Saturday, November 7, 2009

Lirik-lirik lagu

Setiap masa kalau boleh telinga kita nak mendengar lagu, bibir pun seiring menyanyi lagu yang sedang berdendang samada dari radio, handfon mahupun mp3. Apa yang kita dengar sebenarnya? Lagu atau sekadar penyedap kepada halwa telinga kita je?
Bagiku sesebuah lagu tu ada mesej tersendiri yang hendak disampaikan oleh penggubah lagu dan penulis liriknya. Tapi sejauh mana kita memahami setiap baris kata lirik-lirik lagu tu? Atau sekadar menghilangkan bosan yang melanda diri? Era modenisasi sekarang ni pelbagai genre muzik yang ada, hip hop, jazz, indi, balada, pop rock, dangdut, irama Malaysia,ini je la yang saya tau pun....
Tapi sejauh mana pula penerimaan muzik barat di negara kita ni? Sangat dahsyatkan pengaruhnya...m...nampaknya kita begitu mengagung-agungkan muzik dari sana. Seringkali remaja pada masa kini terikut-ikut dengan budaya dari sana. Semuanya berpunca salah dalam berhibur, kerana terlalu sanjung budaya dari sana sehingga adat timur yang sekian lama dipertahankan ditinggalkan dengan tidak rasa bersalah. Sehingga terdapat lirik-lirik lagu melayu dicampur dengan bahasa inggeris. Rojak la katanya. Entah dunia sekarang...macam-macam semua hal nak 2 dalam 1, 3 dalam 1. Cukup la kita dalam keadaan bersederhana dalam segala hal. Begitu juga dengan berhibur, bersederhanalah...ianya dituntut dalam Islam. Bukan macam tu?
Di sini saya nak berkongsi dengan semua tentang beberapa lirik lagu dari penyanyi tanah air kita yang tidak kurang hebatnya, yang saya rasakan agak menarik untuk kita telusuri akan makna tersiratnya.

Gerimis
Far East
Tika terkuak jendela hari
Fajar belum pun menyisih lagi
Tercari-cari kemana pergi
Dia yang pernah menemani disisi

Kuharap sinar menerang kabus
Agar terang lorong perjalananku
Kusangka cerah siangku hari ini
Mendung pula menutupi

Gerimis ini terlalu pagi
Menghantar sayu pilu dihati
Gerimis ini bagai mengerti
Dikau yang pergi takkan kembali

Menyekat gerimis gerimis yang gugur dipipi
Terimbau kenangan yang pernah terlukis
Dalam gerimis yang bagaikan mengerti
Jasadmu diusung pergi

Kupujuk diriku tidak menyesali
Pemergianmu tertulis di azali
Namun hati ini sukarku bohongi
Kehilanganmu tak berganti

Gerimis tiba dihujungnya
Sampai waktu kan berhenti jua
Begitulah kehidupan kita didunia
Tiada siapa yang kekal selamanya
Entah bila waktu ku akan tiba
Far East
CINTA PERTAMA
Mekar di kamar hati cinta pertama
En
gkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtara

Friday, November 6, 2009

BUKU-BUKU....


Sepanjang tahun ni, pelbagai buku saya beli, tapi tak semuanya saya baca.

Tetapi semua buku ni sangat menarik bagiku...
Jom tengok buku-buku yang saya beli...
Duit memang habis banyak dek kerana buku-buku ni,
tetapi ilmu dalam buku tu lagi berharga daripada duit...


Buku yang sudah habis aku baca adalah "teh tarik kurang manis, malam pertama di syurga,dan Irsyad hukum.

Malam Pertama Di Syurga : menceritakan tentang keindahan di syurga. Kata-kata yang
menarik dalam buku ni ialah, "kehidupan ini sama seperti asap
yang sebentar sahaja kelihatan lalu lenyap. Sesungguhnya manusia seperti nafas sahaja, dan semuanya sia-sia"
Penulis : Adil Akhyar, SH,LL.M

Teh Tarik Kurang Manis : Menceritakan tentang asam garam kehidupan manusia terutama
yang sudah berumah tangga. Pelbagai kritikan diberikan kepada kaum Adam dan Hawa serta masyarakat sekeliling. Sangat menarik untuk dibaca.
Penulis :

Santai...


Ni la gambar kawan-kawan sekolah rendah...
Tiap kali raya pasti kami akan berjumpa...


Jamuan raya persatuan...


Sewaktu pergi RTM, penonton untuk rancangan "Bicara wanita"

Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, UPSI

AJK Media untuk KEA2009

Histeria di blok kediamanku KHAR

Macam biasa, atau perkara biasa yang akan berlaku bila menjelang musim peperiksaan.
Baru-baru ni di aras blok kediaman saya, kedengaran suara orang menjerit. Sudah pasti histeria. Mungkin kerana terlalu tertekan dengan pepriksaan. Atau pun mungkin dimasuki makhluk halus...Wallahualam...ana tidak tahu..
Yang pasti suara menjerit itu sangat kuat sehingga menggangu pelajar lain yang hendak belajar. Yang takut pun ada juga...
Nauzubillahhiminzalik.... semoga perkara seperti ini tidak berlajutan ke hari berikut dan seterusnya..Dan tidak berlaku kepada diri kita. Bnayak-banyaklah kita berdoa.
Berbanyaklah kita berzikir dan ingat Allah...
Di sini saya nak berkongsikan suatu perkara yang mana mungikin kita sudah mengetahuinya...
Eloklah anda semua baca dahulu.
Yang baik itu sari Allah swt. dan yang buruk itu dari diri saya hamba yang hina...

BACAAN ASAS 10 PERTAMA....
Setiap rawatan yang dilakukan hendaklah didahului dengan Surah Al-Fatihah, dengan beristighfar terlebih dahulu yang diikuti dengan selawat. Sesungguhnya fadilat Surah Al-Fatihah itu terlalu besar untuk mendapatkan kesem­buhan penyakit, termasuklah sakit akibat disengat bina­tang bisa juga racun.

Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu yang ia pernah sakit di Mekah, tanpa tabib dan ubat. Lalu ía minum air zamzam dan membaca al-Fatihah beberapa kali kemudian minum air zamzam lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah.
Ia akhirnya merawat setiap arang sakit yang menemuinya dengan kaedah yang sama.

Kharijah bin as-Salat al-Tamimi meriwayatkan sebuah hadis daripada bapa saudaranya Allaqah bin Sahhar, yang menyatakan dia telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan pulang dia telah didatangi oleh sekumpulan orang Arab. Mereka ber­kata:


“Kami diberitahu bahawa saudara datang de­ngan membawa kebajikan. Adakah saudara mempunyai ubat atau jampi? Kami mempunyai seorang lelaki gila yang dirantai”.
Dia menjawab, “Ya!” Lalu ia dibawa menemui lelaki yang dipasung tadi. Pesakit tadi telah dibacakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah selama tiga hari berturut-turut, setiap pagi dan petang, dan al-Hamdulillah sembuh seperti sediakala dengan izin Allah s.w.t.

Saya tidak dapat nak meletakkan 10 bacaan ayat yang pertama itu disebabkan ayat al-Quran tidak kelihatan di blog ini, oleh itu anda semua bolehlah melayari laman web www.darussyifa.org/ untuk keterangan lanjut. Terdapat juga rangkaian zikir-zikir yang boleh kita amalkan...



Mandi air terjun!!!!!

Baru-baru ni saya dengan rakan-rakan serumah telah pergi mandi air terjun di Kalumpang...
Sangat menyeronokkan....
Tiada perancangan yang rapi, kami bersiap-siap terus nak pergi ke Kalumpang, sebab ini idea yang datang dengan tiba-tiba dari saya sendiri.
Lepas makan nasi goreng pagi tu dengan tiba-tiba terpancullah satu ayat dari bibirku....
"jom pi mandi air terjun kalumpang nak?" Apa lagi Zack rakan bilikku terus mengatakan jom...
Persiapan yang tidak berapa, saya dengan 5 rakan serumah yang lain, Ita, Ain, Rina dan Tini, tak lupa juga kawan baikku Janna turut nak ikut sekali...
Semuanya 7 orang..
Tibalah masa kami bertolak berbekalkan air, makanan tengahari dan sandwish...keropok, macam-macam la....Naik van sapu............
ahahahhahahah...
marilah tengok gambar-gambar kami ketika di air terjun Kalumpang!!!

Heheheeheheh....

Ni la kawan baik saya Janna dekat UPSi....Walau kemana saya pergi.
pasti dia ada sekali...
Ada orang kata gambar ni nampak ganas?
Betul ke?

Kasih suci membawa ke syurga.....

Dah nak balik pun...

Deras betul air...

senyum semua...........

batul-batul seronok..

heeheheheheh..





Tengah tunggu kereta sapu.....





Blog??????

NI GAMBAR MAK DENGAN ABAH SAYA...
>>>>>>>gambar ni dah lama tau....
Sekarang ni uban pun dah penuh di kepala.....
Semoga mak dan abah akan sihat selalu...
sayang mak ngan abah!!!!


Terasa lama sudah aku yidak menulis....
Hrm....susah sebenarnya nak menulis blog ni...
Setiap hari kalu boleh kena update...Tapi boleh ke aku buat...
Mesti bosan kamu semua baca blog saya kan?
Tak mengapalah, dari hari kehari saya akan memperindahkan lagi blog ni....
Bukan semata-mata letak gambar.........................ehehheheeeh...
Pening sebenarnya..kadang-kadang terlupa, kadang-kadang bila ingat nank bukak blog, internet pulak tak ade.
Tapi jangan risau, mulai tahun depan................................,segala pasal saya, keluarga saya, kawan-kawan saya, kamu semua akan tahu....
dan mungkin kisah cinta ku...............????????ade ke??????????
eheheheheheheh..entah ler.....

Ucapan Aku........

Assalamualaikum......
buat rakan-rakan sekalian...
selamat menduduki pepriksaan..
Moga-moga pada kali ini kita akan buat yang terbaik..
insyaallah, dengan izinNya kita akan mendapat keputusan yang cemerlang..
Tetapi kita kenalah usaha....dan bertawakal.....seterusnya berserah kepadaNya....
Selamat berjuang kawan-kawanku!!!!!!
Dan yang paling PENTING!!!!!
Sem depan kita dah masuk Semester 6!!!