perlu dijaag dan diamalkan. Untuk dikongsi bersama....



1.  Sentiasa Kekalkan Wuduk

Wuduk adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah SAW.

Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :
“Orang yang selalu berwuduk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah.”
 .
.

2.  Istighfar Setiap Masa

Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah SWT atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah SWT tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.

Allah SWT berfirman:
 “Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)
.
.

3.  Membaca Al-Qur’an Sebelum Terbit Matahari

Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang membaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita.

Allah SWT berfirman:
 “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (Agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.”  (Al-Isra : 9)
 .
.

4.  Solat Jemaah Di Masjid

Solat yang lebih baik adalah solat berjemaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjemaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjemaah sebanyak 27 pahala.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api.”
 .
.

5.  Melakukan Solat Dhuha



Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir.

Rasullullah SAW pernah bersabda:
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
.
.

6.  Solat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya:
  1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
  2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
  3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
  4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
Allah SWT berfirman:
 “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “Solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)
 .
.
7. Sentiasa Bersedekah

Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah.
Allah SWT berfirman:

“Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurn
akan Allah kepada mereka dari kemurahanNya  menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka, bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?” (Al-Imran : 180)



“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”. (al-Ahzab: 21).



.
Wallahu A’lam bishowab

Friday, December 16, 2011

Kata-kata CINTA...


Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia tersebut.


Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah
mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.


Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Hati-hati dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.

Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan
apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.


Cinta kepada harta artinya bakhil, cinta kepada perempuan artinya alam, cinta kepada diri artinya bijaksana,
cinta kepada mati artinya hidup dan cinta kepada Tuhan artinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai
perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.

Cinta adalah keabadian ... dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.

Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta karena cinta bukanlah suatu
objek yang bisa dilihat oleh kasat mata, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan
meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi
gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.

 


Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu,
raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah
anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
 itulah yang sukar diperoleh.

Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Muhasabah cinta...Muhasabah diri....


 
*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•. ¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•* 

penghujung zaman.....
kita masih leka menari mengikut rentak dunia. masih mencari bahagia sementara. masih hanyut dengan arus semasa.

adakah apabila terasa dibawah telapak kaki, goncangan demi goncangan mengegarkan bumi, baru kita terkejut dari mimpi dunia ini?

sesungguhnya, jangan menggadai kehidupan di sana dengan kehidupan sementara.

biarlah derita membaham jiwa, hidup dalam kesukaran perjuangan di jalanNya, daripada selamanya di panggang api neraka, terus dimurka Pencipta....

tuntuni lah jalan kami, Ya Allah.

*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•. ¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•* 
WANITA.....
Wanita ibarat Kupu-kupu.
Apabila jari tersentuh sayap Kupu-kupu,

maka hilanglah coraknya.


Apabila lelaki bukan mahram,

dibiarkan melihat dan menyentuh tubuhnya,

maka hilanglah sedikit demi sedikit kemanisan diri itu.


Jagalah sebaik mungkin diri dan auratmu

kerana sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah

dan malu itu sebahagian dari iman...♥
 
MUSLIMAH SEJATI...
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. 

Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenar
an.
Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.

Muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul...
 
*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•. ¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*
“.. Sebaik-baik teman adalah orang yang apabila kita memandangnya mengingatkan kita kepada Allah, yang apabila berkata memberikan pesanan untuk beramal, dan amalannya mengingatkan kita pada akhirat ..”
                           

hanya doa menjadi senjata, melawan nafsu yang beraja, menepis godaan yang mencuba, menhakis noda yang tercipta lantara iman yang rapuh didada.


hanya doa mampu menjadi tanda kasih sayang yang ada, xpernah terlupa dalam untaian doa mendoakan orang2 yang kita cinta.


hanya doa mampu menunjuk jalan kepada suatu keputusan disaat kabur mencari arah yang diredhaiNya.


hanya doa yang akan mententeramkan hati-hati yang gundah yang tercalar ditoreh kekacauan manusia.


berdoalah~ sesungguhnya ia mendekat kita dengan Pencipta alam semesta,

bila hubungan denganNya terjaga,

segalanya kan berjalan dengan redha dan bahagia.


♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•. ¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*♫•*¨
 
pepatah arab
 
" begitu banyak orang yang lega,

setelah putus asa mendera,

begitu banyak pula orang yang berbahagia,

setelah dia putus asa,

siapa pun yang berprasangka baik,

kepada pemilik arasy,

maka ia akan memetik buah yang manis,

ditepi sungai yang jernih"
Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang,
kita diberi cubaan dengan kehilangan,

Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan,

kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang,

sesungguh Dia lah pemberi segala, kerana segalanya kepunyaanNya.

saat ditariknya nikmat yang ada, Dia sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga.

jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.
Mencintai kerana Allah bukanlah semudah yang kau bayangkan kawan..
Cinta kerana Allah adalah cinta yang penuh pengorbanan. Bersabar dalam penantian.. Berkorban demi menjaga kesucian..

Cinta kerana Allah adalah cinta yang diraih lpada jalan yang diredhaiNya untuk mengharap redhaNya pula. Bukan Cinta kerana Allah namanya jika kita telah membuatNya cemburu kerana menjalin hubungan dalam ikatan yang belum dihalalkan.

Bukan cinta kerana Allah namnya andai kita tidak mampu mengalahkan nafsu tak sabar ingin mendekatinya padahal kita belum bersedia menikahinya.Bagaimana Allah tidak cemburu jika kita lebih banyak mengingatinya daripada mengingat-Nya.. 
Wanita Solehah…
Kepetahan wanita solehah,

Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,

Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak

permata yang menyeri alam,

Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam

ilmu serta pandai dari segala aspek ,

Hati menyatakan kecantikan wanita solehah hanya pada akhlaknya,

Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai nya....